Kehidupan artis memang indah diselubungi dengan warna warni kehidupan. Ramai menganggapkan dunia artis adalah dunia indah. Ramai juga mengidamkan turut serta berada dalam dunia artis ini.
Ramai kawan bercerita bila berjumpa dengan artis amat berbangga sekali. Artis dianggap sebagai idola kebanyakan rakyat Malaysia sekarang. Tidak kira apa status artis itu. Walau artis itu beberapa kali diangkap atau didakwa ia masih menjadi kebanggaan publik.
Tahukah kita artis ini juga merasa kosong seperti kita juga. Mereka juga akan merasa celaru dengan kehidupan mereka sendiri. Hanya kita sahaja menganggap bila menjadi artis kita akan berada dalam dunia yang amat indah. Bertuah jika kita dapat menjadi arti pujaan ramai peminat.
Kebenaran artis juga merana derita mereka dengan dunia yang mereka berada sekarang. Ada keluhan ingin kembali kepada dunia asal tapi tidak mampu berpaling. Ramai artis yang telah lama berada dalam bunia glamur ini tidak selesa dan rimas. Jiwa mereka kosong dan penuh dengan kekecewaan.
Walau kita lihat artis sentiasa gembira dan senyum namun hakikat sebenar mereka menderita kekosongan. Mereka seolah tidak tahu apa nak dibuat jika kesaorangan. Peminat tidak dapat melihat keresahan dalam diri artis kerana sitiap kali artis muncul di khalayak mereka sedang bertugas sebagai artis. Lihatlah bila mereka berada kesaorangan dirumah atau dimana mana.
Hati mereka ini kosong dan tidak ada cahaya sebenar yang mamapu memberi kepuasan. Kekayaan dimiliki tidak mamapu memberi ketenangan hidup. Mereka dihambat dengan gelisah dan ada juga ketakutan sepanjang masa.
Segelintir kecil sahaja mampu mengisi kehidupan mereka dengan kegiatan membawa ketenangan jiwa. Kebanyakannya hanya dilihat pada luaran sahaja. Hakikatnya mereka derita dan kosong.
Tentu kita banyak mendengar cerita artis mengalami keruntuhan moral dan keruntuhan rumahtangga. Itu semua berpunca dari diri yang kosong tidak ada pengisian kerohanian. Mereka tidak tahu apa nak dilakukan bila dalam kekosongan. Mereka sesat dalam kekosongan. Ada juga terlalu takut dengan masa bersendirian. Mereka perlu sentiasa bersama teman tidak kita apa status teman asalkan dapat mengisi kekosongan mereka.
Ada bernasib baik mampu kembali ke pangkal jalan dengan menerima kehadiran iman dalam kehidupan mereka. Bukan senang hendak kembali kerana banyak kenikmatan dunia terpaksa mereka lepaskan. Mereka terpaksa memilih dunia atau iman ( akhirat ).
Perkembangan terbaru dan terkini melihat ramai artis memilih iman dalam kehidupan mereka. Mereka cuba memenuhi kehidupan mereka dengan keimanan walau masih bergelar artis. Batasan dijaga sebaiknya. Namun begitu mereka masih boleh bergerak dalam dunia artis bersama dengan diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment