Dalam hati ini terlalu banyak hendak diperkatakan. Aku curahkan sedikit agar terkurang beban ini. Tulisan ini tidak menggambarkan pandangan ramai hanya pendapat peribadi. Minta Allah jauhkan takbur dan riak dalam diri ini. Terlalu kerdil untuk bermegah dengan kelebihan yang ada.
Tuesday, May 25, 2010
Hidup Kita Bergerak laju
Monday, May 24, 2010
Hadiah untuk orang mukmin
Terbaca dalam kitab tulisan imam al Ghazali, telah bersab da Nabi s.a.w. “Hadiah orang mukmin didunia adalah kafakiran” dimana aku hendak letak muka aku ini betapa malunya kerana bertungkus lumus mengejar kekayaan paling teruk lagi mengimpikan mendapat kekayaan dengan usaha ini. Rupanya aku sepatutnya menjadi fakir untuk mendapat redha Allah.
Aku baca lagi kitab itu semakin aku faham dengan fitrah hidup manusia didunia ini. Manusia sepatutnya berada dalam kefakiran untuk selamat diakhirat nanti. Berdukalah kita jika kekayaan datang kepada kita. kerana itu kita akan sukar melepasi kiraan diakhirat nanti.
Sepertimana nabi mengkhabarkan Abdul Rahman Auf yang terlewat masuk kedalam syurga kerana hisabnya yang panjang. Sahabat nabi yang dijanjikan syurga masib berdepan dengan hisab yang panjang. Bagaimana dengan kita. gerunnya mendengar pesanan Nabi. Aku sepatutnya bersyukur dengan kemiskinan yang aku hadapi ini bukan berduka cita dan membencinya.
Itulah hadiah pemberiaan Allah taala. Tidak gembirakah kita dengan pemberian Tuhan yang kita harapkan akan menyelamatkan kita dari api neraka.jika itu yang diberikan kepada kita, bersyukurlah kerana itu adalah pemberian yang terbaik untuk hambanya yang disayangi. Aku bersykur merasakan aku disayangi Tuhan yang maha pencipta. Apa yang aku harapkan adalah Allah perkukuhkan iman aku dan perkuatkan taqwa aku kepadaNya.
Aku sering memohon kepada Allah taala kekayaan yang melimpah agar dapat selesaikan hutang yang mendesak. Sedangkan Allah taala kefakiranlah yang akan membawa aku kepada kebahagian disamping Allah taala. Aku lalai dengan kehidupan dunia yang mendorong mencari kekayaan sehing tidak berfikir dengan waras bahawa kekayaan hanya membawa kepada hisab yang panjang.
Dalam dunia sekarang kita boleh bayangkan sukar bila kita dihisab oleh Lembaga Hasil pendapatan yang kita perolehi. Banyak soalan yang kita terpaksa hadapi untuk selesai. Cuma bezanya kita boleh menipu Lembaga Hasil dan mereka boleh ditipu.
Berbeza dengan hisab Allah taala nanti. Kita tidak boleh menipu kerana semua yang kita lakukan telah dicatat dan diketahui Allah taala.
Untuk apa lagi kita meminta kekayaan kepada Allah taala sedangkan kita tahu betapa sukarnya kita nanti bila berdepan dengan Allah taala menjalani hisab. Sahabat nabi s.a.w yang dijanjikan syurga masih panjang hisabnya disebabkan kekayaan yang dimiliki.
Kehidupan sekarang mendesak kita mengejar kekayaan. Kita lalai dengan pesanan Allah taala. Terikut ikut dengan kekayaan yang dimiliki orang lain dengan harta kekayaan dunia. Kita tidak dapat melihat kekayaan yang akan dimiliki diakhirat. Kita lebih terdorong mendapat kekayaan didunia.
Kita diajar sejal dari kecil lagi agar besar menjadi orang yang berjaya dan dihormati. Berjaya yang dimaksukan itu adalah menjadi seorang yang kaya dan berpengaruh. menggunakan harta yang ada untuk mempengaruhi orang lain agar menyokong kita.
Terdorong untuk mendapat kekayaan kita tidak pertimbangkan punca kekayaan bagaimana sepatutnya kita perolehi. Tidak kira apa cara sekali pun kekayaan mesti kita capai. Kitaa mesti mencapai kekayaan agar kita dihormati orang dan mendapat pengaruh yang besar.
Malangnya kita tidak diajar bagaimana mencari punca kekayaan yang akan menyelamatkan kita. Kita tidak mengambil kira punca kekayaan yang kita cari itu diredhai Allah atau tidak. Kita tidak menyemak dengan hukum. Lama kelamaan punca kekayaan yang kita perolehi itu kita lupa. Kita tidak lagi menyemak punca kekayaan yang kita hasilkan. Sekarang kita menganggap kekayaan yang kita ada adalah dari hasil yang halal.
Setelah kita menjadi kaya, kita berlagak bahawa kekayaan kita itu adalah anugerah Allah taala dan kita menjalankan aktiviti yang halal. Kekayaan yang terhasil dari punca yang tidak halal akan digunakan oleh anak cucu kita tanpa mereka ketahui punca pendapatan itu. Tidak siapa yang tahu atau ambil peduli dengan kekayaan yang kita perolehi.
Sampai bila duit dari punca tidak halal akan digunakan. Siapa yang akan menanggung semua itu. Siapa yang akan dihisab kekayaan yang perpunca dari aktiviti yang tidak halal.
Renunglah agar ia tidak terlambat. Bila dihisab tiada peguam yang dapat membantu. Walau sedekah yang banyak dan amal bertimbun ia tetap haram keran puncanya.
Lebih baik kita dalam keadaan fakir atau sekurang kurangnya hidup dalam keadaan sederhana agar kita tidak sukar bila dihisab nanti. Berhati hatilah jika kita dikurniakan kekayaan kerana ia boleh meruntuhkan iman kita. Hadiah untuk orang mukmin yang Allah beri adalah fakir. Mintalah Allah melindungi kita dari menjadi seorang kaya yang takbur. Wassalam
Saturday, May 22, 2010
Menempuh Dugaan
Friday, May 21, 2010
Doa Belum Makbul
Wednesday, May 12, 2010
Menunggu pemberian Allah
Monday, May 10, 2010
Ulama pada pandangan saya
Susahnya bila susah
Bila kita dalam kesusahan banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan dengan sempurna. Kita alami kesukaran untuk mendapat kesempurnaan dalam kerja yang kita lakukan. Kita akan merasa semakin sukar kerana kesukaran yang kita alami.
Orang tidak lagi pecaya kita. berniaga kita tidak lagi mendapat sokongan kerana kita pernah gagal. Banyak perkara yang kita tak dapat bergerak dwngan baik. banyak kesukaran yang kita tepaksa hadapi.
Siapa yang mahu membantu kita dalam keadaan ini. Adakah orang yang boleh bersama kita membantu dan mampu bersama kitamewberi sokongan.
Mugkin lumrah dalam hidup ini semakin kita susah semakin sukar=untuk kita sempurnakan kerja-kerja kita. Tanggapan orang kita sekarang semakin kita tak ada duit semakin susahlah kita. Semakin susah kita semakin banyak kesusahan yang akan kita hadapi. Sebab itu orang susah semakin susah dan orang senang semakin senang.
Ramai orang susah cuba membaiki diri untuk menjadi senang. Ketika inilah samada dia berusaha dengan cara yang betul atau tidak.ramai juga yang sanggup lakukan apa saja untuk mengubah nasib agar tidak susah lagi. Bagaimana dilakukan tidak menjadi keutamaan asalkan dapat mengubah kehidupan kepada lebih senang. Bila senang akan menjadi bertambah senang.
Bagaiman bagi mereka yang dalam keadaan susah yang tidak dapat mengubah nasib untuk menjadi senang. Adatnya ia akan ditimpa kesukaran yang berpanjangan. Untuk mengubah diri kepada senang amat sukar dan jauh perjalanannya. Sedangkan hidupnya dihambat kesukaran dan tekanan kerana kemalangan diri yang menimpa.
Bagaiman orang ini dapat mengubah kesusahannya kepada senang dan dapat selesaikan masalah yang dihambat itu. Bagi yang berhutang kerana kegagalan perniagaan akan dihambat pemiutang. Bermacam cara mereka lakukan untuk mendapatkan utang itu balik. Akan berterusanlah susah dengan hutang itu.
Penghutang ini perlu mengubah diri dan kembali kepada keadaan asal untuk memulihkan keadaan. Bermula dengan cara kecilan semula kembali mengorak langkah. Tapi bolehkah pemiutang menunggu penghutang ini bermula semula. Bagaimana jika pemiutang ini tidak boleh menunggu dan bukan masalah dia untuk menunggu penghutang kembali berjaya dalam usaha pemulihan.
Sukar bagi penghutang untuk merancang pemulihan keran aditekan pemiutang untuk mendapatkan balik duitnya. Nasib penghutang tidak dapat ditentukan dengan keadaan ini. Hanya lari yang dapat menangguh keadaan keruh ini. Itu pun kalau berjaya. Semakin miskin semakin susah. Semakin kaya semakin senang.
Sunday, May 9, 2010
Tugas kamu terhadap Allah
Apa yang Allah suruh engkau buat, engkau buat sajalah. Janganlah persoalkan suruhan yang Allah sediakan untuk kamu. Kamu tidak tahu kenapa Allah suruh kamu buat. Allah tidak suruh kamu sia-sia. Allah akan beri kamu ganjaran yang begitu besar kalau kamu mengetahui.
Setiap suruhan yang Allah berikan pasti ada ganjaran yang Allah sediakan untuk kita. Kalau Allah tidak mahu berikan ganjaran pun tidak menjadikan apa-apa kepada kebesaran Allah. Allah memberi atas kesih dan sayang Dia kepada kamu kerana menuriut perintahNya. Allah tidak akan kehabisan pemberian walau sebanyak mana suruhan yang engkau buat dan Allah tidak akan bermasalah dengan pemberian yang Dia janjikan kepada kamu. Allah maha kaya dengan pemberian yang tidak terhingga banyaknya jika kamu mengetahui.
Janganlah kamu sangsi dengan pemberian yang Allah janjikan kepada kamu. Dia maha menepati janji. Dia tidak ada masalah dengan menunaikan janji yang diberiNya. Bukan sifat Allah jika Allah berkira dengan pemberian dan janji Nya kepada kita.
Kamu seorang manusia yang bersifat hamba perlu faham dan tahu bahawa tugas kamu adalah menurut perintah. Setiap perintah yang ditujukan kepada kamu tidak boleh kamu persoalkan kerana kamu tidak berhak. Allah tahu apa yang diperintahkan kepada kita. Dengan sifat pengasih dan penyayang Allah tahu setiap perintahnya.
Kita tidak perlu persoalkan kerana kita tidak akan faham dengan perintahNya. Tidak pewrlulah kita memahami dengan tugas yang kita perlu buat. Allah maha mengetahui dengan perintahNya.
Lakukan sajalah wahai manusia. Jangan kamu menjawdi seperti yahudi yang banyak mempersoalkan suruhan Allah sehingga menyusahkan diri sendiri kerana dihalau dari negeri sendiri. Sehingga sekarang tidak ada bumi yang sah untuk mereka duduki.
Setiap yang Allah suruh itu ada pemberian yang akan disediakan untuk kita. Allah suruh kita buat dan Allah berikan ganjaran kerana menurut perintah. Bukan murah ganjaran yang diberi keran kita sediri tidak mampu menyediakan walau sekaya mana kita.
Janganlah kamu ragu dengan kebesaran Allah. Banyak bukti yang kamu boleh dapat. Setiap perkara yang ada didepan mata kamu adalah menjurus kepada kebesaran Allah taala. Kamu saja yang tidak faham dengan apa yang kamu lihat.
Allah turunkan kepada kamu petunjuk untuk hidup dimuka bumi ini kerana Allah tahu tugas kamu berat untuk menjalankan tugas yang diperintah keatas kamu. Jalankan saja tugas yang diperintah pasti kamu akan selamat.
Friday, May 7, 2010
Menggerakkan Agenda Politik
Seorang ahli politik yang ingin cepat berjaya dalam arena ini perlu mempunyai kewangan yang mencukupi. Jika kewangan tidak seberapa alamat pergerakan politiknya akan lambat atau terbantut. Setiap kerja yang ahli politik lakukan memerlukan kepada sokongan pihak yang ingin berjuang bersama. Dalam gerakan yang akan dilakukan perlu kepada perbelanjaan. Perbelanjaan yang ada perlu cukup untuk tujuan yang dirancang.
Kewangan memainkan peranan penting dalam menjayakan perancangan yang dibuat. Kalau kewangan tidak dapat disediakan dengan cukup maka perancangan yang dirancang tidak akan berjalan dengan baik. Kewangan memberi petanda perjalanan politiknya akan bergerak sejauh mana. Ramai ahli politik yang mengejar pendapatan dulu sebagai agenda pertama. Kewangan akan dikumpul sebanyak mungkin dan sepanjang yang mungkin agar pendapatan atau kewangan masuk tanpa henti.
Kewangn yang masuk ini akan dibelanjakan untuk keperluan mengerakkan agenda politik mereka. Setiap pergerakan memerlukan perbelanjaan bagi memudahkan urusan berjalan.
Kalau saya nak jadi seorang ahli politik, syarat paling utama adaloah mempunyai kewangan yang cukup dan stabil. Kalau syarat ini tidak dapat dipenuhi susah untuk menjadi seorang ahli politik berjaya.
Ada juga ahli politik yang tidak mempunyai kwangan yang stabilo tapi masih boleh bergerak dealam arena politik. Pergerakan mereka tidak laju dan banyak memerlukan sumbangan untuk bergerak. Mereka ini bergerak tapi lambat. Hanya sokongan parti sahaja yang dapat membawa mereka naik dan mampu bertindak sebagai ahli politik.
Pengalaman peribadi sayasebagaimana diceritakan oleh kawan-kawan dan ahli politik yang telah berjaya dan pengalaman lama dalam politik.
Thursday, May 6, 2010
Pemberian Allah
Pernah kita terfikir bagaimana Allah memberi kepada kita. Apa yang kita dapat bayangkan apabila kita berbincang tentang pemberian Allah. Kita meminta kepada Allah dengan harapan kita dapat apa yang kita minta tadi. Bagaimana kita harapkan pemberian yang kita minta. Dapat seperti yang kita minta. Menerima pemberian Allah seperti yang kita bayangkan?
Kita tidak sedar Allah itu maha bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yang hendak diberi, bila hendak diberi dan bagaiman nak beri kepada kita. Apakah kita terfikir pemberian Allah taala. Bagaimana kita bayangkan Allah akan memberi kepada kita. Seperti ibu memberi gula-gula bila kita memintanya? Permintaan kita dimakbul seperti yang kita minta.
Banya persoalan yang timbul disini kerana sebenarnya kita tidak tahu bagaimana Allah memberi mengikut kehendaknya. Tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan yang Dia buat. Kita tidak boleh mengharap pemberian yang Allah akan beri sama seperti kita minta. Memang itu sikap kita mengharapkan pemberian Allah seperti apa yang kita minta.
Ada juga beranggapan lain yang diminta lain yang Allah beri. Matlamat permohonan kita itu tidak tercapai. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya mendapat pemberian Allah tetapi dalam bentuk kita tidak faham. Kita menganggap kita tidak dapat apa yang kita hajati sepertimana diminta.
Kita sememangnya tidak faham dengan pemberian Allah. Kita tidak faham kerana kita terlalu jahil dengan ilmu Allah. Kita tidak layak menilai pemberian yang kita dapat. Kalau kita sedar dengan pemberian yang Allah beri bersyukurlah jika kita tidak mendapat sepenuhnya permintaan kita tadi.
Kita tidak faham kenapa Allah tidak memberi sepenuhnya permintaan kita. Ada sebabnya. Jangan dipertikai dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan terima sahaja.
Apa yang jelas Allah tidak memberi semua yang kita minta kerana kita masih berada didunia. Kita masih berada ditempat yang tidak sesuai dengan pemberian sebenar Allah kepada kita. Ada banyak lagi yang Allah hendak beri tetapi tidak sesuai dengan tempat. Itu hal utama yang kita perlu ingat dan faham.
Tempat yang tidak sesuai. Pemberian Allah itu terlalu agung yang tidak tertanggung oleh dunia tempat kita tinggal sekarang. Pemberian yang kita terima itu terbaik untuk kita semasa tinggal atas dunia ini. Kita kena akui kerana kita telah beriman dengan Allah taala. Kita kena mengakui bahawa apa yang kita dapat ini adalah bersesuaian dengan tempat dan masa. Kita akan mendapat lebih dari yang kita inginkan bila kita berada ditempat yang betul. Tempat itu ialah diakhirat. Paling tepat adalah syurga.
Wednesday, May 5, 2010
Berebut-rebut menjadi cantik
Ramai wanita dan sekarang lelaki juga telah terpanggil untuk turut sama mengejar kecantikan. Pelbagai cara dibuat untuk menjadi cantik dan mengekal kecantikan. Sekarang masa masyarakat kita mahukan kecantikan sebagai proses kehidupan. Apa sahaja yang ditawarkan asalkan ia menjanjikan kecantikan terus saja diterima.
Mungkin sedikit masa nanti tidak ramai lagi orang yang berwajah buruk atau tidak cantik. Sukar untuk kita melihat orang yang tidak cantik. Semua akan kelihatan cantik. Sampaikah kita kepada kehidupan manusia yang sebegitu. Adakah terjadinya manusia yang semuanya adalah cantik dan menarik dilihat. Sama-samalah kita lihat nanti.
Apa akan terjadi kepada dunia ini dengan manusia yang berkejaran mengejar kecantikan untuk diri. Berusaha dan memperuntukan sebahagian pendapatan untuk mengekalkan kecantikan. Mungkinkah akan ada bencana dengan perubahan manusia menjadi cantik.
Apa agaknya akan berlaku jika semua manusia menjadi cantik. Tak ada pula manusia yang berwjah buruk atau hodoh. Akan timbulkah kesukaran nantii. Atau apa.
Tok Guru
Apa yang kita tahu dengan seorang yang digelar Tok Guru. Bagaimana seorang TG diiktiraf dengan nama begitu. Semua orang tahu bila sebut nama TG. Bagaimana karektornya pun kita dapat bayangkan walaupun kita jarang berjumpa.
TG adalah nama yang diberi kerana sifatnya yang makmur dengan ketuhanan dan banyak mengetahui ilmu Islam. Dia tempat rujukan untuk bertanyakan tentang islam. Seorang TG yang mampu memberitahu perkara-perkara dalam Islam.
Apa yang penulis hendak bincangkan dalam penulisan ringkas kali ini adalah sebesar mana bermaknanya seorang TG kepada kita. Bagaimana kita mengiktiraf seorang yang pandai dalam Islam memanggilnya sebagai TG. Tanya diri kita setinggi mana kita mengiktiraf Tok Guru dan penghormatan kita kepada TG ini.
Penulis melihat ramai masyarakat kita tidak mengenali seorang TG sebagaimana sepatutnya. Mereka memandang TG sebagai seorang yang biasa seperti orang kebanyakan. TG sebagai seorang yang mendekati diri kepada pencipta kita Allah subhanawataala. Orang yang memasyurkan agama Allah.
TG orang yang mendapat tempat yang tinggi disisi Allah. Kita tentu memahami bila dikatakan seorang yang dekat dengan Allah. Tidak ada lagi bantahan.
TG orang yang sepatutnya dihormati dan disegani dalam urusan Islam. Mengapa ada yang tidak bertindak begitu bila bila berbincang tentang TG. Mengapa kita enggan menerima pendapatnya. Kita kenal dia sebagai seorang yang banyak tahu tentang Islam. Islam ini adala agama Allah. Apa lagi yang kita pertikaikan.
Bila TG masuk politik, lagi teruk pandangan masyarakat tentang TG. TG dipandang sama seperti orang jahil yang lain. Penulis tidak tergamak memandang TG sebegitu. Walau dalam politik TG masih mendapat penghormatan.
Dia tetap TG seperti yang kita kenali. Jangan cepat memandang serong kepada TG dia mempunyai banyak ilmu dalam hukum, mesti dia tahu apa yang dibuatnya. Bagaimana kita yang cetek ilmu menilai TG ini sebagai seorang biasa yang boleh kita hina dan sebagainya.
Setinggi mana ilmu kita untuk menilai TG dalam keputusan yang dia buat. Kalau kita sekadar fardhu ain pun tak lepas janganlah memandai nak menilai TG dalam tindakan yang dia buat. Perlulah kita merujuk kepada yang lebih alim dalam soal agama untuk mengetahui adakah TG membuat kesilapan dengan berada dalam politik seperti ahli politik yang lain. Adakah sama TG ini dengan ahli politik lain.
Kita boleh menilai sendiri dengan pemerhatian kita kerana kita mempunyai rujukan yang banyak. Pilihlah mana-mana tempat rujukan dan bertanyalah dengan mereka apakah salah seorang yang tinggi ilmu dalam Islam memasuki politik menjadi satu kesalahan. Jika tidak ada salahnya, apakah kita akan melihat dia seperti orang kebanyakan yang tidak tinggi ilmu islam nya.
Walaupun mereka yang lain pandai dalam ilmu politik teapi mereka tidak banyak ilmu dalam Islam. Bagi penulis adalah lebih tinggi keperibadian seorang yang banyak ilmu dalam Islam dan boleh menjadi seorang pemimpin dengan pengetahuan Islam nya sebagai pedoman. Berbanding dengan seorang ahli politik yang berkelayakan dalam ilmu politik nya tetapi tidak tinggi dalam ilmu Islam yang dapat menjadikan pedoman dalam keputusan yang dibuat.
Bagi kita orang Islam tentu akan mendahuluhi keperibadian Islam kerana orang ini lebih tahu membawa sejahtera dalam masyarakat.
Tuesday, May 4, 2010
Berfikir Cara Garis Lurus
Bagaimana kita berfikir. Bagaiman kita mentafsir sesuatu yang berada dihadapan kita. Apa yang penting sekarang adakah kita faham dengan situasi yang kita lihat. Bolehkah kita memberi tindak balas dengan apa apa yang berlaku didepan kita.
Kita bertindak dengan situasi yang kita hadapi mengikut kebiasaan kita buat atau kita belajar. Kalau dari dulu lagi kita dah lakukan seperti itu, setiap kali kita berjumpa dengan situasi itu kita akan bertindak seperti biasa kita lakukan. Kita tida berfikir lagi kerana bagi kita bila situasi begitu kita akan bertindk seperti itu.
Pada pendapat saya kita sedang bertindak atau berfikir secara garis lurus. Tindakan ini juga digelar sebagai tundakan luar kawal dan tindakan spontan. Tapi bagi saya ia lebih kepada tindak balas garis lurus.
Bila kita membuat keputusan kita gunakan pemikiran secara lurus. Pendapat saya manusia tidak mampu berfikir secara berlingkar. Setiap keputusan yang dibuat ia bergerak secara lurus.
Pemikiran garis lurus pada pendapat saya adalah satu pemikiran yang dilakukan secara tatap atau mengikut skrip. Bila kita berhadapan dengan satu situasi, kita tahu apa yang perlu dibuat kerana dalam pemikiran kita telah menetapkan tindakan atau tindak balas yang perlu dilakukan.
Kita setkan dalam fikiran kita tindakan yang perlu kita ambil bila berdepan dengan satu situasi. Kita tidak ada bantahan dengan tindakan yang kita lakukan kerana kita telah terima dalam fikiran kita bahawa tindakan yang kita ambil itu telah diterima pakai oleh otak kita.
Tidak perlu lagi kita berkira-kira apa tindakan yang kita perlu ambil bila berdepan dengan situasi. Kita telah ada penyelesaian untuk bertindak. Kita akan terus bertindak begitu sehingga kita berfikir semula atau didesak untuk berfikir setelah tindakan yang kita buat itu tidak lagi bersesuaian atau tida betul. Samada kita ditegur, diberi tunjuk ajar atau kita menyedari sendiri.
Bila kita memikirkan sesuatu kita akan menggunakan cara berfikir garis lurus. Kita bergerak mengikut garisan yang kita biasa guna. Kita tidak memikirkan cara lain kerana kita talah selesa dengan berfikir cara begitu. Saya boleh sebutkan disini kita berfikit mengikut kebiasaan kita lakukan.
Saya berikan satu contoh pemikiran garis lurus ini.
Setiap hari kita bekerja. Kita lakukan tugas kita dengan kerja yang sama. Kita sudah boleh menjangka dan mungkin boleh mengawal kerja kita sehingga kita tahu ianya akan sempurna dalam keadaan terkawal walaupu kita tidak lakukan kerja kita mengikut kebiasaan sehinggakan kita pejam mata pun kerja kita boleh siap.
Kita telah mahir dengan kerja kita, kita tahu menyiapkan kerja kita tanpa kita meneliti. Perbuatan ini menggambarkan kita sedang melakukan tindakan garis lurus kerana kita bergerak secara tetap seperti kebiasaan kita lakukan.
Kita tidak selesa jika cara kita berfikir diganggu dengan pendapat lain. Ini kerana kita tidak mahu berfikir lagi cara lain untuk berfikir. Kita telah selesa dengan cara berfikir begitu. Sebab itu kadang-kadang kita marah bila ada yang memberi pendapat yang berbaza dengna kebiasaan pemikiran atau perbuatan. Kita akan menentang pendapat itu dengan hujah yang mungkin kuat dan mungkin lemah.
Jika pendapat baru itu memberi hujah yang kuat, kita akan merasa tergugat dengan hujah itu. Sukar untuk menerima pendapat batu kerana kita telah biasa mengguna pendapat yang telah menjadi garisan untuk kita bergerak dalam pengurusan seharian.
Ketenangan Dalam Sembahyang
Sesibuk mana pun kita bekerja bila kita berada atas tikar sejadah hilang kesibukan itu. Ramai masyarakat yang tidak sedar ketenangan dalam sembahyang. Mereka tidak tahu dengan sembahyang mereka dapat menenangkan jiwa mereka yang dalam kesibukan. Dalam sembahyang kita dapat mengembalikan ketenangan jiwa. Ini akan memberi kita masa yang baik dalam tugas harian.
Masyarakat tidak mengambil keutamaan dalam tuhgas seharian mendahulukan sembahyang bila tiba waktunya. Masyarakat lebih rela menghabiskan kerja yang kononnya belum siap dulu sebelum menunaikan kewajipan hidup ini. Apa yang mereka lakukan adalan mengutamakan keduniaan yang bersifat sementara. Masyarakat seolah tidak faham dengan situasi sebenar yang sepatut mereka jalani kehidupan dengan mendahului dan mementingkan suruhan Allah.
Hal ini menjadi perkara biasa dalam hidup. Menyiapkan kerja dulu barulah tunaikan sembahyang itu pun kalau masih ada waktu untuk bersolat. Jika waktu telah luput solat itu ditinggalkan saja. Tidak ada apa-apa penyesalan bagi mereka. Tertinggal solat waktu bukan perkara penting yang perlu diambil berat. Kalau tertinggal ada lagi esok. Ini bukan perkara penying untuk difikirkan.
Meninggalkan solat menjadi kebiasaan kepada masyarat yang sibuk bekerja. Mereka tidak sedar dalam sembahyang memberi ketenangan kepada mereka kerana solat ada kelebihan yang amat tinggi.
Bila kita bersolat diri kita berhenti berhubung dengan dunia. Kita tidak lagi bergerak seperti biasa, kita tida lagi sibuk atau kusut fikiran. Dalam solat kita merasa ketenangan dan aman. Setiap kali kita mengankat takbir kita seolah meninggalkan urusan dunia ini dengan segala macam kesibukan. Kita boleh merasai sendiri bila kita mengakat takbir. Rasailah dengan mata hati kita yang amat dalam. Kita tenang dalam sembahyang.
Kita berehat waktu kita mendirikan solat. Dalam solat kita menyusun semula jiwa kita untuk berdepat dengan urusan dunia. Bila kita sewlesai mendirikan solat kita kembali bersemangat untuk menguruskan kerja kita dan urusan dunia yang lain.
Sbab itulah ulam mencadangkan kepada kita bila kita dalam kesukaran hendaklah kita berundur sekejap dengan mendirrikan solat sunat aga kita kembali tenang untuk berdepan dengan masalah dinia. Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita dan hidayat dengan kebesaranNya
Monday, May 3, 2010
Bincang Cara Sendiri
Banyak usaha yang dilakukan untuk mengelak kemalangan dari berlaku. Namun usaha itu nampak semakin kebelakang kalau dilihat kepada bilangan kemalangan yang berlaku. Banyak pihak yag cuba mengambil bahagian untuk membantu kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan. Itu pun masih belum boleh mendatangkan hasil membanggakan.
Kajian dan statistik terus dijakankan untuk mendapat maklumat untuk kajian bagi mengurangkan kemalangan. Namun usaha itu juga hanya sekadar mendapat angka dan fakta sebagai rujukan. Belum ada lagi usaha yang mampu mengubah angka kajian statistik secara drastik da perbezaan yang besar.
Dalam kajian punca berlaku kemalangan sedia maklum. Perkara ini talah diketahui lama dulu dan masih tidak dapat membantu mengurang jumlah kemalangan. Penulis tidak dapat memberi fakta dan kajian statistik disini kerana maklumat itu tidak ada pada penulis. Penulis hanya ingin membincangkan secara bebas tanpa mengeluarkan data-data yang berat.
Penulis tidak berapa berminat bila membincangkan tentang sesuatu terpaksa mengeluarkan data-data berat untuk membuktikan perbincangan ini.
Apa yang dibincangkan ini telah maklum oleh semua pembaca. Pembaca telah mengetahui permasaalahan ini, usaha kerajaan mengurangkan jumlah kemalangan. Kajian yang dijalankan juga telah banyak pembaca membaca dalam pelbagai sumber.
Penulis hanya ingin menimbulkan topik ini hanyalah untuk sembang ringan dimana penulis cuba menimbulkan idea baru yang mungkin timbul dalam perbincangan biasa. Selalunya buah fikiran timbul bila kita hanya berbual kosong atau secara ringan kerana kita tidak menggunakan otak kita secara berat dan denga tekanan.
Penulis Cuma mengelak pembaca dari terlalu memikirkan satu-satu perkara dengan otak yang bekerja berat. Perbincangan ini bukanlah satu pengkhususan penyelesaian masalah. Perbincangan ini adalah satu tindak balas dari isu yang sering dibincangkan dalam pelbagai saluran.
Perbincangan ini tidak lah suatu yang jarang dibentang, ianya hari-hari berada didada akhbar dan siaran elektronik. Bukan suatu yang ganjil atau tidak polular. Penulis cuba mengajak pembaca berfikir dari sudut yang berbeza. Mungkin kita boleh cuca berfikir secara orang biasa yang tidak tinggi pengetehuannya. Tidak perlu kepada fakta lengkap untuk menghasilkan satu-satu buah fikiran.
Berbalik kepada perbincangan asal kita tadi bilangan kemalangan yang meningkat dan jarang sangat angka ini menurun.
Apa yang tidak kena dengan jumlah kemalangan ini. Apa penyebab yang kita tidak ketahui atau masih belum gunakan untuk kajian kita. Bagaimana cara mengatasi yang kita masih belum bincangkan lagi.
Mungkin kita boleh menggunakan pendekatan yang baru bagi mendapatkan jalan keluar untuk kita gunakan dalam usaha mengatasi jumlah kemalangan yang semakin meningkat.
Penulis akan membuka ruang yang lebih selesa untuk dibincangkan dengan maklum balas dari pembaca. Tidak kita bagaimana atau apa cara pembaca memberi pendapat mengenai usaha mengurang jumlah kemalangan.
Penulis pernah terbaca dalam sebuah buku yang mengajar kita berfikit. Pelbagai cara berfikir yang dibentangkan. Yang menarik perhatian penulis adalah berfikir secara terbalik atau gila-gila. Maksudnya saorang yang berfikir dengan cara luar kebiasaan manusia berfikir. Ada pemikirannya tidak masuk akal dan tidak munasabah. Apa yang kita ingin lihat disini adalah bagaiman untuk kita memulakan memikir satu satu perkara yang kita telah buntu untuk berfikir.
Kita cuba berfikir dengan cara yang berbeza dari cara biasa kita berfikir. Walau pun ia tidak munasabah atau gila tapi apa yang penting adalah permulaan untuk kita mengorek idea dan seterusnya mengembang idea itu untuk menjadikan ia sebagai penyelesaian kepada masalah kita dalam status buntu tadi.
Isu kemalangan tadi adalah sebagai contoh untuk penulis memberi contoh bagi memahami tujuan penulis mengajak pembaca sama memberi pendapat bebas tanpa membabankan otak untuk memikirkan. Pendapat secara sepontan atau pengalaman lain yang digabungkan.
Pembaca juga boleh mengimputkan sedikit pendapat dari pelbagai pendapat kita cuba gabungkan untuk mencari idea penyelesaian isu yang kita bincangkan
Penulis berharap mendapat sokongan pembaca kerana kita bertanggung jawab membantu kerajaan mengatasi masalah yang timbul dalam masyarakat kita. Bukan saja isu kemalangan malah pelbagai isu perlu kita bendung yang menjadi masalah berat dalam masyarakat kita.
Bagi penulis perkongsian pendapat dan idea melalui ruang yang meju ini akan dapat membantu masyarakat berubah kearah lebih baik lagi.
Sunday, May 2, 2010
Pemunya dan Pemilik
Ramai dari kita membuat keputusan yang terburu buru. Beranggapan itulah tindakan yang terbaik dilakukan. Tidak sedar dengan persekitarean yang tidak memihak kepadanya. Persekitaran tidak dapat menerima dengan tindakan yang twlah dilakukan.
Sukar difahami dengan resam kehidupan dunia ini. Ramai manusia gagal memahaminya. Ramai yang menganggap tindakan itu tepat dengan pemikiran yang ada pada meraka. Bagi mereka apa yang mereka lakukan adalah terbaik dikalangan manusia bijak. Tanpa disedari masih ada kebijaksanaan yang lebih bijak dari mereka.
Mereka tidak tahiu bahawa kebijaksanaan itu bukan milik mereka. Kebijaksanaan itu milik Allah. Ketuhanan yang tidak ramai manusia yang mengaku bijak mengakui masih banyak pengajian yang perlu mereka cari.
Manusia mencari kehidupan untuk kebaikan dalam hidup ini. Dimana kita nak dapatkan kehebatan hiduptas muka bumi ini. Dimana kita perlu mulakan pencarian kita. Tentu ramai yang memberi jawapan yang berbagai. Tapi yang pastinya belum tentu jawapan itu adalah yang terbaik.
Cuba kita lihat sekeliling. Milik siapakah apa yang kita lihat ini. Cuba kita beri jawapan sendiri sebelum kita bertanyakan kepada orang lain. Mampukah kita jawab pemilik. Pernahkah kita diberitahu pemilik yang berhak keatas benda yang kita lihat itu.
Kita diberitahu rumah itu milik sianu. Kita percaya kerana kita pernah melihat sianu itu tinggal dirumah itu. Kalau kita tidak pernah melihat sianu itu tinggal disitu tentu kita tidak percaya dengan perkabaran itu. Kita perlu mendapat pendapat orang lain kerana untuk sokongan adakah betul rukah itu milik sianu.
Jika pendapat lain bersetuju dengan apa yang dikabarkan itu, kita akan percaya rumah itu milik sianu. Dengan sokongan pendapat kita dapat percaya bahawa pemilik rumah itu.
Bagaimana jika kita diberai perkabaran baru bahawa rumah itu dipunyai oleh orang lain dan sianu itu hanya menumpang atau menyewa saja rumah itu. Dengan kata lain sianu tadi hanya pemilik sementara sahaja rumah itu. Rumah itu dipunyai oleh pemunya yang sah. Sianu juga mengesahkan bahawa dia adalah pemilik sementara sahaja kerana rumah itu dipunyai oleh orang lain.
Kini kita telah mendapat dua katagori yang berhak keatas rumah itu. Satu pamilik sementara dan satu lagi pemunya kekal dan mutlak. Orang yang berhak secara mutlak adalah pemunya dan orang yang berhak secara sementara adalah pemilik.
Disi kita kena faham dan dapat membezakan antara pemilik dan pemunya. Kedua dua ini mempunyai hak keatas rumah itu tetapi hak sebenar adalah yang digelar pemunya. Pemilik akan mengembalikan kepada pemunya setelah pemilik selesai menggunakan atau menduduki rumah itu kepada pemunya. Pemunya pula akan mencari pemilik baru untuk mendiami rumah itu.
Kita yang melihat semua itu perlu memahami bahawa walaupun pemilik berhak keatas rumah itu yang memberi makna pemilik hanya diberi amanah menduduki rumah itu dan menjaga kedaulatan rumah itu seperti yang dipersetujui antara pemunya dengan bakal pemilik.
Pemilik rumah itu perlu mempertahankan rumah itu seperti yang dikehendaki oleh pemunya. Pemilik berhak keatasw rumah itu tetapi bukan memunyai rumah itu. Orang lain yang memunyai rumah itu. Pemilik tidak boleh mengaku bahawa rumah itu adalah hak mutlak pemilik dan bebas keatas rumah itu. Itu adalah kesalahan. Pemilik telah melanggar perjanjian dengan pemunya. Pemunya berhak menegur atau melakukan sepatutnyan atas kesilapan yang dilakukan oleh pemilik tadi.
Kita terjemahkan kepada kehidupan kita didunia ini. Kita adalah pemilik menduduki dunia ini dengan perjanjian yang kita telah buat dengan pemunya ( Allah Taala ) dunia ini. Kita kena sedar bahawa kita hanya pemilik yang diamanahkan menjaga kedaulatan dunia ini sebaik mungkin.
Kita diberi amanah untuk menjaganya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah taala. Penulis menggapkan pembaca telah memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis.
Kembali kita kepada kesahan pemunya kepada apa yang kita lihat tadi. Kita hanya faham bahawa yang kita lihat itu adalah pemunya. Kita tidak sedar apa yang kita lihat tu ada pumunya mutlaknya. Pemilik yang kita anggap pemunya itu tidak kekal disitu. Ia akan diganti dengan pemilik baru. Pemilik akan berganti setiap masa sehingga dunia ini berakhir.
Hanya pemunya yang kekal kerana tiada siapa yang mampu memiliki sesuatu itu selamanya. Pasti ada yang akan memiliki sesuatu itu selamanya. Dari situlah kita kena tahu bahawa kita ini dipunyai dan kita adalah pemilik sementara yang diamanahkan.
Perlulah kita mencari siapakah yang berhak selamanya dunia ini. Pemunya itulah yang kita anggap berhak keatas dunia ini dan keatas kita. Tentu menjadi pemikiran yang tiada penyelesaian jika masih mencari siapakah yang berhak secara mutlak keatas dunia ini.
Sudah tentu tiada siapa yang mampu mencari dengan keupayaan yang ada pada manusia. Mungkin tidak akan terjumpa walau berjuta tahun masa diambil untuk mencari pemilik dunia ini.
Kita telah dikhabarkan dengan jelas pemunya dunia ini dan kita diiktiraf sebagai pemilik sementara. Bukti pemunya telah jelas dengan fizikal secara tersendiri dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh pemunya dunia ini.
Permasaalahan yang timbul sekarang manusia ini terlalu lemah untuk mempercayai kerana perlu kepada penglihatan dengan mata sendiri dan diabadikan alam simpanan untuk dikekalkan. Kelemahan manusia yang terpaksa melihat dengan mata sendiri membuat manusiia terus buta dann tidak dapat memahami siapa pemunya dunia ini.
Ini adalah pendapat peribadi penulis. Penulisan ini adalah sekadar pendapat biasa orang yang cetek ilmu cuba berkongsi keimanan. Semoga ada antara kita yang mendapat manfaat dari bacaan. Walaupun tidak banyak tapi sekadar memberi dorongan kesedaran untuk berfikir tentang kehidupan kita. Berhenti sejenak dan melihat dalam diri sedekat mana kita dengan persekitaran kita. Adakah kita faham dengan persekitaran yang kita lihat. Kalau kita tidak dapat menterjemahkan persekitaran kita ini , sukar untuk kita selamat ketika hidup kita didunia ini. Apa yang digelar manusia yang rugi.
Sejauh mana kefahaman kita dengan kehidupan didunia ini mengaitkan taraf kita diakhirat nanti. Itu pun kalau kita terasa akhirat adalah sebahagian dari perjuangan hidup kita didunia. Memahami persekitaran kita memberi kredit yang tinggi kepada kita di akhirat.
Sekuat mana kita mengejar kemewahan dan kejayaan didunia ini tidak memberi kepastian kepada kita kebahagian kiata diakhirat nanti.
Inilah kefahaman penulis dengan persekitaran penulis. penulis merenung dan mencari pemunya untuk penulis minta agar diterangkan hati untuk melihat dengan lebih dekat dan kebih terang persekitaran yang dipunyai oleh pemunya mutlak ( Allah taala ) Pemunya dan Pemilik