Kita lihat sahaj apa yang pendokong kerajaan BN lakukan akhir akhir ini. Perbuatan mereka banyak mengarahkan kepada mencipta kekalutan dalam arena politik Malaysia.
Isu terbaru menyatakan gereja memainkan peranan mengambil akan mengambil alih ugama rasmi Malaysia kepada ugama kristian sangat melampau.
Strategi mereka membuat kecoh ini akan memeberi satu impak kepada rakyat beragama Islam agar bangun untuk menentang gereja. Dari garakan ini akan timbul satu pergerakan yang diwakili pelbagai lapisan rakyat yang di pandu oleh pendokong Umno ini.
BN seolah akan berada didepan dalam menentang gerakan gereja ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa bahaya yang sedang rakyat Islam hadapi ini diketahui dahulu oleh pendokong Umno.
Perbuatan ini adalah sengaja untuk memberi suasana panas bagi Umno mengambil peluang untuk menonjolkan diri sebagai penentang kebangkitan gereja. Rakyat akan diajak ntuk bangikit menentang sekeras kerasnya.
Rakyat mungkin akan diajak menentang gereja dijalanan yang akan dianjur oleh pendokong Umno ini dan bersama sama menentang.
Dari sini secara tidak lansung rakyat seolah olah akan bersama dengan Umno membuat kebangkitan melayu Islam.
Dari situ rakyat akan diajak bersama sama dengan Umno untuk berjuang menjaga keharmonian Islam dari gerakan yang cuba mengambil alih Malaysia menjadi negara kristian.
Menjadi serampang dua mata bagi Umno untuk menarik sokongan rakyat agar kembali berjuang bersama mereka dan menyokong Umno sebagai pemerentah Malaysia untuk sekian kali.
Isu gerakan gereja menjadika Malaysia negara kristian tidak timbul sebenarnya. Apa yang berlaku adalah perkara yang sengaja ditimbulkan bagi mendatangkan kekecohan dalam negara dengan menjadikan gereja sebagai sasaran.
Ini berkaitan dengan sokongan cina terhadap DAP semakin ramai. Kebimbangan ini kerana cina kini ela beralih arah kepada parti yang menentang kerajaan BN.
Sasaran ini juga adalah kerana DAP dianggap rapat dengan gereja yang mana geeja banyak dianuti oleh rakyat cina. Dari sini diterjemahkan bahawa gereja semakin gagah dan membuat satu gerakan menjadikan Malaysia sebagai negara kristian.
Rakyat perlu berhati hati dengan berita dan isu yang ditimbulkan jangan cepat panik dengan berita yang disiarkan. Ini semua mainan politik yang mana didokong oleh parti yang terdesak untuk mendapat sokongan rakyat.
Kita lihat semua isu ini timbul bila keadaan Umno dan BN dalam keadaan terdesak dengan sokongan yang merosot. Isu sebegini sentiasa timbul untuk mengkucar kacirkan rakyat agar dalam keadaan kebimbangan dengan ancaman negara.
Isu ini seolah juga memberi amaran kepada rakyat bahawa keadaan ini akan menjadi lebih parah jika tidak diberi mandat kepada kerajaan BN untuk terus memerentah Malaysia. Hanya kerajaan BN sahaja yang mampu untuk mengekang gerakan ini dari terus berkembang.
Akhirnya rakyat diajak bersama kerajaan BN untuk sama sama menentang gerakan ini pada hakikatnya tidak timbul dan ianya adalah palsu.
Kalau rakyat tiak mengambil hirau isu ini, rakyat akan dapat lihat ianya akan hilang begitu saja dan akan timbul isu baru mengkecohkan masyarakat Malaysia.
Perhatikanlah dengan sejarah lepas bagaimana isu ditimbulkan dan bagaimana selepas itu ia tenggelam. Ini kerana rakyat tidak peduli dengan isu yang timbul itu.
Kita ambil contoh terdekat. Kes tuduhan liwat Anuar sudah menjadi tawar kepada rakyat. Rakyat tidak lagi minat untuk mengetahui kejahatan Anuar ( seperti dituduh dalam mahkamah ). Raktyat seolah olah sudah tahu bahawa itu adalah tuduhan palsu dan sengaja dibuat bagi menjatuhkan Anuar.
Bila keadaan ini dilihat rakyat tidak lagi berpihak kepada kerajaan BN maka ditimbulkan satu lagi isu baru bagi mengemparkan rakyat. Rakyat sekali lagi dihidangkan dengn kejahatan Anuar.
Dengan harapan agar rakyat semakin tidak memberi keyakinan kepada Anuar dan PKR kerana terlalu banyak kejahatan Anuar lakukan sehingga digambarkan tidak layak siangkat sebagai pemimpin besar.
Rakyat diajar untuk sedar bahawa Anuar ini adalah sebenarnay seorang yang tidak bermorar dan jahat.
Akan timbul lagi isu baru jika isu ini tidak memberi kesan kepada rakyat. Sama sama kita lihat jiak tidak percaya.
Nilailah akan berpanjangan jika tidak dikekang dengan menukar kerajaan. Beri peluang kepada kerajaan baru menjalankan janji mereka dan kita lihat jika meeka mampu menjalankan tugas memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia.
Kita tidak akan tahu jika tidak diberi peluang. Belum cuba belum tahu. Cubalah kalau nak tahu.