Sunday, November 25, 2012

Selamatkan negara dari muflis

Kelihatan kerajaan sekarang semakin takut dengan program dianjurkan pembangkang. Banyak program yang dianjurkan pembangkang tidak mendapat sokongan dari pemerentah. Bukan setakat tidak menyokong malah menyekat program itu agar ianya gagal.

Kelihatan sangat kebimbangan melampau kerajaan terhadap sokongan rakyat kepada pembangkang kerana jika dilihat kepada sokongan itu tidak ada sebab pembangkang akan dapat mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya nanti.

Saya secara peribadi tidak dapat sangkal kemampuan pembangkang sekarang dapat menandingi populariti kerajaan sekarang. Mungkin itu menyebabkan kerajaan membuat banyak sekatan dari pembangkang bergerak mengumpul sokongan rakyat.

Kemampuan kerajaan sekarang dilihat sebagai lemah dan bermasalah. Jika pilihanraya dibuat dapat dilihat sokongan rakyat dapat menumbangkan kerajaan sekarang dengan teruknya. Kebimbangan ini mungkin membuat kerajaan bertindak diluar batas demokrasi. Kerajaan dilihat tidak lagi melihat kepada kedaulatan demokrasi sebagai bentuk pengurusan negara tapi lebih kepada tidak dapat menerima rakyat cuba beralih arah dengan memberi peluang kepada pembangkang cuba membaiki negara seperti dibentangkan dalam Buku Jingga.

Rakyat telah melihat pembangkang sebagai pilihan pemerentah yang mampu memerentah negara jika kerajaan sekarang tidak mampu dan mengecewakan. Rakyat telah menilai kemampuan pembangkang menyediakan cadangan altenatif pemulihan negara yang sedang nazak ini.

Malangnya kerajaan sekarang ini masih menafikan bahawa negara dalam keadaan nazak dengan hutang melampaui kemampuan. Sama samalah kita berjuang untuk menyelamatkan negara dari muflis.