Monday, September 27, 2010

Masa susah kita

Ramai kawan tidak mampu bersama kita apa lagi membantu kita bila kita khabarkan kita dalam kesukaran waktu ini. Kawan kita tidak mampu membantu kita kerana kawan yang ada bersama kita selama ini adalah kawan yang ingin menumpang senang kita. kalau kita susah mereka tidak mampu membantu kita.

Ramai yang kecewa kerana rakan rakan tidak datang membantu dalam masa kita kesukaran. Kepada siapa kita nak mengadu kesusahan kita ini. Siapa yang hendak berganding kesusahan dengan kita bila kita susah. Kawan kawan kita mapu berkawan dengan kita jika kita tidak menyusahkan mereka.

Kita harus sedar hakikat itu. Berkongsi kesusahan tidak ada yang mampu lakukan dengan baik. Tidak ada kawan yang ikhlas membantu kita sehingga kita kembali pulih. Mereka pun susah juga. Apa yang mereka lakukan untuk kebaikan diri mereka sahaja. Jika kita meminta bantuan mereka amat sukar bagi mereka menghulur bantuan sehinggalah kita dalam kedaifan yang amat sangat. Mungkinn ada yang tampil membantu itu pun untuk sekali.

Kita mesti bersedia bersemuka dengan waktu begini. Kita kena faham situasi yang akan berlaku. Kita juga mesti bersedia lebih awal kalau kalau situasi ini terkena keatas kita. Kita tidak boleh menyalahkan kawan kita kerana mereka juga ada komitmen mereka sendiri. Mereka ada tanggung jawab mereka sendiri. Kemampuan mereka terhad. Bagaimana mereka mampu membantu kita jika sepanjang persahabatan mereka banyak bergantung secara tidak lansung dengan kita.

Jangan berharapkan bantuan kawan kawan. belum tentu mereka mampu membantu kita. Kita mesti bersabar dan berusahalah mencari jalan membina kembali kejayaan. Kembali kepada fitrah asal kita. Fitrah asal kita akan memberi gambaran jalan yang baik untuk kita berusaha mendapat kejayaan kembali. Bersabar adalah satu senjata yang dapat memberi kita masa untuk kita berfikirusaha untuk berjaya.

Sunday, September 19, 2010

Perniagaan Lumayan

Dalam Facebook banyak tawan menyertai perniagaan yang cepat dapat duit. Tak tahu duit tu untung atau duit apa. Tawaran yang dibuat masuk sekali dapat keuntungan berpanjangan. Tak dapat difahami bagaimana keuntungan itu diperolehi.

Mengikut kenyataan yang diberi dan saya faham duit yang kita dapat seperti ditawarkan itu adalah dari yuran penyertaan yang dibayar oleh peserta baru sebagai syarat untuk mendapat keuntungan berpanjangan dan lumayan.

Setiap peserta mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli sejenis produk yang tidak ada dalam pasaran. Tidak dapat diketahui berapakah modal barangan itu. Peserta baru diminta membeli barang tersebut sebagai syarat penyertaan.

pendapatan lumayan seperti yang ditawarkan akan masuk dalam akaun peserta secara sendiri dan peserta dikatakan mendapat keuntungan lumayan tanpa disedari.

Kepada yang telah dapat begitu ghairah mencari peserta baru untu menambah pendapatan seperti dijanjikan. Tanpa menghiraukan bagaimana pengumpulan kewangan itu dibuat dan sistem itu dijalankan, peserta ini ghairah mencari peserta baru.

Pernah tak siapa siapa terfikir nak tahu bagaimana duit yang kita dapat tu dikira dan sistem digunakan untuk mengagih duit yang kita dapat tu.

Apa yang saya faham duit yang kita dapat itu adalah sebahagian dari yuran kawan kita yang kita kempen masuk dalam perniagaan ini. Duit yang kita dapat itu adalah duit kawan kita. semakin ramai kawan kita masuk dalam perniagaan ini semakin banyak kita mengutip duit kawan kita hasil kempen yang kita buat.

Jelasnya perniagaan ini adalah hasil dari yuran atau syarat pendaftaran yang dimasukkan dalam perniagaan ini melalui kempen kita.

Saya tak sanggup kutip duit kawan dan sebahagiannya masuk dalam akaun saya.

Friday, September 17, 2010

Penglibatan Masyarakat Dalam Kerja Sosial

Jarang dapt kita lihat masyarakat terlibat secara lansung dalam kerja sosial. Ramai yang menjauhkan diri bila diminta hadir dalam kerja sosial. Samada mereka tidak minat bergaul, bersosial atau malu untuk bersosial.

Ramai antara masyarakat yang tidak dapat memberi sumbangan dala kelumpuk masyarakat kerana kurang penglibatan bergaul dalam masyarakat. perkara ini memberi kesan kepada pembangunan masyarakat yang bersatu dan gemar melakukan kerja dalam kelumpuk.

Bukan saja dalam kerja kerja amal malah perbincangan manangani masalah masyarakat masih ramai yang tidak dapat memberi sokongan dan penglibatan diri.

Satu permerhartian saya adalah kerana sifat masyarakat kita yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan bentuk kemasyarakatan begini. Mereka lebih gemar melibatkan diri secara tidak lansung dan mereka tidak mahu berada dibarisan depan dalam menjalankan aktiviti.

Kebanyakan peneraju aktiviti sosial ingin membawa mereka ini terus kedepan dan memberi tugas yang akan menonjolkan diri. Tugas begini membuatkan mereka akan menjaukan diri dan kurang terlibat dalam kemasyarakatan.

Mereka lebih selesa berada dibarisan belakang kalau pun mereka melibatkan diri. Mereka ini tidak mahu ada apa apa tanggungjawab yang akan menyebabkan meeka perlu menjawab jika berlaku apa apa masalah.

Bagi saya mereka ini perlu diberi perhatian secara tidak lansung dalam penglibatan kerja kerja kemasyarakatan. mereka boleh melibatkan diri tapi tidak mahu bertanggung jawab dalam pengurusan kerja kerja kemasyarakatan.

Wednesday, September 8, 2010

Pengaruh TV

KIta tidak sedar TV banyak membri pengaruh kepada kita dalam kehidupa seharian. Kita tidak sedar kita banyak meniru apa yang kita tonton dalam TV. TV memberi pengaruh yang besar kepada pemikiran kita. Mungkin ramai tidak sedar dengan pengaruh TV masyarakat kita berubah cara pengurusan kehidupan mereka.

Masyarakat akan banyak mengikut apa yang ditonton dalam TV. Paling ketara dalam filem yang tayangkan dalam TV. banyak filem yang telah lari dari fitrah kehidupan manusia. Masyarakat tidak sedar bahawa mereka banyak dipengaruhi oleh cerita cerita yang ditayangkan. Banyak pula cerita yang ditayang datang dari negara baarat yang rata rata telah musnah nor,al normal kehidupan. mereka kini lebih kepada kehidupan yang direka sendiri dan dari kefahaman mereka sendiri. Mereka tidak lagi normal kehidupan yang diajar oleh agama. Lebih tepat lagi mereka tidak mempunyai agama lagi,

Bezanya kita masih berpegang dengan ajaran Islam dan ramai antara kita yang kuat berpegang dengan ajaran Islam. pertembungan ini namp[ak semakin ketara sejak akhir akhir ini.

Sukar untuk mengelak pengaruh TV sekarang ini. TV telah berada dalam pemikiran setiap manusia dan hampir semua manusia menonton TV. Hampir semua rumah di seluruh dunia mempunyai TV. Seramai itu juga manusia dipengaruhi TV.

Saya akan bincangkan pengaruh TV kepada manusia dan masyarakat dinegara kita. Saya boleh katakan bahawa masyarakat Malaysia kini akan dipengaruhi oleh TV yang pada hemat saya banyak kebutukan dari kebaikan.