Monday, September 26, 2011

Fahaman Inggeris tidak mampu dikikis lagi

Teruk betul penerimaan kerajan tentang cadangan kerajaan Kelantan mengamalkan hukum hudud dalam penghakiman di negeri Kelantan. Kelihatan kerajaan pusat tidak mahu kerana cadangan itu datang dari parti lawan mereka. 

Saya berpandangan mereka ini tidak mahu membenarkan kerajaan Kelantan mengamalkan hukum hudud adalah kerana ini tidak bertepatan dengan corak pemerentahan kerajaan pusat yang lebih kepada mengamalkan perundangan Inggeris.

Jika dikaji kepada perundangan Inggeris tidak ada ruang yang diberikan untuk memasyhurkan perundangan Islam untuk kegunaan dalam negeri dan negara. Bagi pengamal undang undang Inggeris akan menentang cadangan ini. Hudud dilihat sebagai satu perundangan yang bercanggah dengan perundangan Inggeris.

Malang sekali pengamal perundangan Inggeris tidak minat dengan perundangan agama yang mereka anuti. Mereka seolah tidak mahu menukar sistem perundangan yang disediakan oleh kerajaan Inggeris untuk persediaan kemerdekaan.

Kerajaan Inggeris menyediakan perundangan ini kerana diminta oleh penyokong kerajaan Inggeris pada waktu itu sebagai panduan untuk mentadbir negara disifatkan sebagai tidak ada undang undang khusus dalam negara ini. Seperti dikhabarkan bahawa Malaysia ditawarkan kemerdekaan lebih awal dari tarikh 31 Ogos 1957. Cadangan itu ditolak kerana beranggapan rakyat Malaysia tidak mamapu membuat jarum bagaimana nak memerentah negara.

Oleh kerana anak kesayangan Inggeris bersedia untuk memerentah sendiri maka Inggeris bersedia memeberi dan di gubalkan undang undang untuk digunakan dalam pemerentahan kerajaan dibawah tadbiran rakyat Malaysia sendiri.

Dari perundangan  inilah dapat kita lihat anak anak Malaysia diserap dan difahamkan bahawa perundangan yang ada di Malaysia adalah seperti diamalkan sekarang. Perundangan ini dibuat oleh manusia berketurunan Inggeris dan tidak beragama Islam.

pada waktu yang sama rakyat malaysia telah menganut agama Islam sebagai agama utama dan berzaman diamalkan. Malangnya bila negara hendak merdekaperundangan Islam tidak terpilih sebagai rujukan pemerentahan negara.

Sehinggalah sekarang pemahaman perundangan Inggeris telah berkarat dalam fikiran anak anak Malaysia sehingga tidak boleh menerima perundangan Islam walau penganut Islam lebih separuh dari rakyat Malaysia. Lebih malang semakin ramai ulama yang ada di Malaysia tidak mampu bersuara mungkin hanya membenci dalam hati takut poket kering.

Bila ulama berat mulut maka tidak kuatlah tekanan untuk msmasyhurkan perundangan Islam yang dicadangkan. Berharaplah kita agar lebih ramai ulama yang berani bersuara lebih lantang perjuangkan perundangan Islam di negara kita.

Sunday, September 25, 2011

Masyhurkan Islam dalam negara kita

Saya tidak faham disini kenapa memasyurkan Islam tidak mendapat sokongan dari orang Islam sendiri. Sepatutnya negara kita yang merdeka ini telah maju dengan pemasyhuran Islam sebagai perundangan utama bagi menjaga kebajikan penduduknya.

Bilangan umat Islam yang ramai masih tidak mampu menjadikan Islam sebagai pedoman pentadbiran negara. Sampai bila kesesuaian menjadi alasan untuk menangguh perlaksanaan syariat Islam dalam negara yang diperentah oleh orang Islam sendiri.

Bagaimana dengan ulama yang memegang amanat Allah tidak maampu memberi panduan kepada rakyat kebaikan hudud kepada masyarakat. Apa yang dibentangkan adalah tidak sesuai dengan perkembangan negara sekarang an tentangan dari penganut agama lain.

Kenapa perlu mengambil kira penganut agama lain sedangkan ini negara Islam dan pemerentahnya beragama Islam. Dimana iman pemerentah sekarang dengan memberi alasan begini menangguh perlaksanaan hukum. Sepatutnya hukum ini disokong atas iman kepada Allah.

Kenapa tidak meletakkan Allah didepan bila mentadbir negara. Dimana penasihat agama yang dilantik. adakah mereka diminta pandangan atau diberi pandangan bagaimana mensyariatkan negara ini dengan syariat Islam. Sungguh malang jika ulama ini diberi arahan bagaimana mentadbir Islam. malang lagi pemberi arahan itu dari golongan orang yang tidak arif tentang Islam.

Saya menyeru kepada ulama bersatu dalam menjadikan negara kita ini sebagai negara Islam seperti diwar warkan. Jangan kulit sahaja nampak Islam tapi pengisiannya penuh kejahilan.

Lihatlah persekitaran masyarakat kita sekarang adakah syariat Islam berkembang atau semakin pudar. Saya pasti ianya jelas kelihatan.

Thursday, September 22, 2011

Umno disebalik tabir

UMNO dan BN semakin sibuk dengan program mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka. Mereka semakin sibuk menguruskan program untuk memastikan rakyat tetap menyokong mereka. 

Apa yang dapat diperhatika adalah kesibukan mereka seolah mereka baru bekerja dan menggunakan kemahiran yang selama ini tidak pernah digunakan. mereka sibuk memikirkan bagaimana untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka masih releven memerentah negara.

Kesibukan mereka ini seolah memberi tamparan kepada pemimpin yang selama ini hanya mengoyang kaki tanpa berusaha mampu mengekal kerusi.Sekarang mereka tidak lagi mampu bergoyang kaki kerana kerusi mereka semakin panas.

pemimpin ini tidak lagi asyik berleka dengan kerja kerja lain malah semakin tidak cukup masa mengejar pengundi agar mengundi mereka untuk pilihanraya akan datang. Pemimpin UMNO sekarang semakin sibuk menganjur program yang melibatkan rakyat bagi memberi kesedaran sokongan kepada BN.

Pemimpin sekarang tiak lagi seperti dahulu sekian hari sibuk mengejar masa utuk mengatur program memastikan kemenangan akan berpehak kepada mereka nanti. Kelihatan pemimpin ini semakin matang dalam politik melayan rakyat dengan sepatutnya.

Lebih tepat jika dikatakan bahawa pemimpin UMNO sekarang semakin pandai menjalankan tugas sebagai pemimpin rakyat seperti dilakukan oleh pemimpin dalam PR. Mungkin banyak yang mereka belajar daripada kejayaan yang dicapai oleh pemimpin PR. Mereka sedar bahawa sokongan rakyat akan dapat dicapai jika banyak program melibatkan rakyat .

Sekarang semakin kerap pemimpin BN turun berjumpa dengan rakyat tambahan kebetulan sekarang dalam musim perayaan. Boleh dikatakan setiap pemimpin atasan menganjur rumah terbuka menjemput rakyat datang berjamu dan menyiarkan dalam media bahawa rakyat masih menyokong BN dengan kehadiran yang ramai itu.

Bagi mereka itu adalah satu ukuran kejayaan sokongan dengan panggil makan. Belanja dengan menggunakan duit kerajaan dan panggil rakyat makan beramai ramai sudah diterjemahkan sebagai sokongan rakyat. 

Walaupun bagi PR itu bukanlah satu terjemahan sokongan rakyat tapi PR mempunyai penilaian lain dalam menilai sokongan rakyat. kalau setakat memanggil makan denga berbelanja duit cukai rakyat, rata rata rakyat faham bahawa jamuan itu adalah hak mereka. Mereka bukan datang kerana sokongan kepada BN tetapi jamuan yang diadakan itu adalah hak mereka datang berjamu.

Pemimpin Umno masih lagi mencari formula namun banyak formula yang dilakukan adalah mengambarkan kegagalan dalam memenangai hati rakyat. Kelebihan BN sekarang adalah mereka menggunakan teknik semasa pilihan raya. Oleh kerana mereka memegang pemerentahan negara, mereka dapat melakukan apa saja bagi memastikan kemenangan.

Undian rakyat tidak penting kerana teknikal yang mereka lakukan adalah satu jaminan kemenangan akan berpihak kepada mereka. Biarpun hakikat sebenar sokongan rakyat lebih kepada PR.

Pemimpin BN masih belajar menggunakan teknik memujuk rakyat dengan cara adil dan bekerja keras. Mereka tidak biasa melakukan kerja kerja sebegini namun ada antara pemimpin BN yang mula sedar  bahawa teknikal yang salah yang digunakan oleh mereka selama ini semakin memakan diri.

Dengan harapan semakin ramai pemimpin UMNO sedar mereka selama ini banyak melakukan perkara salah. Boleh diistilahkan bahawa selama ini BN tidak bertanding dalam pilihanraya. Dengan kuasa yang ada pada mereka kemenangan berpihak kepada BN. Rakyat semakin sedar dengan kerja kerja yang mereka lakunan ini adalah satu ketidakadilan dalam demokrasi.

Kebanyakan rakyat sekarang telah tahu bahawa jika BN bertanding pilihanraya secara adil, mereka akan kalah dengan teruk kerana mereka tidak tahu menjadi seorang pemimpin yang baik untuk rakyat. 

Thursday, September 15, 2011

Idologi bangsa asing dijaga dengan baik hingga kini

Ada pertembungan fahaman disini yag saya dapat lihat antara pemahaman UMNO dan pensejarahan sebenar. UMNO berkeyakinan bahawa British bukanlah sebagai penjajah dan musuh kepada Malaysia ( Tanah Melayu ). British dianggap sebagai penasihat kepada sultan mengenai pentadbiran Tanah Melayu.

UMNO tidak berada seperti pandangan sebaliknya menganggap British sebagai penjajah yang sepatutnya dihalang dari mencampuri urusan pentadbiran sultan di Tanah Melayu. Perjuangan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia waktu itu adalah kerana berpendapat seperti tadi.

Adalah menjadi kewajiban kepada setiap anak bangsa mempertahankan tanah air dari terus dicampuri urusan oleh bangsa lain. Tidak ada hak bangsa atau negara lain mencampuri pemerentahan negara kita. Sedangkan sekarang pun kita akan bangkit menentang sesiapa sahaja yang mencampuri urusan negara samada memberi pandangan atau masuk tangan dalam urusan negara.

Kalau kita di lakukan sedemikian sekarang kita akan lihat ramai anak bangsa akan bertukar menjadi hijau mengamuk kerana mencampuri urusan peribadi bangsa. Kita boleh bayangkan bagaimana tindakan mereka ini jika negara kita diganggu kedaulatanya.

Zaman menuntut kemerdekaan dulu yang diterajui oleh berbagai parti yang ditubuh adalah bertujuan untuk menghalang kedaulatan negara diganggu oleh bangsa dan negara lain. Walau pada asalnya negara kita menjemput untuk memberi nasihat dan tunjuajar pentadbiran negeri, tapi seumpama keduk naik junjung jadinya.

Pergerakan bangsa lain ini berlebihan dan bertindak sebagai pentadbir negara atas kehendak sultan. nasihat yang diberikan bukan untuk mendaulatkan kesultanan melayu tetapi menjaga kepentingan mereka kerana mendapat tentangan dari rakyat melayu.

Tentu kita faham kenapa rakyat melayu menentang penglibatan bangsa lain ini. Sikap dan penglibatan mereka seolah lebih kuah dari sudu. Rakyat mana tidak rasa marah dengan perangai bangsa asing ini jika mereka menganggap Tanah Melayu seperti negara sendiri.

Tidak sepeti UMNO yang menyanyangi bangsa asing ini kerana berpendapat kemajuan dapat dirasai dan mereka ini juga terperasan dengan takhta bangsawan seolah sedarjat dengan bangsa asing ini. Sebab itulah bangsawan UMNO ini lebih sukakan bangsa asing ini kerana boleh duduk semeja dan bermain sepadang.

Kalau kita sebagai seorang pekerja tentu majikan kita akan lebih suka kepada pekerja yang lebih memahami kehendak majikan dari pekerja yang bertentangan dengan kemahuan majikan. Dari itulah bangsa asing ini lebih suka menyerahkan Tanah Melayu ini kepada mereka yang lebih memahami kehendak bangsa asing ini. 

Kejayaan bangsa asing ini menyusun penyerahan Tanah Melayu ini dapat kita lihat hingga hari ini adalah penyusunan dan kehendak mereka terlaksana tanpa disedarai rakyat.

Paling berjaya adalah dengan menutup dan memadamkan perjuangan rakyat Tanah Melayu dulu yang sepatutnya digelar pejuang kemerdekaan. Alang alang memberi kemerdekaan berilah kepada mereka yang mampu mendokong idologi bangsa asing ini.

Kejayaan menjadikan idologi bangsa asing ini terus hidup dapat kita rasai hingga sekarang. Ianya melekat dalam jiwa anak anak bangsa sehingga kita dapat lihat rosak dan hancurnya akibat yang terhasil.

Ternafinya sejarah sebenar negara

Dah banyak saya baca dalam blog mengisahkan perjuangan zaman kemerdekaan. Semakin hari semakin banyak cerita yang keluar mencabar fakta sejarah selama ini kita gunakan sebagai panduan untuk rakyat Malaysia.

Sebagai orang melayu saya terasa seperti dicabar untuk menyatakan bahawa orang melayu sekarang telah di permainkan dengan fakta sejarah yang mengelirukan. Perasaan marah saya kepada penulis sejarah sanggup menyembunyikan fakta sejarah yang sepatutnya dibentangkan dalam buku sejarah untuk tatapan rakyat Malaysia.

Setelah bertahu berlalu nasib baiklah masih lagi ada insan yang mampu menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku waktu itu. Kita anak muda sekarang tidak lagi dapat merasakan keperitan pejuangan waktu itu. Hanya mampu kita rasai adalah dengan membaca bahan sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah.

Kalau ahli sejarah sanggup memesongkan sejarah sebenar dan sembunyikan peristiwa sepatutnya diketahui rakyat, adalah malang sungguh untuk rakyat Malaysia. Malang sungguh kerana rakyat tidak tahu sejarah sebenar negara mereka.

Saya merayu kepada mereka yang mampu membongkar sejarah negara yang masih belum di khabarkan kepada negara agar bertindak segera sebelum bukti sejarah yang masi bersisa tidak hilang ditelan zaman. Mungkin masih ada masa untuk kita mencari sejarah keagungan perjuang nenek moyang kita. Malang sekali mereka tidak diberi peluang merasai anugerah negara atas perjuangnan mereka.

Saya yakin masih banyak nama nama pejuang masih tidak terbongkar kerana disembunyikan nama mereka agar tidak merosakkan perancangan penjajah menafikan terdapat pemberontakan menjuang kemerdekaan sehingga menumpahkan darah. Jika ini terbongkar saya pasti ramai yang akan merasai malu kerana sekongkol menyembunyikan dan menafikan sejarah sebenar negara.

Wednesday, September 14, 2011

UMNO bukan satu satunya

Kalau kita baca perkhabaran sejarah yang tidak pernah kita duga bahawa sejarah yang kita baca selama ini masih ada lagi yang tidak dimasukkan sebagai bahan sejarah.

Bagaiman dengan sejarah selama ini kita anggap sebagai sejarah sebenar negara. Tentu kita terkejut dengan sejarah yang dihidang oleh kerajaan sejak dulu lagi. Paling terkejut adalah penyokong kerajaan yang mati mati mengatakan parti mereka adalah pejuang mutlak kemerdekaan.

Sedikit pengetahuan yang saya dapat telah memberikan gambaran bahawa penyokong parti kerajaan dalam ketakutan kerana perjuangan pemimpin parti mereka akan beralih posisi. Dulu posisi pemimpin mereka berada didepan kerana hanya pemimpin mereka sahaja yang tertonjol sebagai pejuang kemerdekaan.

Lebih banyak sejarah dibongkar akan dapat dilihat bahawa perjuangan pemimpin UMNO buka hanya hero kemerdekaan. Masih ada ramai lagi yang seiringan dengan pemimpin UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan. Kesan perjuangan mereka dapat dilihat dalam lipatan sejarah jika sejarah sebenar dibentangkan.

Pensejarahan semula inilah yang membimbangkan pemimpin UMNO kerana mereka tidak lagi hanya satu satunya pejuang kemerdekaan. Penterjemahan dalam perjuangan kemerdekaan telah berubah dan ianya menjadi perkongsian perjuangan. Bukan hanya UMNO sahaja yang berjaya mendesak British memberi kemerdekaan kepada Malaysia malah kemerdekaan itu adalah hasil dari desakan pejuang bersama dengan pemimpin UMNO dan sebelum kemunculan UMNO.

Paling menarik sekali bahawa menuntut kemerdekaan telah bermula sebelum kemunculan UMNO lagi. Banyak parti parti yang muncul untuk menuntut kemerdekaan. Apa yang berlaku waktu itu sepatutnya dikaji semula. Ada sebab bagaimana UMNO berada didepan kelihatan sebagai parti yang berjaya menuntut kemerdekaan.

Pensejarahan semula akan memberi jawapan sebenar bahawa UMNO bukan satu satunya parti yang berjaya membawa Malaysia merdeka.

Percanggahan pamahaman sejarah

Perubahan angin sejarah Malaysia telah memberi banyak perlakuan yang tidak disedari bahwa mereka ini tidak dapat menerima kenyataan bahawa sejarah perlu diperbetulkan. Selama ini kita menggunakan perkhabaran sejarah yang ditulis tanpa disedari bahawa sejarah sebenarnya tidak sedemikian.

Penilaian semula sejarah ini perlu mendapat perhatian kerana banyak bukti yang telah ditemui. rakyat tidak sedar bahawa ada banyak lagi bahan sejarah yang tidak diketengahkan sebagai rujukan yang sepatutnya tidak ketinggalan.

Hak bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang berlaku dalam masa perjuangan menuntut kemerdekaan. Dari apa yang di ketahui selama ini kita sebagai rakyat terasa disembunyikan dengan niat fakta sejarah yang sepatutnya rakyat mengetahui walau fakta itu tidak mengembirakan.

Kecewa dan terkejut bahawa masih ada lagi sejarah yant tidak diketahui oleh rakyat Malaysia malah disembunyikan. Pengajian sejarah yang dipelajari selama ini masih tidak cukup. Tidak semua pejuang kemerdekaan dibentangkan dalam lapangan sejarah untuk di ketahui oleh rakyat.

Selama ini hanya sebahagia sahaja sejarah diketahui itupun banyak melibatkan parti UMNO. Rakyat Malaysia selama ini hanya dihidangkan dengan sejarah perjuangaan yang dijuang oleh pemimpin UMNO sahaja. Parti lain hanya sedikit sahaja bahan sejarah yang dibentangkan untuk dipelajari dan dibincang. 


Rakyat Malaysia hanya diberitahu perjuangan banyak dilakukan oleh pemimpin UMNO kerana hanya pemimpin UMNO sahaj yang terlibat dan lebih kelihatan memperolehi kemerdekaan terus dari British. Kisah sebenar disebalik kemerdekaan itu tidak ditonjolkan. Sebelum pemimpin UMNO mendapat kemerdekaan ramai rakyat yang berjuang mendapat kemerdekaan sehingga menumpahkan darah dan kehilangan.

Semua keperitan yang dihadapi tidak dimasukkan dalam paparan sejarah kerana ini mungkin akan mengurangkan kemasyuran pemimpin UMNO sebagai parti yang mampu membawa kemerdekaan kepada negara. Kisah benar yang berlaku masih lagi tidak dipaparkan dalam sejarah sehingga ke hari ini. Rakyat Malaysia menganggapkan bahawa apa yang yang dipaparkan dalam buku sejarah negara itulah sebenarnya kejadian yang berlaku.

Sehingga kehari ini sejarah ini masih digunakan dan rakyat Malaysia masih memahami sejarah ini. Sebilangan besar rakyat Malaysia dalam parti UMNO menganggap bahawa sejarah sebenar adalah seperti apa yang ditulis.

Jika sejarah ini disemak semula mereka ini tidak dapat menerima kerana telah menganggap sejarah ini adalah mutlak. Tidak ada sejarah lain selain apa yang ditulis. mereka menganggap bahawa penyemakan semula sejarah adalah pengkhianatan. Ini kerana jika pensejarahan semula dibuat akan menukar pejuang pemimpin UMNO dulu kepada pejuangan bersama dan bukan UMNO sahaja yang berjaya menuntut kemerdekaan Malaysia. Perkara ini perlu mereka elakkan.

Sikap tidak boleh terima ini membawa kepada pencanggahan dalam pemahaman sejarah. Malaysia akan dikenali sebagai negara yang masih tidak tepat dengan sejarah negara.

Monday, September 12, 2011

Heboh dulu baru nafi

Saya menulis disini kerana ingin menzahirkan kehairanan dengan cukai penggunaan talian pra bayar dikenakan sebanyak 6%. Ramai tidak senang dengan keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersebut.

Perkara ini seperti dilaporkan adalah keputusan yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan ini. Seperti difahamkan bahwa rakyat Malaysia akan dikenakan cukai tersebut untuk penggunaan talian telefon.

Menghairankan saya adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat telekomnikasi adalah seolah telah dipersetujui oleh kerajaan kerana keputusan yang dibuat sepatutnya mendapat riaksi dari kerajaan dulu sebelum menghebahkan kepada pelanggan.

Kenapa pemakluman dibuat dahulu dan setelah mendapat bantahan pelbagai lapisan rakyat barulah kerajaan buka mulut menafikan cukai yang dikenakan telah mendapat kelulusan dari kerajaan.

Kenapa kerajaan menunggu riaksi dari rakyat baru menyatakan pendirian tidak bersetuju cukai yang dikenakan itu. Pihak syarikat telekomunikasi perlu mendapat keputusan dari kebinet dahulu sebelum melaksanakan cukai tersebut.

Ini pernah berlaku kepada Astro dilaporkan membuat kenyataan menaikkan caj bil kepada harga baru. Rakyat bising dengan tekanan yang dibuat oleh pihak Astro. Setelah rakyat bising barulah kerajaan buka mulut menyatakan Astro tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan tanpa kelulusan kebinet.

Sekarang berlaku lagi dengan syarikat telekomunikasi membuat kenyataan mengenakan cukai 6 % keatas pelanggan. Rakyat kembali bising dan seperti dulu kerajaan pun buka mulut dengan modal yang sama menyatakan bahawa cukai itu tidak boleh dikenakan kepada pengguna kerana tidak mendapat kelulusan dari kerajaan.

Seperti ada permainan tarik tali disini. Bagaimana jika rakyat tidak bising mungkin cukai ini akan terus dikenakan kepada pengguna tanpa kerajaan bising dengan mengenakan syarat bahawa perlu kepada kelulusan kabinet.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Tunggu rakyat bising dulu baru nak melarang syarikat bertindak. Apakah syarikat tidak tahu peraturan bahawa mereka perlu merujuk kepada kabinet dulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenakan cukai tersebut. Apakah kerajaan tidak akan bertindak kepada syarikat telekominikasi jika rakyat tidak buat bising dan meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.

Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Nampak seperti kerajaan tidak peka dengan situasi rakyat dan perkara perkar yang akan berlaku. Menunggu rakyat bertindak baru kerajaan menunjukkan muka berlagak seolah kerajaan prihatin.

Saya tidak mahu menuduh tapi kelihatan kerajaan seolah bersekongkol dengan syarikat telekomunikasi menghebahkan pengenaan cukai tersebut dulu kepada rakyat dan lihat bagaimana reaksi rakyat. Jika rakyat tidak bising bolehlah diteruskan dengan cukai tersebut tapi jika rakyat bising kerajaan terpaksa bertindak menafikan bahawa kerajaan bersetuju penggunaan cukai tersebut kepada pelanggan.

Kerajaan akan bertidak kelihatan tegas bagi menutup mulut pengguna atau rakyat yang kecewa dengan kerajaan memebenarkan cukai tersebut digunakan.

Kita akan lihat syarikat mana lagi yang akan mengenakan tekanan kepada rakyat dan saya menjangkakan keadaan akan berlaku sama seperti sekarang.

Saya berharap ada ulasan lebih baik lagi dengan tinakan lambat kerajaan ini.


Saturday, September 10, 2011

Membongkar fakta sejarah perjuangan kemerdekaan

Semenjak saya mengikuti perkembangan sejarah tanah air, banyak sejarah yang saya tidak tahu timbul dalam arena penulisan. Saya tidak sangka bahawa masih banyak lagi sejara kemerdekaan negara tidak diberitahu kepada rakyat  secara fakta.

Lebih mengejutkan saya peranan parti komunis yang digambarkan sebagai pengkianat negara telah memebuatkan saya ingin menilai semula kerana fakta yang didalam sejarah telah diragui. Ini bukan bermakna saya tertarik dengan perjuang komunis, tetapi fakta yang diberikan tidak lagi dapat dipegang kerana terdapat fakta lain yang mampu bersaing dan dapat membatalkan fakta dulu.

Perjuangan menuntut kemerdekaan mempunyai banyak lagi cerita cerita yang tidak dipaparkan dalam pengetahuan rakyat Malaysia. Malang sungguh rakyat Malaysia dinafikan hak mereka untuk mendapatkan cerita dengan fakta sebenar tentang sejarah menuntut kemerdekaan.

Selama ini komunis disejarahkan sebagai petualang yang ingin menghancurkan Tanah Melayu waktu itu kini tidak lagi kelihatan begitu kerana ada fakta lain yang tidak dinyatakan sebagai sebahagian dari sejarah. Tidak diketahui kenapa penglibatan komunis dalam perjuang kemerdekaan dilebelkan sebagai petualang negara.

Saya amat berharap mendapat fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara kerana ini adalah maruah negara kerana dianggap pejuang yang gugur tidak dipaparkan sebagai pejuang menuntut kemerdekaan. Keinginan saya untuk tahu apakah berita sebenar tentang peranan komunis dalam sejarah kemerdekaan.

Jika benar komunis adalah parti yang mengganggu kemerdekaan dengan fakta fakta yang dapat diterima ianya patut disejarahkan begitu. Namun ia sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan.

Saya yakin masih banyak lagi sejarah yang terpendam masih belum dibongkar. Perlunya ahli sejarah menggali kembali sejarah kemerdekaan negara agar dapat ditatapi oleh anak negara akan datang. Saya yakin pembongkaran sejarah ini akan mengubah sejarah tanah air kepada satu demensi baru dalam pemahaman kemerdekaan.

Akan timbul ramai watak watak baru pejuang kemerdekaan dalam demensi yang berbeza. Pemahaman erti kemerdekaan akan juga berubah kerana bentuk kemerdekaan sebenar akan diketahui.

Melihat kepada perkembangan penghuraian kisah perjuangan menuntut kemerdekaan dapat dilihat bagaimana corak sebenar menuntut kemerdekaan berlaku waktu itu. Bukan sekadar mereka yang telah dipaparkan dalam buku sejarah malah mereka yang tertinggal dalam penafsiran perjuangan juga akan dapat dibawa keluar dari penyembunyian sejarah.

Kalau sekarang kita membaca sejarah mengatakan sesaorang itu adalah petualang mungkin pembongkaran fakta baru dapat membersihkan nama mereka dan ditafsirkan sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan.

Terpesongnya fakta sejarah


Mengikuti perkembangan pejuang kemerdekaan yang diperdebatkan sekarang membuatkan saya tertarik untuk sama memberi pendapat. Sebagai seorang sebelum ini digelar anak merdeka rasa terkejut dengan perkembangan baru tanahair.
Sekian lama saya hidup di Malaysia ini baru saya tahu bahawa sejarah Tanah Melayu tidak seperti yang saya pelajari di sekolah. Saya juga tersedar bahawa dalam pensejarahan Tanah Melayu waktu itu hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang dikedepankan sebagai pejuang kemerdekaan.
Selama ini saya mengakui bahawa UMNO sebagai satu parti pejuang kemerdekaan yang berjaya memaksa British melepaskan pegangan mereka keatas Tanah Melayu. Saya menggagumi kecerdikan pejuang dari parti UMNO yang mampu membawa Tanah Melayu kepada Malaysia yang merdeka.
Terbaca juga saya pejuang kemerdekaan lain tetapi tidak banyak yang dipaaprkan dalam cacatan sejarah di sekolah. Sehingga kini saya masih berpegang dengan fahaman bahawa hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang betul betul bertindak memerdekakan Malaysia.
Sehinggalah perdebatan ini hebat di perkatakan dalam blog yang saya ikuti memberitahu dan mengkhabarkan semula bahawa Malaysia masih banyak lagi pejuang kemerdekaan yang tidak ditampilkan dalam buku sejarah sekolah.
Bayangkan tiga puluh tahun saya tinggalkan sekolah dan masih beranggapan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah layak diberi kepada mereka yang kebanyakannya berada dalam parti UMNO.
Akhir akhir ini saja saya mulai sedar bahawa masih ramai lagi malah dikhabarkan beratus lagi pejuang kemerdekaan yang disembunyikan oleh penulis sejarah Malaysia. Malang sungguh saya sebagai anak Malaysia tidak tahu bahawa Malaysia ( Tanah Melayu ) mempunyai pejuang kemerdekaan yang amat ramai dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Diperkatakan juga pejuangan mereka yang tidak timbul dalam buku sejarah sekolah lebih tinggi semangat juang mereka dari mereka yang terpangpang  didada sejarah seperti diberi tahu.
Saya percaya lebih ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa negara kita mempunyai pejuang kemerdekaan tidak seperti yang kita tahu. Pejuang kemerdakaan yang tidak disejarahkan itu adalah pejuang sebenar dan lebih dahuli dari pejuang yang disejarahkan.
Saya yakin mereka yang mentadbir negara sekarang juga tidak sedar bahawa meraka juga diberi fakta yang salah oleh pemerentah dulu dalam penyiaran sejarah tanah air. Mereka berkeyakinan bahawa pejuang kemerdekaan adalah seperti beritahu dalam sejarah.
Saya bersyukur kerana perkara sebegini dapat dibongkar kerana terasa malu untuk barkata bahawa Malaysia merdeka kerana rundingan dengan pihak British. Ada cerita lain yang tidak dipaparkan dalam sejarah sebenar untuk diberitahu kepada rakyat sebagai panduan bahawa kemerdekaan sebenarnya adalah dari perjuangan menumpahkan darah.
Rundingan kemerdekaan itu bukan pokok sebenar Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai adalah desakan oleh pejuang yang berani menumpahkan darah demi tanah air tercinta.
Malang sekali pihak yang mengambil kesempatan atas huru hara yang berlaku tampil kedepan mengaku berjaya mencapai kemerdekaan. Kebenaran sejarah adalah salah dari apa yang diceritakan.
Saya berharap kebenaran sejarah dapat dibongkarkan lagi demi maruah anak bangsa yang cintakan negara. Janganlah sampai dipinggirkan pejuang sebenar dari titipan sejarah. Mereka juga ada hak untuk disanjung sebagai pejuang agung. Malah mereka lebih berani dan berhemah dari pejuang yang dipaparkan dalam buku sejarah sekarang.
Pensejarahan perlu di kaji semula agar anak negara yang akan datang tidak lagi di pesongkan fakta sejarah negara kita yang kita cintai.