Monday, April 30, 2012

Tolong tengok dan tolong jawab



Tengok video ni dan jawab soalan aku. Aku tak tahu kenapa jadi macam ni. 
  1.  Kenapa orang awam membaling kepada kereta polis ( aku tak pasti disini mungkin provokasi polis dan orang awam mengikut )
  2. Apa polis tu dah buat sampai orang awam marah sangat
  3. Kenapa sikap orang awam kelihatan kejam disini
  4. Aku tak nampak polis yang memulakan perlanggaran ini. Mungkin aku silap
  5. Aku tak nampak dalam video ini ada orang dibawah kereta polis tu. Aku hanya nampak seorang atau mungkin dua rebah ditepi kereta polis tu. Kelihatan seperti parah


Tolong jawab soalan tu aku keliru. Mesti ada sebab kejadian ni. Apa puncanya

Aku rasa tak sedap hati dengan video ni


Cerita tidak sama dengan kisah sebenar

Saya tidak dapat cari video bagaimana polis yang memandu kereta ini hilang kawalan. Kata polis ini dia dibaling dengan benda keras terkena kepalanya menyebabkan dia separuh sedar.

Diberitakan tiga orang cedera parah dan dihantar ke hospital. Tidak ada kematian dalam kemalangan ini.


Juga tidak dipastikan polis yang memandu kereta diselamatkan oleh SB atau orang awam

Kekecohan ini berpunca orang awam marah kerana kereta polis ini telah melanggar dan mencederakan tiga orang awam.

Saya pasti banyak gambar disiarkan tidak diterjemahkan dengan betul dan gambar disiarkan tidak menggambarkan peristiwa sebenar. Kebanyakan menceritakan dari pandangan sendiri berdasarkan gambar sahaja.

Menangani Kerajaan

Kerajaan tak dapat terima kebangkitan rakyat membawa mesej bahawa pilihanraya di Malaysia tidak bersih. Cara rakyat membawa mesej dengan berhimpun secara besar besaran memberi kejutan dan penik pihak kerajaan.

Mungkin kerajaan tidak dapat bayangkan dengan cara mesej disampaikan menunjukkan rakyat semakin meninggalkan kerajaan. Penik dengan tindakan rakyat ini kerajaan melakukan perkara yang merugikan dan memberi gambaran buruk kepada masyarakat dunia.

Malang sekali rakyat Malaysia kerana mendapat layanan dari kerajaan sendiri seolah apa dilakukan rakyat ini menyalahi dan suatu tindakan jenayah. Lebih malang lagi kerajaan dilihat cuba menimbulkan suasana tidak tenteram. Rusuhan yang berlaku dikatakan sengaja dilakukan agar dilihat padah dari perhimpunan dilakukan rakyat membawa mala petaka.

Mengapa kerajaan tidak berfikiran terbuka melayani rakyat secara adil. Rakyat ingin menyatakan resah mereka kerana selama ini perjalanan pilihanraya tidak menunjukkan keadilan. Banyak bukti dilihat penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Kalau begini tindakan kerajaan semakin ramai rakyat tidak lagi menyokong kerajaan. Kerajaan akan dilihat sebagai zalim dan kejam. Kejam kepada rakyat kerana membantah dan menentang kerajaan.

Kerajaan dilihat tidak dapat menerima perubahan rakyat serta selera rakyat sekarang sudah berubah. Lebih mendukacitakan kerajaan tidak mampu melayani selera rakyat menginginkan perubahan dalam pemeentahan negara.

Tidak hairanlah rakyat menentang jika kerajaan tidak menerima kehendak rakyat. Padah kepada kerajaan akan berterusan.














Saturday, April 28, 2012

Kejutan Besar


Kemalangan ini berlaku agak menghairankan kenapa polis merempuh dan terbabas. Video sebelumnya ada disiarkan TV3 


Siapa ada vedio penuh minta dikongsi bersama




Wednesday, April 18, 2012

Penghina Islam

Dia ni bukan tahu sangat tentang agama Islam berlagak saja pandai.

Orang bercakap agama dia bercakap agama tapi bila cakap macam orang bodoh.

Orang macam ni tak layak dibuat ketua.

Semua perkatan yang dikeluarkannya tidak melambangkan dia seorang berpengetahuan dalam agama.

Dia ini telah banyak menghina agama Islam.

Sesuatu patut dilakukan terhadap manusia ini


Sunday, April 15, 2012

Sumbangan SUMBANG

Aku pernah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak aku. Sebelum ini aku tak pernah hadir dalam mesyuarat sebegini. Aku tak ada pengalaman sangat bagaimana mesyuarat PIBG dijalankan.

Mulanya aku tak berapa kisah dengan kehadiran jemputan sebagai merasmikan mesyuarat dan pembahagian hadiah di sumbangkan oleh ahli politik ini kepada murid berjaya dalam pepereksaan UPSR tahun lepas. Biasanya sekolah kerajaan akan menjemput pemimpin parti sebelah kerajaan untuk datang merasmikan dan membuat ucapan.

Aku merasa terkejut dengan ucapan ahli politik dikira orang paling berpengaruh dalam kawasan aku memeberi ucapan tidak berapa cerdik seimbang dengan gelaran yang diberikan.



Ucapannya banyak berkisarkan kepada perbincangan politik yang tidak ada kaitan lansung dengan mesyuarat PIBG sedang dijalankan. Disini aku rasa diperbodohkan oleh guru besar juga dilihat cukup kuat mengampu pemimpin tersebut mendapat sumbangan untuk tabung PIBG.

Bagi aku ahli politik ini tidak ada tempat lagi untuk beliau memberi ucapan selain dalam majlis tidak ada kaitan dengan majlis politik. Ibubapa datang dalam mesyuarat PIBG untuk mendengar mengenai apa perancangan jawatan kuasa merancang untuk kemajuan anak anak yang belajar disekolah ini.



Apa yang dapat adalah leteran memualkan dari ahli politik ini. Sudahlah syarahan hancur lansung tidak ada hujah yang dapat dikira memberi kesan kepada ibubapa yang hadir. Membosankan dan nampak sangat ahli politik ini ketandusan hujah dan memang tidak pandai memberi syarahan kepda rakyat.

Patutlah terpaksa mencuri masa mesyuarat PIBG untuk memberi syarahan politik. Kalau dibuat kat luar dan masa biasa dibuat oleh parti pembangkang agaknya tak ada seorang pun yang datang.

Memang menyushkan betul ahli politik ini. Tak pandai bersyarah nak masuk politik. Pastinya kerana duit tergila sangat nak asuk politik. Bodoh...

Berapa Banyak Belanja Dihabiskan

Berapa banyak la wang rakyat dihabiskan untuk memanggil anak muda ini datang menyambut PM. Tak Habis habis memazir wang rakyat hasilnya tak lah membanggakan.

Apa yang dapat dilihat hanya syok sendiri menyedapkan hati PM.

Nasib kau lah PM diperbodohkan anak muda ni.




Boleh buat apa saja janji duit masuk poket

kalau PM datang gembira sangat kerana peluang dapat duit upah buat kerja


Kalau yang ini erenti tak dapat upah habiskan duit minyak adalah

Nasib kau lah budak sokong Anuar tak dapat hasil

Saturday, April 14, 2012

Kenyataan Tun akhir akhir ini

Kamu tanya saya jawab la


Kenyataan Tun Dr Mahathir memberi impak kepada Umno sekarang.


Umno patut sedar dengan kenyataan Tun itu


Jangan duk berlagak sombong lagi



Langkah Hassan Ali sumbang

Sekarang ni aku dah malas nak tulis panjang panjang. Tulis pendek pendek asalkan pembaca mudah faham.

Ni aku nak tulis fasal Datuk Hassan Ali yang banyak bercakap sekarang. Apa yang dia cakap sekarang macam balas dendam kepada PAS. Kenapa marah kepada PAS kalau kita betul betul nak perjuangkan agama. Semua itu rakyat sedang lihat. Rakyat tahu nak nilai walau tak ada suara.

Kenapa perlu bercakap macam nada Umno. Kalau bercakap begini rakyat akan nilai seolah dia sedang guna irama Umno. Seolah dia dah masuk Umno cuma tak isytihar lagi. Hassan ni macam dah sesat dalam peranan dia sendiri. Seolah telah lupa apa yang dia buat selama ini untuk perjuangkan Islam. 

Aku setuju jika pendapat mengatakan bahawa bukan Pas sahaja perjuangkan Islam. Individu pun boleh perjuangkan Islam. Kenapa Hassan tidak bercakap perjuangkan Islam tanpa peduli kepada pemecatan dia dari Pas.

Teruskan perjuangan rakyat akan menilai bahawa dia adalah pejuang Islam walau dimana berada. 

Kenapa perlu berada bersama Umno yang telah jelas tidak rapat dengan Islam.

Kalau Pas itu salah buktikan