Kehadiran sesetengah
manusia ke tanah suci Mekah telah dinggap sebagai satu anugerah Tuhan kepada
mereka. Jarangan sangat diantara mereka menilai pemergian mereka itu adakah
menepati syarat sebenar. Mereka lalai menilai pemergia itu dari hasil mana dan tujuan
sebenar yang terniat dalam hati.
Ada juga tidak
sedar bahawa mereka hadir ditanah suci adalah dari niat lain dan dizahirkan
kepada orang dengan niat lain. Mereka menyangka permergian itu adalah dari
seruan Allah keatas mereka tetapi tidak sedar tidak ada apa mereka dapat
sebenarnya.
Kita lihat dari
perwatakan mereka setelah mereka pulang jelas tidak menggambarkan perubahan
sebenar seperti digambarkan oleh ulama. Mereka ini tidak memberi satu impak
perubahan sepatutnya ada pada mereka. Paling jelas pun perubahan dari segi
berpakaian itu pun masih boleh dipertikaikan lagi.
Adakah mereka sedar
pemergian mereka itu adalah dari sebab mereka telah merasa tersepit dalam dosa
mereka lakukan. Untuk memberi tahu kepada ramai bahawa meraka pergi menemui
Allah membuktikan mereka sebenarnya adalah suci dari dosa seperti diperkata.
Perbuatan ini
memberi gambaran bahawa jika kita dituduh melakukan dosa maka pergilah ke tanah
suci untuk membersihkan tohmahan bahawa dia tidak melakukan dosa sebenarnya. Ini
kelihatan satu tren bagi orang dituduh berdosa menyucikan dii dari tuduhan itu.
Pemergian mereka
itu bukanlah menyerah diri kepada Allah menyesal atas dosa dilakukan, ini
sekadar menunjukkan kepada ramai dia sebenarnya tidak melakukan dosa itu. Jika dia
melakukan dosa dia tidak akan berani hadir ke tanah suci Mekah. Menafikan tuduhan
ramai akan perbuatan di lakukan.
Perubahan tidak
ketara dan kelihatan. Terbukti dari tingkah sebaik balik dari ibadat di tanah
suci. Iman tidak banyak kelihatan bersesuaian dengan pertemuan secara dekat
dengan Allah di tanah suci. Tidak seperti apa digambarkan ulama bagaimana
seorang pulang dari tanah suci jika benar benar perginya menyerahkan diri
kepada Allah akan ada cahaya keimanan diberikan oleh Allah.
Bagi sesiapa pernah
pergi ke Mekah tentu tahu betapa dekatnya diri kepada Allah. Keikhlasan diri
pergi menemui Allah akan memebuatkan kita ingin meninggalkan perbuatan dosa
kita kepada Allah. Dunia ini tidak lagi bercahaya untuk kita kerana cahaya
Allah lebih memberi minat kepada kita.
Perhatikanlah kepada
sesiapa yang balik dari pertemuannya dengan Allah adakah dia kelihatan menerima
iman itu atau sekadar melancong ke tempat suci. Pemergian dianggap sebagai
membersih diri dan meemberi tahu ramai bahawa dia sudah membersih diri. Janganlah
lagi dianggap dia masih melakukan dosa kerana pemergian dia telah dibersihkan.
Tren menyucikan
diri setelah dosa dilakukan diketahui ramai. Orang ramai mestilah menerima
bahawa dia telah suci dari dosa seperti dituduh kerana telah sampai ke tempat
menyucikan dri.
Maha besar Allah
mengetahui akan apa niat dihati manusia.
No comments:
Post a Comment