Semenjak saya mengikuti perkembangan sejarah tanah air, banyak sejarah yang saya tidak tahu timbul dalam arena penulisan. Saya tidak sangka bahawa masih banyak lagi sejara kemerdekaan negara tidak diberitahu kepada rakyat secara fakta.
Lebih mengejutkan saya peranan parti komunis yang digambarkan sebagai pengkianat negara telah memebuatkan saya ingin menilai semula kerana fakta yang didalam sejarah telah diragui. Ini bukan bermakna saya tertarik dengan perjuang komunis, tetapi fakta yang diberikan tidak lagi dapat dipegang kerana terdapat fakta lain yang mampu bersaing dan dapat membatalkan fakta dulu.
Perjuangan menuntut kemerdekaan mempunyai banyak lagi cerita cerita yang tidak dipaparkan dalam pengetahuan rakyat Malaysia. Malang sungguh rakyat Malaysia dinafikan hak mereka untuk mendapatkan cerita dengan fakta sebenar tentang sejarah menuntut kemerdekaan.
Selama ini komunis disejarahkan sebagai petualang yang ingin menghancurkan Tanah Melayu waktu itu kini tidak lagi kelihatan begitu kerana ada fakta lain yang tidak dinyatakan sebagai sebahagian dari sejarah. Tidak diketahui kenapa penglibatan komunis dalam perjuang kemerdekaan dilebelkan sebagai petualang negara.
Saya amat berharap mendapat fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara kerana ini adalah maruah negara kerana dianggap pejuang yang gugur tidak dipaparkan sebagai pejuang menuntut kemerdekaan. Keinginan saya untuk tahu apakah berita sebenar tentang peranan komunis dalam sejarah kemerdekaan.
Jika benar komunis adalah parti yang mengganggu kemerdekaan dengan fakta fakta yang dapat diterima ianya patut disejarahkan begitu. Namun ia sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan.
Saya yakin masih banyak lagi sejarah yang terpendam masih belum dibongkar. Perlunya ahli sejarah menggali kembali sejarah kemerdekaan negara agar dapat ditatapi oleh anak negara akan datang. Saya yakin pembongkaran sejarah ini akan mengubah sejarah tanah air kepada satu demensi baru dalam pemahaman kemerdekaan.
Akan timbul ramai watak watak baru pejuang kemerdekaan dalam demensi yang berbeza. Pemahaman erti kemerdekaan akan juga berubah kerana bentuk kemerdekaan sebenar akan diketahui.
Melihat kepada perkembangan penghuraian kisah perjuangan menuntut kemerdekaan dapat dilihat bagaimana corak sebenar menuntut kemerdekaan berlaku waktu itu. Bukan sekadar mereka yang telah dipaparkan dalam buku sejarah malah mereka yang tertinggal dalam penafsiran perjuangan juga akan dapat dibawa keluar dari penyembunyian sejarah.
Kalau sekarang kita membaca sejarah mengatakan sesaorang itu adalah petualang mungkin pembongkaran fakta baru dapat membersihkan nama mereka dan ditafsirkan sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment