Pernah kita terfikir bagaimana Allah memberi kepada kita. Apa yang kita dapat bayangkan apabila kita berbincang tentang pemberian Allah. Kita meminta kepada Allah dengan harapan kita dapat apa yang kita minta tadi. Bagaimana kita harapkan pemberian yang kita minta. Dapat seperti yang kita minta. Menerima pemberian Allah seperti yang kita bayangkan?
Kita tidak sedar Allah itu maha bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yang hendak diberi, bila hendak diberi dan bagaiman nak beri kepada kita. Apakah kita terfikir pemberian Allah taala. Bagaimana kita bayangkan Allah akan memberi kepada kita. Seperti ibu memberi gula-gula bila kita memintanya? Permintaan kita dimakbul seperti yang kita minta.
Banya persoalan yang timbul disini kerana sebenarnya kita tidak tahu bagaimana Allah memberi mengikut kehendaknya. Tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan yang Dia buat. Kita tidak boleh mengharap pemberian yang Allah akan beri sama seperti kita minta. Memang itu sikap kita mengharapkan pemberian Allah seperti apa yang kita minta.
Ada juga beranggapan lain yang diminta lain yang Allah beri. Matlamat permohonan kita itu tidak tercapai. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya mendapat pemberian Allah tetapi dalam bentuk kita tidak faham. Kita menganggap kita tidak dapat apa yang kita hajati sepertimana diminta.
Kita sememangnya tidak faham dengan pemberian Allah. Kita tidak faham kerana kita terlalu jahil dengan ilmu Allah. Kita tidak layak menilai pemberian yang kita dapat. Kalau kita sedar dengan pemberian yang Allah beri bersyukurlah jika kita tidak mendapat sepenuhnya permintaan kita tadi.
Kita tidak faham kenapa Allah tidak memberi sepenuhnya permintaan kita. Ada sebabnya. Jangan dipertikai dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan terima sahaja.
Apa yang jelas Allah tidak memberi semua yang kita minta kerana kita masih berada didunia. Kita masih berada ditempat yang tidak sesuai dengan pemberian sebenar Allah kepada kita. Ada banyak lagi yang Allah hendak beri tetapi tidak sesuai dengan tempat. Itu hal utama yang kita perlu ingat dan faham.
Tempat yang tidak sesuai. Pemberian Allah itu terlalu agung yang tidak tertanggung oleh dunia tempat kita tinggal sekarang. Pemberian yang kita terima itu terbaik untuk kita semasa tinggal atas dunia ini. Kita kena akui kerana kita telah beriman dengan Allah taala. Kita kena mengakui bahawa apa yang kita dapat ini adalah bersesuaian dengan tempat dan masa. Kita akan mendapat lebih dari yang kita inginkan bila kita berada ditempat yang betul. Tempat itu ialah diakhirat. Paling tepat adalah syurga.
No comments:
Post a Comment