Kerajaan Kelantan dicadangka
memikirkan satu cara bagaimana membawa pulang rakyat Kelantan yang merantau
selama ini berada di Kelantan dan memajukan Kelantan. Kerajaan Kelantan sudah
pasti mempunyai kemampuan memikiran sebab untuk rakyat Kelantan pulang dan
menempat di Kelantan sebagai mastautin.
Sekarang ramai rakyat elantan
tiak mampu berada dalam negeri bukan kerana Kelantan terlalu mskin untuk
menjadi mastautin tetapi Kelantan tidak cukup peluang pekerjaan. Rakyat Kelantan
ramai dan terlalu ramai yang mempunyai
kepakaran untuk digunakan di sektor perniagaan dan sebagainya.
Rata rata bersetuju rakyat
Kelantan mempunyai keupayaan pendidikan dan kemahiran yang tinggi. Kemahiran kecerdikan
iniamat diperlukan dalam sektor perniagaan dan sebaginya. Peluang ini
menjadikan rakyat berketurunan Kelantan menjadi bualan kerana ramai memenuhi
ruang kerja pelbagai sektor.
Kesempatan ini menjadikan peluang
bagi kerajaan negeri Kelantan menarik rakyat dengan cara lebih bijak tanpa
mengubah kedudukan asal kerjaya rakyat. Kerajaan boleh menyusun penempatan
rakyat melalui perancangan perjalanan rakyat ke tempat kerja.
Cara terbaik untuk kerajaan
menarik semula rakyat Kelantan balik semula tinggal dalam negeri dengan membina
perjalanan untuk rakyat Kelantan ke tempat kerja. Rakyat tidak perlu berhenti
kerja untuk pulang ke negeri Kelantan tapi rakyat boleh berada negeri Kelantan
untuk bekerja di tempat kerja asal.
Gambaran terbaik untuk rakyat
Kelantan adalah walau tinggal di negeri Kelantan tapi rakyat masih boleh
bekerja di Kuala Lumpur. Kebanyakan rakyat Kelantan bekerja di Kuala Lumpur
atau Putrajaya. Bekerja disana dan tinggal juga disana.
Untuk mengubah keadaan ini
memanggil rakyat Kelantan tinggal di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur
atau Putrajaya. Kerajaan negeri Kelantan dicadangkan membina satu jambatan
perhubungan antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur.
| Gambr Hiasan |
Kerajaan Kelantan boleh membina
satu landasan keretapi laju seperti dimajukan dinegara China sekarang ini.
Walau perbelanjaannya besar tapi saya pasti kerajaan Kelantan mempunyai cara
untuk memanggil teknologi di China untuk dipraktikkan di Kelantan.
Bagi saya pembinaan ini sama saja
kerajaan membina lebihraya menghubung utara dan selatan semenanjung. Kosnya
tentu memakan belanja yang tinggi dan ia tetap memberi faedah sama dengan
menghubungkan Kelantan dengan Kuala Lumpur melalui pembinaan landasn keretapi
laju.
Saya pasti rkyat kelantan akan
bersetuju dengan pembinaan ini kerana rakyat akan dapat menetap di Kota Bharu
dan bekerja di Kuala Lumpur. Walau tinggal di kampung tapi masih boleh bekerja
di ibu kota.
Melihat dari segi ekonomi sudah
pasti penumbuha pesat ekonomi di Kelantan akan meninggkat kerana perbelanjaan
rakyat akan tertumpu di Kelantan. Saya tidak perlu hurai panjang mengenai
pertumbuhan ekonomi kerana semua akan tahu jika perpindahan secara besaran
rakyat Kelantan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
| Gambar Hiasan |
Apa yang pastinya rakyat Kelantan
dapat pergi kerja sebelah pagi dan pulang ke Kota Bharu sebelah petang atau
malam. Tidak ada lagi kesesakan jalan raya dan mungkin kemalangan jalanraya
akan dapat dikurangkan.
Tumpahan pendapatan akan berlaku
di Kelantan dan saya yakin Kelantan akan menjadi sebuah bandaraya yang hebat.
Rakyak Kelantan tentu akan memilih untuk tinggal di Kelantan kerana disini
menjadi penempatan keluarga dan ara hidup yang rendah.
Semakin ramai penempatan rakyat
Kelantan berada di Kelantan maka lebih lebih tinggilah mutu kehidupan rakyat
Kelantan. Semoga berjaya.
0 ulasan:
Post a Comment