Sunday, February 5, 2012

Hassan Ali masih dalam situasi terkejut


Hassan Ali untuk seketika ini akan mengeluarkan kenyataan tidak menggambarkan dia sebagai seorang berpendidikan tinggi. Sepanjang tempoh beliau dipecat dari parti Pas banyak kenyataan beliau tidak menggambarkan beliau seorang berakhlak tinggi.

Keadaan ini akan berlanjutan dalam sebulan dua ini dan saya yakin selepas itu HA akan rasa lebih tenang kerana telah banyak luahan perasaan beliau dikeluarkan. HA akan berasa lebih sedar dan masa inilah beliau akan membuat kenyataan  menampakkan sebagai seorang yang waras.

Kita lihat nanti apa kenyataan HA nanti selepas beberapa bulan isu pemecatan beliau berlanjutan. Kita akan lihat beliau akan lebih berhemah dalam kenyataan dikeluarkan nanti. Waktu ini beliau dalam keadaan terkejut dan tidak menyangkan Pas akan mengambil tindakkan drastik memecat beliau.

Dalam keadaan terkejut banyak kenyataan dikeluarkan tidak menggambarkan perasaan sebenar beliau. Saya yakin sekarang beliau dalam keadaan kecewa dan kesal dengan tindakan Pas diluar jangkaan. Apa yang dilakukan sekarang adalah berselindung dari perasaan kecewa kerana dipecat agar tidak dilihat sebagai tersalah langkah.

HA selama ini mengganggap dirinya sebagai seorang amat diperlukan oleh Pas. Kebijaksanaan dan kewibawaan beliau menjadi taruhan dalam pergerakan parti Pas. Terlalu taksub dengan pendapat sendiri tanpa merujuk kepada pimpinan Pas memakan diri beliau sendiri. Selama ini pimpinan Pas tidak mengambil keutamaan apa yang dilakukan keranan menganggap perkara ini dapat diselesaikan dengan bijak.

Kebelakangan ini kenyataan dan tindakan beliau tidak lagi menggambarkan parti dan kebanyakkan tindakan beliau memberi tamparan kepada parti dan kompenan Pakatan Rakyat. Dari ketelanjuran ini terus memberi satu gambaran tidak senang kepada PR dan dalam parti sendiri.

Sikap menyalahkan orang lain atas kejadian menimpa beliau sebagai samaran kesilapan beliau sendiri. Kenyataan beliau seolah beliau tidak sepatutnya siperlakukan sebegitu. Kejadian ini disebabkan sda sekumpulan yang tidak gemar tindakan beliau dan merancang untuk mengeluarkan beliau dari barisan kepimpinan Pas.

Mengikut kata Presiden Pas tidak layak lagi HA membuat kenyataan ketika beliau dalam parti. Biarlah beliau membuat kenyataan panas beliau ketika berada diluar parti. Parti tidak akan bertanggungjawab lagi setiap kenyatan beliau keluarkan.

No comments:

Post a Comment