Thursday, February 2, 2012

Wakil rakyat adalah hak rakyat

Rakyat Malaysia perlu berubah memilih pemimpin. pemimpin yang menawarkan diri perlu melalui satu proses berdepan dengan rakyat. rakyat akan diwakilinya perlu berpuashati dan menunjukkan kewibawaan tinggi.

Rakyat perlu menentukan pemimpin ii mamapu memeberi kerjasama kepada masalah rakyat bila pemimpin ini menjadi wakil rakyat. Tidak ramai wakil rakyat sekarang menapai kemampuan terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

Rakyat Malaysia berhak menentukan kemampuan pemimpin ini berdepan dengan masalah rakyat dan menunjukkan semangat ingin membantu. 

Pemimpin ini perlu memberi satu keyakinan kepada rakyat bahawa beliau bukan sekadar ingin menjadi wakil kepada parti malah ingin dengan sepenuh hati membantu dan memastikan rakyat terbela.

Ramai pemimpin yang tidak mampu berada pada tahap membanggakan. Pemimpin kebanyakannya hanya sekadar mewakili parti. Tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mencari jalan bagaimana membantu rakyat hidup cara aman.

Saya amat tertarik jika pemimpin berdepan dengan rakyat menjawab pelbagai persoalan dalam masyarakat. Jika pemimpin ini tidak mampu meemberi keyakinan bahawa rakyat akan diberi keutamaan dalam usaha memajukan negara. Tambahan kepada pemimpin dilantik sebagai menteri.

Rakyat pula perlu memilih pemimpin mampu menjawab masalah dari rakyat dengan penuh yakin dan pemimpin ini dilihat betul betul memikat hati rakyat layak dilantik sebagai wakil rakyat.

Rakyat jangan semata mata memilih pemimpin dari kehendak parti. Perlu diingat pemimpin inilah yang akan memberi kita bantuan jika kita berdepan dengan masalah. Jika pemimpin yang rakyat pilihhanya sibuk dengan tugas kementerian sehingga kebajikan rakyat ditinggalkan, pemimpin ini tidak layak berada didepan rakyat.

Dugalah pemimpin ini sebelum dia kita lantik sebagai wakil kita. Dia adalah petugas kita amanahkan menjaga kebajikan kita dikala kita dalam kesukaran. Menghormati kita dan seorang berhemat tinggi. 

Jangan dipilih pemimpin dilihat tidak ikhlas perwatakannya.


No comments:

Post a Comment