Jarang dapt kita lihat masyarakat terlibat secara lansung dalam kerja sosial. Ramai yang menjauhkan diri bila diminta hadir dalam kerja sosial. Samada mereka tidak minat bergaul, bersosial atau malu untuk bersosial.
Ramai antara masyarakat yang tidak dapat memberi sumbangan dala kelumpuk masyarakat kerana kurang penglibatan bergaul dalam masyarakat. perkara ini memberi kesan kepada pembangunan masyarakat yang bersatu dan gemar melakukan kerja dalam kelumpuk.
Bukan saja dalam kerja kerja amal malah perbincangan manangani masalah masyarakat masih ramai yang tidak dapat memberi sokongan dan penglibatan diri.
Satu permerhartian saya adalah kerana sifat masyarakat kita yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan bentuk kemasyarakatan begini. Mereka lebih gemar melibatkan diri secara tidak lansung dan mereka tidak mahu berada dibarisan depan dalam menjalankan aktiviti.
Kebanyakan peneraju aktiviti sosial ingin membawa mereka ini terus kedepan dan memberi tugas yang akan menonjolkan diri. Tugas begini membuatkan mereka akan menjaukan diri dan kurang terlibat dalam kemasyarakatan.
Mereka lebih selesa berada dibarisan belakang kalau pun mereka melibatkan diri. Mereka ini tidak mahu ada apa apa tanggungjawab yang akan menyebabkan meeka perlu menjawab jika berlaku apa apa masalah.
Bagi saya mereka ini perlu diberi perhatian secara tidak lansung dalam penglibatan kerja kerja kemasyarakatan. mereka boleh melibatkan diri tapi tidak mahu bertanggung jawab dalam pengurusan kerja kerja kemasyarakatan.
No comments:
Post a Comment