Saturday, January 28, 2012

rakyat Selangor semakin banyak mendapat manfaat

Kalau nak menunggu Umno berjaya mendapatkan semula Selangor dan negeri Pakatan Rakyat alamat jauh panggag dari api. Sampai bila pun tak akan dapat mengambil Selangor semula. Tambahan dengan peragai pemimpin politik Umno sekarang masih tidak tahu nak berubah, amat jauh sekali untuk berjaya.

Banyak kali kita lihat bagaimana Umno berusaha untuk mendapatkan semula perhatian rakyat menyokong Umno tidak berhasil. Sering kali hujah dan usaha tidak memberi kegembiraan kepada rakyat Selangor sepertiman diharapkan oleh Umno.

Umno kelihatan amat menyesal dengan terlepasnya Selangor ketangan PR tanpa disangka sangka. Kegagalan ini dilihat tidak ada lagi harapan untuk mengambil semula kerana rakyat telah mendapat layanan istimewa dari PR.

Cara pemerentahan PR jauh lebih baik dari BN. Banyak kelemahan dapat dibongkar dan difahami rakyat Selangor sebagai penyelewengan semasa pemerentahan BN dulu. Umno amat kempunan dengan kegagalan yang dihadapi.

Perasaan amat marah kepada bekas Menteri Besar Selangor dulu kerana kejatuhan Selangor adalah kerana kecuaiannya. Apa yang terjadi kepada bekas MB itu seolah hukuman kerana gagal mempertahankan Selangor dari tangan BN.

Kini bekas MB itu seolah akan disingkirkan dari arena politik Selangor dan tidak akan dilayan untuk bertanding lagi di kawasan yang dimenanginya. Bekas MB ini seolah diberi jalan agar bersara dari politik kerana dia telah menjadikan Umno bankrap di Selangor.

Apa dilakukan kerajaan selangor sekarang adalah menjamin rakyat Selangor mendapat hak sepatutnya diberi semenjak lama dulu lagi. Rakyat selangor dinafikan kekayaan Selangor dibahagikan kepada anak jati Selangor. Kebanyakan kekayaan yang diperolehi dibaham oleh pemerentah Selangor dulu.

Rakyat Selangor dapat lihat sendiri perbezaan perolehan pendapatan negeri Selangor dari segenap sudut semuanya memberi tanda untung. Simpanan tunai semakin bertambah dan rakyat banyak mendapat manfaat dari keuntungan kerajaan Selangor.

Rakyat Selangor patut bershukur kerana dianugerahkan kerajaan baru lebih baik dari kerajaan dulu. Rakyat Selangor sekarang dapat merasa kekayaan Selangor serta manfaat diperolehi dibahagikan kepada semua rakyat. Rakyat selangor mendapat manfaat tidak kira lapisan dapat merasai dengan adil dan saksama.

Tentu lebih baik lagi jika diberi mandat untuk penggal seterusnya kerana semakin lama Selangor mendapat semakin banyak manfaat untuk rakyat. Selamat maju jaya rakyat Selangor.

Wednesday, January 25, 2012

Hak Kerajaan Keatas Rakyat


Ramai tidak sedar bahawa sekarang kita dalam fasa penghujung dalam pengambilalihan kuasa pemerentahan negara kepada kerajaan baru. Bukan perkara angan angan lagi, ianya telah jelas.

Ramai antara kita masih lagi tidak dapat menafsirkan kedudukan politik negara sedang menuju perubahan besar kepada lebih matang dalam memastikan negara selamat dan maju.

Telah jelas kerajaan sekarang telah kehabisan daya dan usaha kerana pemerentahan yang ada sekarang tidak lagi sesuai dengan perubahan dunia. Pemerentah ekarang tidak lagi dapat melihat apa keperluan rakyat dan keperluan dunia menjalani kehidupan.

Rakyat malaysia kin sedang melhat satu kehidupan lebih maju dan berbeza dengan kehidupan masa lalu. Malangnya kerajaan sekarang tidak mamapu menurut perubahan dunia. Kerajaan tidak adakemampuan untuk bersaing dalam mentadbir negara seperti dikehendaki rakyat.

Sedar atau tidak rakyat Malaysia sekarang telah maju kedepan lebih majudariapa yang dipandang oleh kerajaan sekarang. Pemikiran politik pemerentah telah terbukti semakin ketinggalan jauh kebelakang. Rakyat sekarang mahukan perubahan dalam pemerentahan negara.

Telah bertahun kerajaan diberi peluang membawa negara kearah kemajuan sejajar dengan kehendak dunia. Namun kerajaan gagal membuktikan kemampuan memberi kebaikan kepada rakyat. Rakyat sekarang menunggu mengunakan kemahiran sejajar dengan peralihan corak pemerentahan dunia.

Corak pemerentahan kerajaan sekarang lebih kepada mengajak rakyat mengikut cara kerajaan bukan memberi sokongan kepada rakyat dalam mengecapi corak pemerentahan dikehendaki. Terlalu lama rakyat menunggu kerajaan mengubah cara pemerentahan kepada lebih baik dan mesra rakyat. Namun ia kelihatan gagal.

Apa yang kerajaan lakukan lebih kepada menghendakan rakyat mengikut kehendak kerajaan dan menghalalkan apa sahaja kerajaan lakukan. Rakyat tidak boleh mempertikaikan apa yang kerjaan lakukan kerana kerajaan telah banyak melakukan kebaikan kepada rakyat. Sepatutnya membiarkan dan menyokong setiap tindakan kerajaan sebagai membalas budi kerajaan.

Itu yang diajar kerajaan kepada rakyat agar menyetujui tindakan kerajaan walau apa sekali pun. Walau terdapat tindakan lebih kepada mengkhianati hak rakyat, bukan hak rakyat pertikaikan tindakan kerajaan. Rakyat hendaklah menutup mulut dan membiarkan sahaja kerajaan buat kerana kerajaan adalah betul.

Pelajaran yang diberikan kepada rakyat semenjak dari bangku sekolah supaya menyanjungi kerajaan dan menyokong tindakan kerajaan sepenuh hati. rakyat tidak lah boleh menghukum kerajaan kerana kerajaan telah banyak melakukan kebaikan kepada negara.


Friday, January 13, 2012

Kekosongan Jiwa Artis


Kehidupan artis memang indah diselubungi dengan warna warni kehidupan. Ramai menganggapkan dunia artis adalah dunia indah. Ramai juga mengidamkan turut serta berada dalam dunia artis ini.

Ramai kawan bercerita bila berjumpa dengan artis amat berbangga sekali. Artis dianggap sebagai idola kebanyakan rakyat Malaysia sekarang. Tidak kira apa status artis itu. Walau artis itu beberapa kali diangkap atau didakwa ia masih menjadi kebanggaan publik.

Tahukah kita artis ini juga merasa kosong seperti kita juga. Mereka juga akan merasa celaru dengan kehidupan mereka sendiri. Hanya kita sahaja menganggap bila menjadi artis kita akan berada dalam dunia yang amat indah. Bertuah jika kita dapat menjadi arti pujaan ramai peminat.

Kebenaran artis juga merana derita mereka dengan dunia yang mereka berada sekarang. Ada keluhan ingin kembali kepada dunia asal tapi tidak mampu berpaling. Ramai artis yang telah lama berada dalam bunia glamur ini tidak selesa dan rimas. Jiwa mereka kosong dan penuh dengan kekecewaan.

Walau kita lihat artis sentiasa gembira dan senyum namun hakikat sebenar mereka menderita kekosongan. Mereka seolah tidak tahu apa nak dibuat jika kesaorangan. Peminat tidak dapat melihat keresahan dalam diri artis kerana sitiap kali artis muncul di khalayak mereka sedang bertugas sebagai artis. Lihatlah bila mereka berada kesaorangan dirumah atau dimana mana.


Hati mereka ini kosong dan tidak ada cahaya sebenar yang mamapu memberi kepuasan. Kekayaan dimiliki tidak mamapu memberi ketenangan hidup. Mereka dihambat dengan gelisah dan ada juga ketakutan sepanjang masa.

Segelintir kecil sahaja mampu mengisi kehidupan mereka dengan kegiatan membawa ketenangan jiwa. Kebanyakannya hanya dilihat pada luaran sahaja. Hakikatnya mereka derita dan kosong.

Tentu kita banyak mendengar cerita artis mengalami keruntuhan moral dan keruntuhan rumahtangga. Itu semua berpunca dari diri yang kosong tidak ada pengisian kerohanian. Mereka tidak tahu apa nak dilakukan  bila dalam kekosongan. Mereka sesat dalam kekosongan. Ada juga terlalu takut dengan masa bersendirian. Mereka perlu sentiasa bersama teman tidak kita apa status teman asalkan dapat mengisi kekosongan mereka.

Ada bernasib baik mampu kembali ke pangkal jalan dengan menerima kehadiran iman dalam kehidupan mereka. Bukan senang hendak kembali kerana banyak kenikmatan dunia terpaksa mereka lepaskan. Mereka terpaksa memilih dunia atau iman ( akhirat ).

Perkembangan terbaru dan terkini melihat ramai artis memilih iman dalam kehidupan mereka. Mereka cuba memenuhi kehidupan mereka dengan keimanan walau masih bergelar artis. Batasan dijaga sebaiknya. Namun begitu mereka masih boleh bergerak dalam dunia artis bersama dengan diredhai Allah.

Thursday, January 12, 2012

Kerajaan Terpaksa Dalam Tekanan

Rata rata mengatakan sistem kehakiman Malaysia telah pulih dan terbukti pulih dengan pembebasan Anuar dari tuduhan liwat.

Bagi saya itu bukan lagi membenarkan pendapat demikian. Saya masih merasa bimbang kerana keputusan itu masih dipengaruhi dengan agenda politik. Secara spontan saya mendapat komen dari ahli politik bahawa keputusan itu adalah kerana kebimbangan PM berlakunya penentangan dari rakyat jika keputusan Anuar bersalah.

Keputusan Anuar tidak bersalah terpaksa dibuat bagi mengelak dari berlaku rakyat bangkit menentang kerajaan dan akan memberi keputusan merugikan kerajaan.


Kerajaan telah melihat akibat yang akan berlaku nanti jika keputusan Anuar bersalah. kebimbangan ini membuat kerajaan membenarkan Anuar dilepaskan. Jika diteliti pendapat ini menunjukkan bahawa kerajaan 'terpaksa'melepaskan Anuar atas kebimbangan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Ini satu pendapat yang bahaya kerana masih kelihatan kerajaan masih mempengaruhi keputusan kehakiman. Keputusan yang hakim buat itu adalah kerana kerajaan menginginkan begitu atas sebab sebab tertentu.

Bukankah itu bermaksud masih mempengaruhi keputusan kehakiman. Walau apa sebab diberikan itu masih memberi gambaran bahawa kerajaan adalah penentu kepada kedudukan Anuar samada didalam penjara atau dibebaskan.

Saya masih bimbang dengan keputusan ini tidak menunjukkan bahawa kerajaan benar benar bersih seperti diperkatakan. maksud tersirat keputusan pembebasan Anuar adalah memeberi tahu rakyat dan dunia luar bahawa kerajaan memerentah Malaysia bebas dari mencampuri urusan kehakiman dan mahkamah.

Pendapat saya kerajaan Malaysia masih belum bersih jika rakyat masih berpendapat keputusan kehakiman adalah kerajaan kerajaan mengambil kira penentangan rakyat. Walau apa keputusan hakim tidak boleh dikaitkan kepada tindakan rakyat. Keputusan hakim adalah muktamat dan perlu dihormati.

Kehakiman juga diragui kerana seolah hakim tidak bersedia untuk mengumumkan Anuar bebas dari tuduhan. Keputusan dibuat seolah baru dapat membuat keputusan disaat saat akhir hari penghakiman. Kelihatan seperti hakim tidak sempat menulis hujah keputusan dibuat.

Banyak keraguan timbul walau Anuar dibebaskan. Kerajaan seolah tidak dapat berdepan dengan rakyat jika memutuskan Anuar bersalah seperti diramalkan ramai pemerhati. Kerajaan seolah terpaksa memilih keputusan tidak bersalah ( dengan peluang kes ini boleh buka semula ) walau tidak banyak kebaikannya dengan keputusan tersebut.



Saturday, January 7, 2012

Padah Dicari


Datuk Dr Hassan Ali sekarang lebih banyak mengambil aliran sendiri dalam menyuarakan pendapat beliau tentang kegiatan Pas lakukan. Dia seolah memepunyai kekebalan sendiri dalam menyatakan pendapat tanpa menepati suara dari kepimpinan pusat.

DDHA kalau dikira sekarang lebih banyak menderhaka kepada kepimpinan Pas dari mengiringi pendapat beliau dengan keputusan kepimpinan tertinggi.

Saya lebih nampak DDHA seolah telah diberi satu kekuatan dalam diri untuk mengeluarkan pendapat sendiri. Pendapat ini dilihat sebagai menyonsang dari aliran kepimpinan Pas.DDHA tidak menghiraukan apa pandangan dari peringkat bawah selama ini dianggap sebagai penentu kepada sokongan kepimpinan.

DDHA nampak tidak serik dengan tindakan beliau lepas lepas sebelum dia kecundang dalam pemilihan kepimpinan. 

Lebih mengejutkan lagi dia seolah tidak sedar bahawa dia tidak lagi menjadi pilihan peringkat bawah seperti dulu lagi. DDHA harus sedar bahawa dia tidak boleh menganggap masih popular dengan kepimpinan politik yang ditunjukkan. Jika itulah yang dilihanya dia melakukan kesilapan besar kerana telah terlihat DDHA tidak lagi popular dikalangan kepimpinan.

Jawatan yang ada pada DDHA menunggu masa untuk dicabut dan DDHA akan ditinggalkan tanpa dibuang. DDHA akan dipandang sebagai pemimpin tidak istikomah dengan parti. Seorang pemimpin yang dilihat lebih taksub dengan pangkat yang ada pada dia.

Seharusnya ini menjadi pandangan awal DDHA kerana dia telah melihat apa dibuat perwakilan terhadap dia dalam pemilihan dulu. Itu sepatutnya menjadi kayu ukur kepada tindakan dia.

Dalam keadaan ini walau apa alasan diberi tidak akan menjadi kekuatan DDHA kerana dia telah dicop sebagai pemimpin sudah tidak sedar kepimpinananya dpertikaikan. Dia tidak lagi mendapat sokongan peringkat bawah malah akan dibenci sebagai seorang pemimpin terlupa tujuan asal penyertaannya dalam Pas.

Apa yang dilakukannya sekarang seolah hatinya tidak lagi berada dalam Pas. Dia lebih banyak menilai kelemahan Pas dari mempertahankan kekuatan Pas. Tindakan DDHA amat bahaya kepada Pas sendiri. DDHA sendiri kelihatan tidak lagi berharap akan kekal lama dalam kepimpinan Pas.

Kita lihat nanti apa tindakan seterusnya dari DDHA kerana paendapat saya dia akan terus berada bertentangan dengan Pas dan lebih mirip kepada Umno.

Jika pemilihan kepimpinan DDHA boleh disingkirkan inikan pula jika dia diserahkan kepada rakyat menentukan kedudukannya dalam parti.

Bagi saya tindakan beliau membawa padah tidak baik dalam arena politiknya. Saya juga pasti bahawa DDHA tahu apa yang dilakukannya.

Friday, January 6, 2012

Gila glemor atau suara sumbang BN


Perkasa tidak ada kerja lain ke selain berlawan dengan parti pembangkang. Perkasa kelihatan agrasif dengan setiap tindakan dari parti pembangkang. Seolah Perkasa sebahagian dari paeri kompenan BN.

Banyak kenyataan dari Perkasa membawa kepada pertembungan yang akan melibatkan pertempuran sesama rakyat. perkasa seperti tidak dapat menerima bahawa pembangkang dapat mengadakan perhimpunan dengan aman. 

Perkasa sengaja cuba mencipta kekecohan dalam usaha pembangkang mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan perasaan rakyat terhadap kerajaan. Bayangkan jika rakyat tidak dibenarkan memberitahu kerajaan tentang ketidapuasan hati rakyat terhadap kerajaan. Tentu kelihatan kerajaan amat zalim terhadap rakyat.

Perkasa lebih bertindak mendesak kerajaan tidak melayan permintaan rakyat dari pembangkang bagi menyatakan tidak puas hati. Perkasa seolah menggambarkan rakyat yang menyokong pembangkang tidak layak berunding dengan kerajaan.

Rakyat yang menyokong kerajaan tidak lagi setaraf dengan rakyat yang menokong kerajaan. Perkasa dilihat mencipta kasta dalam masyarakat Malaysia. Perkasa memainkan peranan sebagai belah dan tindas. Kerja kerja dilakukan Perkasa sebagai menjungjung duli BN memainkan peranan sebagai rakyat menyokong kerajaan. Tindakan ini menggambarkan ramai golongan rakyat tidak gemar dengan tindakan pembangkang mencari jalan merasuk rakyat menentang kerajaan.

Perkasa dilihat tidak banyak idea dalam menonjolkan diri sebagai badan mempunyai tugas penting dalam pembangunan negara. Perkasa kelihatan kehabisan idea bergerak dalam kalangan rakyat Malaysia.

JIka diperhatikan tindakan Perkasa seolah Perkasa digerakkan oleh panjawat jawatan tertinggi sahaja. Kita tidak dapat melihat penyokong dari Perkasa berduyung duyung datang menyokong Perkasa setiap gerakan.

Boleh dikatakan Perkasa sebenarnya tidak mendapat sokongan banyak dari rakyat. Perkasa diwujudkan hanya untuk menggambarkan bahawa rakyat dibawah Perkasa berdiri teguh menyokong kerajaan. malangnya kebenaran adalah Perkasa hanya digerakkan oleh penjawat atasan sahaja. Hanya orang yang sama memberi kenyataan bagi pihak Perkasa. Penjawat lain seolah tidak mempunyai peranan penting dalam pergerakan Perkasa.


Samada Presiden Perkasa gila glemor atau Perkasa hanya sebagai saluran suara sumbang BN.