Friday, February 10, 2012

Cadangan pembangunan rakyat Kelantan


Kerajaan Kelantan dicadangka memikirkan satu cara bagaimana membawa pulang rakyat Kelantan yang merantau selama ini berada di Kelantan dan memajukan Kelantan. Kerajaan Kelantan sudah pasti mempunyai kemampuan memikiran sebab untuk rakyat Kelantan pulang dan menempat di Kelantan sebagai mastautin.

Sekarang ramai rakyat elantan tiak mampu berada dalam negeri bukan kerana Kelantan terlalu mskin untuk menjadi mastautin tetapi Kelantan tidak cukup peluang pekerjaan. Rakyat Kelantan  ramai dan terlalu ramai yang mempunyai kepakaran untuk digunakan di sektor perniagaan dan sebagainya.

Rata rata bersetuju rakyat Kelantan mempunyai keupayaan pendidikan dan kemahiran yang tinggi. Kemahiran kecerdikan iniamat diperlukan dalam sektor perniagaan dan sebaginya. Peluang ini menjadikan rakyat berketurunan Kelantan menjadi bualan kerana ramai memenuhi ruang kerja pelbagai sektor.

Kesempatan ini menjadikan peluang bagi kerajaan negeri Kelantan menarik rakyat dengan cara lebih bijak tanpa mengubah kedudukan asal kerjaya rakyat. Kerajaan boleh menyusun penempatan rakyat melalui perancangan perjalanan rakyat ke tempat kerja.

Cara terbaik untuk kerajaan menarik semula rakyat Kelantan balik semula tinggal dalam negeri dengan membina perjalanan untuk rakyat Kelantan ke tempat kerja. Rakyat tidak perlu berhenti kerja untuk pulang ke negeri Kelantan tapi rakyat boleh berada negeri Kelantan untuk bekerja di tempat kerja asal.

Gambaran terbaik untuk rakyat Kelantan adalah walau tinggal di negeri Kelantan tapi rakyat masih boleh bekerja di Kuala Lumpur. Kebanyakan rakyat Kelantan bekerja di Kuala Lumpur atau Putrajaya. Bekerja disana dan tinggal juga disana.

Untuk mengubah keadaan ini memanggil rakyat Kelantan tinggal di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur atau Putrajaya. Kerajaan negeri Kelantan dicadangkan membina satu jambatan perhubungan antara Kota Bharu dengan Kuala Lumpur.
Gambr Hiasan


Kerajaan Kelantan boleh membina satu landasan keretapi laju seperti dimajukan dinegara China sekarang ini. Walau perbelanjaannya besar tapi saya pasti kerajaan Kelantan mempunyai cara untuk memanggil teknologi di China untuk dipraktikkan di Kelantan.

Bagi saya pembinaan ini sama saja kerajaan membina lebihraya menghubung utara dan selatan semenanjung. Kosnya tentu memakan belanja yang tinggi dan ia tetap memberi faedah sama dengan menghubungkan Kelantan dengan Kuala Lumpur melalui pembinaan landasn keretapi laju.

Saya pasti rkyat kelantan akan bersetuju dengan pembinaan ini kerana rakyat akan dapat menetap di Kota Bharu dan bekerja di Kuala Lumpur. Walau tinggal di kampung tapi masih boleh bekerja di ibu kota.

Melihat dari segi ekonomi sudah pasti penumbuha pesat ekonomi di Kelantan akan meninggkat kerana perbelanjaan rakyat akan tertumpu di Kelantan. Saya tidak perlu hurai panjang mengenai pertumbuhan ekonomi kerana semua akan tahu jika perpindahan secara besaran rakyat Kelantan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Gambar Hiasan


Apa yang pastinya rakyat Kelantan dapat pergi kerja sebelah pagi dan pulang ke Kota Bharu sebelah petang atau malam. Tidak ada lagi kesesakan jalan raya dan mungkin kemalangan jalanraya akan dapat dikurangkan.

Tumpahan pendapatan akan berlaku di Kelantan dan saya yakin Kelantan akan menjadi sebuah bandaraya yang hebat. Rakyak Kelantan tentu akan memilih untuk tinggal di Kelantan kerana disini menjadi penempatan keluarga dan ara hidup yang rendah.

Semakin ramai penempatan rakyat Kelantan berada di Kelantan maka lebih lebih tinggilah mutu kehidupan rakyat Kelantan. Semoga berjaya. 

Thursday, February 9, 2012

Golongan baru mengambilalih corak pemerentahan

Rakyat Malaysia sekarang bukan tidak pandai menukar kerajaan tetapi rakyat Malaysia tidak pandai mengubah tradisi menyokong BN. Selama mana BN memerentah negara banyak bukti telah dikeluarkan oleh pembangkang tentang penyelewengan. Namun rakyat Malaysia masih lagi menyokong kerajaan BN seperti sekarang.

Rakyat Malaysia tidak biasa mengubah tradisi dipegang turun temurun walau dalam keadaan kesukaran. Tradisi in selalunya dipertahan oleh golongan orang veteran. Golongan veteran masih kuat mengikut tradisi nenek moyang dalam peradaban masyarakat.

Amat sukar bagi golongan veteran membuat perubahan kerana pada mereka lebih selesa dengan apa yang ada walau secara tidak sedar ditindas dan ditipu pemerentah. Mereka ini akan pertahankan seperti kata pepatah biar mati anak jangan mati adat. Adat ini adalah apa yang menjadi pegangan mereka selama hayat.

Golongan veteran ini lebih selesa dengan apa mereka ada sekarang walau diberitahu bahawa merena masih ditakuk lama dalam kehidupan mereka di negara ini. Cara hidup begini dipertahankan sehingga akhir hayat. Golongan ini tidak peduli apa dilakukan oleh pemerentah asalkan cara hidup mereka tidak diganggu. Pemerentah amat bertuah selama ini kerana mempunyai rakyat tidak peduli apa kerajaan buat asalkan jangan diganggu corak kehidupan mereka walau diiktiraf mereka ketinggalan mengecapi kemewahan.

Berbeza dengan pemikiran generasi baru sekarang lebih mementingkan keselesaan kehidupan. Hak meereka mengecapi kesenangan dalam negara dipertahanhan. golongan muda ini akan berontak jika hak mereka mengecapi kemewahan negara dinafikan. 

Sepertimana berlaku sekarang adalah perubahan corak pemikiran golongan baru. Golongan ini kebanyakannya mempunyai taraf pendidikan tinggi dan moden. malang sekali corak pemerentahan kerajaan sekarang masih lagi melayan rakyat seperti golongan pertama tadi. Kerajaan sekarang masih menganggap golongan baru ini masih berfikiran lama. Tidak kesah dengan corak pemerentahan asalkan tidak mengganggu aktiviti biasa.

Ramai juga anak muda termakan dengan pembentukkan corak hidup tidak ambil kisah dengan pemerentahan negara. Asalkan kegiatan semasa dapat diteruskan, tidak kesah apa kerajaan nak buat. Golongan baru ini digula gulakan dengan hiburan melampau sehingga ketinggalan dalam mengambiltahu apa kerajaan telah lakukan kepada negara dan rakyat. Asalkan dapat berhibur yang lain tidak penting lagi.

Perubahan berlaku kepada golongan kedua ini menyebabkan kerajaan berada dalam kesempitan dan terkejut. Selama ini dianggap rakyat tidak akan ambil peduli dengan pemerentahan kerajaan digegarkan dengan pembongkaran penyelewengan wang rakyat. Gelabah dengan kejutan kebangkitan rakyat memperincikan pengurusan negara, banyak perkara tidak bertamadun berlaku sebagai tindakan balas kepada rakyat mengganggu cara negara ditadbir.

Ramai rakyat menjadi mangsa penipuan demi penipuan walau telah banyak rakyat membongkar penyelewengan namun kerajaan masih lagi tidak dapat menerima kegiatan mereka selama ini telah terbongkar. Perancangan demi perancangan diatur untuk menutup pembongkaran. Semakin banyak wang rakyat digunakan untuk melindungi pentadbir kerajaan yang dedah kesalahan.

Apa yang pasti negara sekarang dalam perubahan pesat menukar corak pemerentahan bersesuaian dengan golongan baru. Nampaknya kerajaan sekarang tidak mampu melayan golongan baru ini dan golongan baru akan memecat kerajaan sekarang bagi menggantikan dengan kerajaan yang lebih memahami kehendak golongan baru.

Kerajaan sekarang dilihat hanya mampu mentadbir golongan lama kehidupan mereka tidak mengambilkira apa kerajaan buat asalkan kehidupan seharian tidak diganggu.

Tuesday, February 7, 2012

Perwatakan tidak menggambarkan hati

Kehadiran sesetengah manusia ke tanah suci Mekah telah dinggap sebagai satu anugerah Tuhan kepada mereka. Jarangan sangat diantara mereka menilai pemergian mereka itu adakah menepati syarat sebenar. Mereka lalai menilai pemergia itu dari hasil mana dan tujuan sebenar yang terniat dalam hati.

Ada juga tidak sedar bahawa mereka hadir ditanah suci adalah dari niat lain dan dizahirkan kepada orang dengan niat lain. Mereka menyangka permergian itu adalah dari seruan Allah keatas mereka tetapi tidak sedar tidak ada apa mereka dapat sebenarnya.

Kita lihat dari perwatakan mereka setelah mereka pulang jelas tidak menggambarkan perubahan sebenar seperti digambarkan oleh ulama. Mereka ini tidak memberi satu impak perubahan sepatutnya ada pada mereka. Paling jelas pun perubahan dari segi berpakaian itu pun masih boleh dipertikaikan lagi.

Adakah mereka sedar pemergian mereka itu adalah dari sebab mereka telah merasa tersepit dalam dosa mereka lakukan. Untuk memberi tahu kepada ramai bahawa meraka pergi menemui Allah membuktikan mereka sebenarnya adalah suci dari dosa seperti diperkata.

Perbuatan ini memberi gambaran bahawa jika kita dituduh melakukan dosa maka pergilah ke tanah suci untuk membersihkan tohmahan bahawa dia tidak melakukan dosa sebenarnya. Ini kelihatan satu tren bagi orang dituduh berdosa menyucikan dii dari tuduhan itu.

Pemergian mereka itu bukanlah menyerah diri kepada Allah menyesal atas dosa dilakukan, ini sekadar menunjukkan kepada ramai dia sebenarnya tidak melakukan dosa itu. Jika dia melakukan dosa dia tidak akan berani hadir ke tanah suci Mekah. Menafikan tuduhan ramai akan perbuatan di lakukan.

Perubahan tidak ketara dan kelihatan. Terbukti dari tingkah sebaik balik dari ibadat di tanah suci. Iman tidak banyak kelihatan bersesuaian dengan pertemuan secara dekat dengan Allah di tanah suci. Tidak seperti apa digambarkan ulama bagaimana seorang pulang dari tanah suci jika benar benar perginya menyerahkan diri kepada Allah akan ada cahaya keimanan diberikan oleh Allah.


Bagi sesiapa pernah pergi ke Mekah tentu tahu betapa dekatnya diri kepada Allah. Keikhlasan diri pergi menemui Allah akan memebuatkan kita ingin meninggalkan perbuatan dosa kita kepada Allah. Dunia ini tidak lagi bercahaya untuk kita kerana cahaya Allah lebih memberi minat kepada kita.
Perhatikanlah kepada sesiapa yang balik dari pertemuannya dengan Allah adakah dia kelihatan menerima iman itu atau sekadar melancong ke tempat suci. Pemergian dianggap sebagai membersih diri dan meemberi tahu ramai bahawa dia sudah membersih diri. Janganlah lagi dianggap dia masih melakukan dosa kerana pemergian dia telah dibersihkan.

Tren menyucikan diri setelah dosa dilakukan diketahui ramai. Orang ramai mestilah menerima bahawa dia telah suci dari dosa seperti dituduh kerana telah sampai ke tempat menyucikan dri.

Maha besar Allah mengetahui akan apa niat dihati manusia.

Monday, February 6, 2012

Bangsawan Dalam Parti

Selama perhatian saya dalam politik di tanah air kebanyakan pemimpin menerajui pemerentahan negara akan menjadi kekayaan sebagai kemestian dalam hidup mereka. Samada mereka kaya sebelum atau selepas memegang tompok pemerentahan.

Kelihatan juga syarat untuk menjadi sebahagian pemimpin adalah dari kalangan orang kaya. Seorang pemimpin kaya amat mudah untuk mendapt pangkat dalam parti kerana mereka ini akan mendapat perhatian dari kalangan pemimpin parti.

Telah menjadi kebiasaan untuk menjadi pemimpin dalam parti mestilah dari kalangan orang berpendapatan tinggi atau mendapati sokongan dari pemimpin berpendapatan tinggi. Sukar juga bagi seorang yang minat dalam politik tidak mmepunyai latar belakang kewangan baik. Mereka ini kadang tidak dipandang kerana tidak mempunyai taraf perbelanjaan sama dengan pemimpin lain.

Bagi pemimpin ditaja oleh pemimpin telah kaya dapatlah meneruskan misi perjuangan mereka dalam parti. Bila mendapat jawatan dalam parti mudahlah bagi pemimpin biasa ini mengintai peluang membuat duit dari kerja kerja parti melaui jawatan diberi.

Mustahil penjawatdalamparti tidak memepunyai peluang membuat duit melalui projek atau tugasan pemberian kerajaan dengan pengurusan duit rakyat. Setiap pengurusan duit rakyat aka ada peluang bahagian poket pemimpin ini. Bukan sekadar mengurus tapi peluang mendapat bahagian lumayan sampingan juga akan diperolehi.

Sebab itu kita lihat kebanyakan penjawat dalam politik walau tidak memegang jawatan dalam kerajaan juga dapat merasai kemewahan. Banyak peluang bagi pemimpin ini mendapat kekayaan dalam jawatan dipegang.
Kita merasa sangsi dengan pendapatan dilihat lumayan kerana jika dilihat kepada jawatan dipegang tidak menampakkan kepada pemimpi ini seorang usahawan berjaya. Kita hanya diberitahu bahawa pemimpin ini mempunyai syarikat besar di ibu negara. Pendapatan besar itu menyokong pemimpin ini menjalankan tugas sebagai seorang pemmpin parti.

Tidak timbul lagi dari mana pemimpin ini mendapat kewangan kerana rakyat dijelaskan pemimpin ini seorang usahawan berjaya. Dari kemewahan yang diperolehi pemimpi ini menjadi tiket  memancing jawatan dalam kerajaan. Status sebagai seorang adalah syarat dilantik memegang jawatan dalam kerajaan.

Sunday, February 5, 2012

Hassan Ali masih dalam situasi terkejut


Hassan Ali untuk seketika ini akan mengeluarkan kenyataan tidak menggambarkan dia sebagai seorang berpendidikan tinggi. Sepanjang tempoh beliau dipecat dari parti Pas banyak kenyataan beliau tidak menggambarkan beliau seorang berakhlak tinggi.

Keadaan ini akan berlanjutan dalam sebulan dua ini dan saya yakin selepas itu HA akan rasa lebih tenang kerana telah banyak luahan perasaan beliau dikeluarkan. HA akan berasa lebih sedar dan masa inilah beliau akan membuat kenyataan  menampakkan sebagai seorang yang waras.

Kita lihat nanti apa kenyataan HA nanti selepas beberapa bulan isu pemecatan beliau berlanjutan. Kita akan lihat beliau akan lebih berhemah dalam kenyataan dikeluarkan nanti. Waktu ini beliau dalam keadaan terkejut dan tidak menyangkan Pas akan mengambil tindakkan drastik memecat beliau.

Dalam keadaan terkejut banyak kenyataan dikeluarkan tidak menggambarkan perasaan sebenar beliau. Saya yakin sekarang beliau dalam keadaan kecewa dan kesal dengan tindakan Pas diluar jangkaan. Apa yang dilakukan sekarang adalah berselindung dari perasaan kecewa kerana dipecat agar tidak dilihat sebagai tersalah langkah.

HA selama ini mengganggap dirinya sebagai seorang amat diperlukan oleh Pas. Kebijaksanaan dan kewibawaan beliau menjadi taruhan dalam pergerakan parti Pas. Terlalu taksub dengan pendapat sendiri tanpa merujuk kepada pimpinan Pas memakan diri beliau sendiri. Selama ini pimpinan Pas tidak mengambil keutamaan apa yang dilakukan keranan menganggap perkara ini dapat diselesaikan dengan bijak.

Kebelakangan ini kenyataan dan tindakan beliau tidak lagi menggambarkan parti dan kebanyakkan tindakan beliau memberi tamparan kepada parti dan kompenan Pakatan Rakyat. Dari ketelanjuran ini terus memberi satu gambaran tidak senang kepada PR dan dalam parti sendiri.

Sikap menyalahkan orang lain atas kejadian menimpa beliau sebagai samaran kesilapan beliau sendiri. Kenyataan beliau seolah beliau tidak sepatutnya siperlakukan sebegitu. Kejadian ini disebabkan sda sekumpulan yang tidak gemar tindakan beliau dan merancang untuk mengeluarkan beliau dari barisan kepimpinan Pas.

Mengikut kata Presiden Pas tidak layak lagi HA membuat kenyataan ketika beliau dalam parti. Biarlah beliau membuat kenyataan panas beliau ketika berada diluar parti. Parti tidak akan bertanggungjawab lagi setiap kenyatan beliau keluarkan.

Thursday, February 2, 2012

Wakil rakyat adalah hak rakyat

Rakyat Malaysia perlu berubah memilih pemimpin. pemimpin yang menawarkan diri perlu melalui satu proses berdepan dengan rakyat. rakyat akan diwakilinya perlu berpuashati dan menunjukkan kewibawaan tinggi.

Rakyat perlu menentukan pemimpin ii mamapu memeberi kerjasama kepada masalah rakyat bila pemimpin ini menjadi wakil rakyat. Tidak ramai wakil rakyat sekarang menapai kemampuan terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

Rakyat Malaysia berhak menentukan kemampuan pemimpin ini berdepan dengan masalah rakyat dan menunjukkan semangat ingin membantu. 

Pemimpin ini perlu memberi satu keyakinan kepada rakyat bahawa beliau bukan sekadar ingin menjadi wakil kepada parti malah ingin dengan sepenuh hati membantu dan memastikan rakyat terbela.

Ramai pemimpin yang tidak mampu berada pada tahap membanggakan. Pemimpin kebanyakannya hanya sekadar mewakili parti. Tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mencari jalan bagaimana membantu rakyat hidup cara aman.

Saya amat tertarik jika pemimpin berdepan dengan rakyat menjawab pelbagai persoalan dalam masyarakat. Jika pemimpin ini tidak mampu meemberi keyakinan bahawa rakyat akan diberi keutamaan dalam usaha memajukan negara. Tambahan kepada pemimpin dilantik sebagai menteri.

Rakyat pula perlu memilih pemimpin mampu menjawab masalah dari rakyat dengan penuh yakin dan pemimpin ini dilihat betul betul memikat hati rakyat layak dilantik sebagai wakil rakyat.

Rakyat jangan semata mata memilih pemimpin dari kehendak parti. Perlu diingat pemimpin inilah yang akan memberi kita bantuan jika kita berdepan dengan masalah. Jika pemimpin yang rakyat pilihhanya sibuk dengan tugas kementerian sehingga kebajikan rakyat ditinggalkan, pemimpin ini tidak layak berada didepan rakyat.

Dugalah pemimpin ini sebelum dia kita lantik sebagai wakil kita. Dia adalah petugas kita amanahkan menjaga kebajikan kita dikala kita dalam kesukaran. Menghormati kita dan seorang berhemat tinggi. 

Jangan dipilih pemimpin dilihat tidak ikhlas perwatakannya.