Wednesday, May 30, 2012

Penganjur kemusnahan akhlak remaja



Kenapa susah sangat nak buat perbandingan dengan apa yang ada didepan kita.

Satu pihak lebih banyak mendedahkan kepada rakyat tentang hiburan bagi menutup perbuatan mereka merosakkan negara.

Dalam masa yang sama mereka lebih memberi kehancuran kepada negara dengan menghidangkan kerosakan rohani untuk remaja.

Remaja yang kelaparan hiburan tanpa mengira buruk baik terus menyambut dengan rasa gembira. Nak kata apa dah perangai remaja sekarang gilakan hiburan.

Paling trajisnya usaha mendekatkan remaja terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan hiburan yang telah dirancang dan akan dihadiri sendiri oleh PM tersayang.

Apakah PM fikirkan waktu itu. Sepatutnya remaja mendengar pemulihan akhlak diri tapi dihidangkan kerosakan akhlak demi menjayakan program bersama PM.

Nampak seperti PM gembira kerana ramai remaja datang mengunjung program dihadiri bersama dan bergembira dengan hiburan lebih kepada maksiat dari membaiki akhlak remaja.

Kau tanggunglah PM kerana menjadi salah seorang penganjur merosakkan akhlak remaja.;

Rakyat pilih Menang Menang

Kepada rakyat rakyat semua ini pesanan saya kepada rakyat semua yang cintakan keamanan di Malaysia.

Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri bahawa kerakyatan kita di Malaysia sekarang amat membimbangkan. Sekarang kita sebenarnya dalam sesusahan untuk hidup secara aman.

Sepanjang kita hidup dalam  tahun kebelakangan ini tidak pernak kita merasa aman sebenarnya. Kita hanya digambarkan dengan keamanan dan kesejahteraan dengan pendapatan dan perbelanjaan kita.

Apa sebenar kita rasa sekarang adakah kita sebenarnya aman dengan kekayaan negara diberikan kepada kita sepatutnya. Pernahkah kita kaji dan melihat secara mendalam.

Saya mengajak rakyat melihat dengan teliti dan lebih bijak dari kebiasaan.

Kita sebenarnya dalam kesusahan. Lihatlah sekeliling kita adakah kita aman dan bahagia. Kalau kita perasan kita sebenarnya susah untuk hidup.

Perasan atau tidak kita sentiasa bersunggut dengan pendapatan kita dan perbelanjaan yang tidak pernah cukup.

Kita sentiasa diperkabarkan dengan kehilangan duit dalam dana kekayaan negara dan paling kerap kita dengar adalah perbelanjaan yang diamanahkan kepada kerajaan sekarang.

Sebenarnya telah banyak duit dari kekayaan Malaysia telah hilang atau dihabiskan oleh pemegang amanah ini. Mereka membelanjakan kekayaan negara sewenangnya. Kita yang membayar cukai tidak pernah dapat merasai kekayaan negara sewajarnya.

Apa kita patut buat dengan situasi sekarang ini. Kita tukar kerajaan untuk memegang amanah mengurus kekayaan negara kita. KIta berikan tanggungjawab ini kepada orang berlainan pendangan mereka tentang kekayaan negara milik kita.

Bagi saya jika kita mampu buat pertukaran pemegang amanah ini kita akan mendapat situasi menang menang. Kita menang kerana orang baru tentu lebih jujur dengan tugas mereka dan kita akan dapat merasai kekayaan negara lebih baik dari sebelum ini.

Untuk lima tahun pertama saya yakin kita sebagai rakyat akan mendapat hak kita yang sebenarnya. Lihatlah contoh terjadi kepada Pulau Pinang dan Selangor berapa banyak keuntungan rakyat dapat dari hasil kekayaan negeri mereka. Mereka dapat merasai sebainya dalam liama tahun ini.

Bayangkan jika pemegang amanah baru memegang amanah menjaga negara kita. Sya pasti kita akan dapat merasai apa yang dirasai oleh rakyat negeri Pulau Pinang dan Selangor malah lebih baik lagi.

Tuesday, May 29, 2012

Siapa sebenarnya yang cuba buat huru hara

Ini satu hal lagi nak ugut rakyat kalau PR kalah akan berlaku huru hara.


Bagi aku hanya rakyat yang telah lengkap dibodohkan sahaja akan percaya dengan tohmahan ini.


Sejak sekian lama pembangkang kalah dalam pilihanraya tidak pernah sekali pun berlaku huru hara dalam negara tiba tiba nak ugut rakyat akan berlaku huru hara.


Sekian lama rakyat cuba dibodohkan bukan semua yang berjayas lengkap diperbodohkan. Masih ramai yang sedar diri bahawa selama ini rakyat cuba dibodohkan agar apa saja Umno buat tidak akan dipertikai.


Rakyat tengok lah nanti siapa yang akan buat huru hara dalam negara selepas pilihan raya nanti. Pastinya Umno yang akan kalah dan tidak puas hati dengan keputusan rakyat cuba menimbulkan huru hara bagi menunjukan bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya nanti.


Tengok lah nanti kalau tak percaya

Ulama bertengkar orang ramai hanya ternganga menunggu jawapan

Aku amat tak faham dengan ulama sekarang. Kenapa tidak duduk semeja atau berdepan dengan rakyat dalam menentukan fatwa mereka adalah tidak menyalahi syarak.

Aku yang buta agama ini hanya ternganga menanti mana satu ulama yang patut aku pakai kata kata mereka.

Aku difaham ulama adalah pewaris nabi tapi kalau macam ni lah keadaannya bengong aku jadinya.

Tolong lah selesaikan walau ulama sekelian. Jangan tinggalkan kepada kami yang bodoh ini memikirkan sendiri mana yang betul.

Kamu cakap dalam akhbar kemudia tinggalkan tanpa keputusan yang betul. Kamu ingat kamu tu siapa nak tinggalkan persoalan begitu kepada kami ini. Aku cukup benci orang yang timbulkan isu tak nak selesaikan hingga orang faham persoalannya.

Ini soal agama kalau aku lakukan pilihan salah siapa nak tanggung dosa aku tu. Aku sebut bodoh nanti terasa hati. rasa rasa memang pun menyusahkan orang.

Friday, May 11, 2012

Harapan Rakyat


Agensi kerajaan mempunyai peluang terakhir untuk mengikut arahan dari pemerentah kerana selepas ini mereka tidak lagi akan lagi diperentah oleh Barisan Nasional.
Agensi kerajaan ini walau perit tapi mereka akan merasakan kebebasan sebenar terlepas dari pengarahan melampau. Mereka ini akan merasai satu sistem pemerentahan yang baru dan lebih berhemah.
Walau sehebat mana perjuangan mempertahankan kerajaan yang ada namun telah diketahui semua rakyat bahawa kerajaan sekarang tidak lagi mamapu memberi kebajikan kepada rakyat. Rakyat  zaman sekarang tidak lagi seperti dahuu walau masih ada rakyat masih menyayangi kerajaan sekarang namun itu masih tidak mencukupi untuk mempertahankan pemerentahan yang ada.
Rata rata rakyat sekarang sudah terdedah dengan intipati perjuangan parti pemerentah selama ini tidak memberi kebajikan kepada rakyat yang telah tahu hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah sedar bahawa mereka tidak lagi menerima hak mereka seperti sepatutnya. Mereka ditindas secara diam oelh kerajaan dengan mengambil kekayaan negara atas tiket kebajikan kepada rakyat.
Selama ini rakyat telah dikaburi mata dengan tugas kerajaan dalam masa yang sama kerajaan mengaut keuntungan berlebihan. Rakyat selama ini percayakan kerajaan yang memerentah menyambut dengan baik setiap kebajikan yang dibuat. Namun hakikat sebenarnya kerajaan menelan harta rakyat tanpa merasa belas kasihan.
Rakyat selama ini masih ramai yang melarat untuk merasai kekayaan negara secara tersirat dinafikan. Ayuh tunjukkan kepada rakyat apa kekayaan negara telah kamu berikan kepada rakyat selama kemu memerentah negara. Jika dibandingkan dengan kehilangan kekayaan negara ditangan pemerentah lalu dan sekarang.
Telah banyak bukti ditampilkan sehingga rakyat tidak lagi sanggup mendengardan amat marah dengan perbuatan pemerentah sekarang. Zalim dan kejam terhadap kekayaan negara tanpa rasa kesal dan kesihan kepada rakyat masih miskin mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang diharapkan.

Thursday, May 3, 2012

Besar mana Billion ni ?



Boleh tahan ke Najib skandal Azmin nak lawan skandal kapal selam tu.


nampaknya skandal kapal selam lebih besar ceritanya dari kisah Azmin tu.


Kalau nak lawan skandal cari lah skandal lebih besar lagi.


Dah la Bersih dah ketar lutut nak kena tambah lagi dengan kisah kapal selam ni




Mana lagi Najib ni nak letak muka dia. Semua rakyat tengah pandang  beliau dan tunggu jawapan apa cerita semua ni.


Duit rakyat yang kau belasah tu bukannya sikit  billion tu. Kalau orang kampung nak faham billion ni emas sebesar kereta kancil ( rasa rasanya lah )


Orang kampung kena bandingkan dengan benda kalau tidak dia orang tak nampak billion sebesar mana.

Wednesday, May 2, 2012

Bahan berita untuk Utusan


Utusan terpaksa jual gambar porno untuk melariskan jualan akhbar


Cerita dari pemimpin Pakatan Rakyat paling laku untuk dijadikan modal  berita.


Pemimpin BN tidak ada bahan komersal untuk melariskan akbar ini


Maruah akhbar nasional semakin buruk kerana banyak menyiarkan berita porno


Malaysia masih bernasib baik kerana rakyat msih mampu menilai berita yang baik

Tidak untuk rakyat Malaysia

Kelihatan sangat politik pemerentah sudah tidak mampu mengelak dakwaan rakyat polis menerima arahan dari pemimpin politik.

Apa yang berlaku sekarang adalah pertembungan politik dengan politik. Kita dapat nilai layanan pemerentah terhadap musuh politik


Kerajaan penik berdepan dengan kehendak rakyat sebelum ini rakyat tidak pernah meminta kepada kerajaan hanya kerajaan sahaja memberi ( dengan megah ).


Layanan polis terhadap pendemo Bersih adalah layanan penyokong pembangkang bukan layanan kepada rakyat


Kerajaan menganggap pendemo adalah dari penyokong pembangkang bertujuan menentang kerajaan


Dendam kerajaan kepada pembangkang jelas dari layanan polis kepada pendemo
Kerajaan benci kepada rakyat yang meminta sebab kerajaan tidak suka apa yang rakyat minta

Kerajaan memberi mesej kepada rakyat cara rakyat meminta ini kerajaan tidak suka dan kerajaan tidak boleh terima. Kalau nak juga kena tukar kerajaan biar kerajaan baru layan permintaan ini.

Rakyat kena faham kena tukar kerajaan dulu baru boleh dapat permintaan ini. Kalau kerajaan sekarang memerentah jangan harap untuk dapat.