Dah banyak saya baca dalam blog mengisahkan perjuangan zaman kemerdekaan. Semakin hari semakin banyak cerita yang keluar mencabar fakta sejarah selama ini kita gunakan sebagai panduan untuk rakyat Malaysia.
Sebagai orang melayu saya terasa seperti dicabar untuk menyatakan bahawa orang melayu sekarang telah di permainkan dengan fakta sejarah yang mengelirukan. Perasaan marah saya kepada penulis sejarah sanggup menyembunyikan fakta sejarah yang sepatutnya dibentangkan dalam buku sejarah untuk tatapan rakyat Malaysia.
Setelah bertahu berlalu nasib baiklah masih lagi ada insan yang mampu menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku waktu itu. Kita anak muda sekarang tidak lagi dapat merasakan keperitan pejuangan waktu itu. Hanya mampu kita rasai adalah dengan membaca bahan sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah.
Kalau ahli sejarah sanggup memesongkan sejarah sebenar dan sembunyikan peristiwa sepatutnya diketahui rakyat, adalah malang sungguh untuk rakyat Malaysia. Malang sungguh kerana rakyat tidak tahu sejarah sebenar negara mereka.
Saya merayu kepada mereka yang mampu membongkar sejarah negara yang masih belum di khabarkan kepada negara agar bertindak segera sebelum bukti sejarah yang masi bersisa tidak hilang ditelan zaman. Mungkin masih ada masa untuk kita mencari sejarah keagungan perjuang nenek moyang kita. Malang sekali mereka tidak diberi peluang merasai anugerah negara atas perjuangnan mereka.
Saya yakin masih banyak nama nama pejuang masih tidak terbongkar kerana disembunyikan nama mereka agar tidak merosakkan perancangan penjajah menafikan terdapat pemberontakan menjuang kemerdekaan sehingga menumpahkan darah. Jika ini terbongkar saya pasti ramai yang akan merasai malu kerana sekongkol menyembunyikan dan menafikan sejarah sebenar negara.
No comments:
Post a Comment