Monday, May 24, 2010

Hadiah untuk orang mukmin

Terbaca dalam kitab tulisan imam al Ghazali, telah bersab da Nabi s.a.w. “Hadiah orang mukmin didunia adalah kafakiran” dimana aku hendak letak muka aku ini betapa malunya kerana bertungkus lumus mengejar kekayaan paling teruk lagi mengimpikan mendapat kekayaan dengan usaha ini. Rupanya aku sepatutnya menjadi fakir untuk mendapat redha Allah.

Aku baca lagi kitab itu semakin aku faham dengan fitrah hidup manusia didunia ini. Manusia sepatutnya berada dalam kefakiran untuk selamat diakhirat nanti. Berdukalah kita jika kekayaan datang kepada kita. kerana itu kita akan sukar melepasi kiraan diakhirat nanti.

Sepertimana nabi mengkhabarkan Abdul Rahman Auf yang terlewat masuk kedalam syurga kerana hisabnya yang panjang. Sahabat nabi yang dijanjikan syurga masib berdepan dengan hisab yang panjang. Bagaimana dengan kita. gerunnya mendengar pesanan Nabi. Aku sepatutnya bersyukur dengan kemiskinan yang aku hadapi ini bukan berduka cita dan membencinya.

Itulah hadiah pemberiaan Allah taala. Tidak gembirakah kita dengan pemberian Tuhan yang kita harapkan akan menyelamatkan kita dari api neraka.jika itu yang diberikan kepada kita, bersyukurlah kerana itu adalah pemberian yang terbaik untuk hambanya yang disayangi. Aku bersykur merasakan aku disayangi Tuhan yang maha pencipta. Apa yang aku harapkan adalah Allah perkukuhkan iman aku dan perkuatkan taqwa aku kepadaNya.

Aku sering memohon kepada Allah taala kekayaan yang melimpah agar dapat selesaikan hutang yang mendesak. Sedangkan Allah taala kefakiranlah yang akan membawa aku kepada kebahagian disamping Allah taala. Aku lalai dengan kehidupan dunia yang mendorong mencari kekayaan sehing tidak berfikir dengan waras bahawa kekayaan hanya membawa kepada hisab yang panjang.

Dalam dunia sekarang kita boleh bayangkan sukar bila kita dihisab oleh Lembaga Hasil pendapatan yang kita perolehi. Banyak soalan yang kita terpaksa hadapi untuk selesai. Cuma bezanya kita boleh menipu Lembaga Hasil dan mereka boleh ditipu.

Berbeza dengan hisab Allah taala nanti. Kita tidak boleh menipu kerana semua yang kita lakukan telah dicatat dan diketahui Allah taala.

Untuk apa lagi kita meminta kekayaan kepada Allah taala sedangkan kita tahu betapa sukarnya kita nanti bila berdepan dengan Allah taala menjalani hisab. Sahabat nabi s.a.w yang dijanjikan syurga masih panjang hisabnya disebabkan kekayaan yang dimiliki.

Kehidupan sekarang mendesak kita mengejar kekayaan. Kita lalai dengan pesanan Allah taala. Terikut ikut dengan kekayaan yang dimiliki orang lain dengan harta kekayaan dunia. Kita tidak dapat melihat kekayaan yang akan dimiliki diakhirat. Kita lebih terdorong mendapat kekayaan didunia.

Kita diajar sejal dari kecil lagi agar besar menjadi orang yang berjaya dan dihormati. Berjaya yang dimaksukan itu adalah menjadi seorang yang kaya dan berpengaruh. menggunakan harta yang ada untuk mempengaruhi orang lain agar menyokong kita.

Terdorong untuk mendapat kekayaan kita tidak pertimbangkan punca kekayaan bagaimana sepatutnya kita perolehi. Tidak kira apa cara sekali pun kekayaan mesti kita capai. Kitaa mesti mencapai kekayaan agar kita dihormati orang dan mendapat pengaruh yang besar.

Malangnya kita tidak diajar bagaimana mencari punca kekayaan yang akan menyelamatkan kita. Kita tidak mengambil kira punca kekayaan yang kita cari itu diredhai Allah atau tidak. Kita tidak menyemak dengan hukum. Lama kelamaan punca kekayaan yang kita perolehi itu kita lupa. Kita tidak lagi menyemak punca kekayaan yang kita hasilkan. Sekarang kita menganggap kekayaan yang kita ada adalah dari hasil yang halal.

Setelah kita menjadi kaya, kita berlagak bahawa kekayaan kita itu adalah anugerah Allah taala dan kita menjalankan aktiviti yang halal. Kekayaan yang terhasil dari punca yang tidak halal akan digunakan oleh anak cucu kita tanpa mereka ketahui punca pendapatan itu. Tidak siapa yang tahu atau ambil peduli dengan kekayaan yang kita perolehi.

Sampai bila duit dari punca tidak halal akan digunakan. Siapa yang akan menanggung semua itu. Siapa yang akan dihisab kekayaan yang perpunca dari aktiviti yang tidak halal.

Renunglah agar ia tidak terlambat. Bila dihisab tiada peguam yang dapat membantu. Walau sedekah yang banyak dan amal bertimbun ia tetap haram keran puncanya.

Lebih baik kita dalam keadaan fakir atau sekurang kurangnya hidup dalam keadaan sederhana agar kita tidak sukar bila dihisab nanti. Berhati hatilah jika kita dikurniakan kekayaan kerana ia boleh meruntuhkan iman kita. Hadiah untuk orang mukmin yang Allah beri adalah fakir. Mintalah Allah melindungi kita dari menjadi seorang kaya yang takbur. Wassalam


No comments:

Post a Comment