Monday, February 6, 2012

Bangsawan Dalam Parti

Selama perhatian saya dalam politik di tanah air kebanyakan pemimpin menerajui pemerentahan negara akan menjadi kekayaan sebagai kemestian dalam hidup mereka. Samada mereka kaya sebelum atau selepas memegang tompok pemerentahan.

Kelihatan juga syarat untuk menjadi sebahagian pemimpin adalah dari kalangan orang kaya. Seorang pemimpin kaya amat mudah untuk mendapt pangkat dalam parti kerana mereka ini akan mendapat perhatian dari kalangan pemimpin parti.

Telah menjadi kebiasaan untuk menjadi pemimpin dalam parti mestilah dari kalangan orang berpendapatan tinggi atau mendapati sokongan dari pemimpin berpendapatan tinggi. Sukar juga bagi seorang yang minat dalam politik tidak mmepunyai latar belakang kewangan baik. Mereka ini kadang tidak dipandang kerana tidak mempunyai taraf perbelanjaan sama dengan pemimpin lain.

Bagi pemimpin ditaja oleh pemimpin telah kaya dapatlah meneruskan misi perjuangan mereka dalam parti. Bila mendapat jawatan dalam parti mudahlah bagi pemimpin biasa ini mengintai peluang membuat duit dari kerja kerja parti melaui jawatan diberi.

Mustahil penjawatdalamparti tidak memepunyai peluang membuat duit melalui projek atau tugasan pemberian kerajaan dengan pengurusan duit rakyat. Setiap pengurusan duit rakyat aka ada peluang bahagian poket pemimpin ini. Bukan sekadar mengurus tapi peluang mendapat bahagian lumayan sampingan juga akan diperolehi.

Sebab itu kita lihat kebanyakan penjawat dalam politik walau tidak memegang jawatan dalam kerajaan juga dapat merasai kemewahan. Banyak peluang bagi pemimpin ini mendapat kekayaan dalam jawatan dipegang.
Kita merasa sangsi dengan pendapatan dilihat lumayan kerana jika dilihat kepada jawatan dipegang tidak menampakkan kepada pemimpi ini seorang usahawan berjaya. Kita hanya diberitahu bahawa pemimpin ini mempunyai syarikat besar di ibu negara. Pendapatan besar itu menyokong pemimpin ini menjalankan tugas sebagai seorang pemmpin parti.

Tidak timbul lagi dari mana pemimpin ini mendapat kewangan kerana rakyat dijelaskan pemimpin ini seorang usahawan berjaya. Dari kemewahan yang diperolehi pemimpi ini menjadi tiket  memancing jawatan dalam kerajaan. Status sebagai seorang adalah syarat dilantik memegang jawatan dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment