Showing posts with label semasa hidup. Show all posts
Showing posts with label semasa hidup. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Pertimbangkan kehadiran gagal dalam usaha kita

sekadar gambar hiasan

Kebiasaannya bila kita mendapat kejayaan dalam usaha kita rasa bersyukur akan kita panjangkan dalam doa kita selepas sembahyang. Bagaiman jika kita tiak mendapat kejayaan yang diharapkan. Apakah kita masih boleh bersyukur dengan kegagalan kita itu.

Kegagalan kita rasa adalah datang dari harapan yang diletak terlalau tinggi pastinya berjaya usaha kita lakukan. Kita meletakkan harapan untuk berjaya dan juga berharap dapat berbangga dengan kejayaan yang akan dikecapi. Harapan ini adalah suatu angan angan dan dalam masa yang sama pencapaian itu masih belum pasti kejayaannya.

Begitulah terjadinya jika kejayaan kita harapkan tidak diperolehi seperti diharapkan. Malang lagi jika kita gagal dengan teruk. Persoalan disi jika kita gagal apa reaksi kita dengan kegagalan itu.

Ramai diantara kita tidak puas hati dengan apa diperolehi dan rasa tidak adil kegagalan itu berlaku kepada kita. Kita telah melakukan terbaik malah kita rasakan itulah usaha yang paling gigih pernah kita lakukan. Kita masih gagal dan kita rasa kecewa dengan kegagalan itu.

sekadar gambar hiasan

Dari mana kegagalan itu datang. Kenapa kita gagal.Sebenarnya kita tidak pernah melihat kegagalan sebagai sebahagian dari kehidupan kita. Kita selalu melihat kegagalan itu adalah tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielak dari terkena kepada kita.

Kita diajar bagaimana mengalah dari gagal. Kita diberi gambaran bahawa kegagalan itu amat tidak bagus dan ia ditolak oleh kebanyakan manusia sebagai sesuatu tidak sepatutnya terjadi kepada kita.

Kita sudah biasa dengan memandang gagal itu sebagai tidak patut berlaku kepada kita. malang sekali gagal itu berada bersama kita walau dimana kita dan apa sekali usaha yang kita lakukan.

Kita perlu lihat gagal ini dari sudut lain. Pandang gagal ini dari sudut lebih selesa untuk kita lihat dan fikirkan peranan gagal dalam hidup kita. Kita kena faham gagal itu sebagai apa. Juga kita cuba anggap gagal itu memainkan peranan sebagai pengimbal kepada kejayaan.

Tentu kita dapat bayangkan jika kita selalu berjaya dalam usaha kita. Tidak pernah merasa gagal. Sudah pastinya kita akan merasa tidak selesa kerana hidup kita tidak ada imbal balik dengan berlawanan dengan apa kita buat. Dengan kata lain kita tidak merasa tentangan dengan kerja yang ita lakukan. 

Seorang orang kaya akan merasa bosan dengan kemewahan yang mereka ada kerana tidak merasa susah untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup mereka. Semua mereka lakukan amat mudah tiddak dapat rasakan kesukaran dan kegagalan. Bosan dengan hidup begini.

Kia lihat sekarang orang barat cuba mencari cabaran hidup kerana mereka telah merasai terlalu banyak kesenangan sehingga bosan terlalu senang tidak ada cabaran hidup.Dari itu mereka menjelajah untuk mencari cabaran dan rasa gembira jika gagal.

Kita mesti letakkan gagal itu sebagai sebahagian dari hidup kita. Gembiralah jika kita gagal kerana itu akan membuka mata kita untuk melihat lebih dalam lagi kehidupan sebenar kita. Gagal membantu kita lebih sedar arah tuju. Jangan kecewa jika kita gagal.

Pastikan kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepaa sesuatu yang kita lakukan. Berharaplah sekadar kita mempunyai kemampuan terhad dan terlebih baik bertawakkal kepada Allah kerana dari dia semua kejadian yang berlaku.

Buatlah sesuatu dengan rasa syukur jika berjaya bersyukurlah dan jika gagal itu sebahagia dari kehidupan kita. Kita mesti menerima gagal sebagai sebahagian kehidupan kita. Jangan pinggirkan gagal ini. Kita mesti pertimbangkan kehadiran gagal dalam setiap usaha kita.


Sunday, November 20, 2011

KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

 2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
Sumber :  islamituindah

Saturday, July 30, 2011

Addin: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah

Addin: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya./tulahan.blog
Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya./tulahan.blog

Saturday, June 18, 2011

Persendakan hukum Allah

utusan malaysia 15062011 cartoon hina islam

Karikator ini sebenarnya adalah menyindir pembangkang yang membantah pendakwaan terhadap Anuar dalam kes tuduhan meliwat.

Mereka ini tidak merasa bertanggungjawab terhadap hukum Allah yang telah jelas mengatakan hukum mendakwa sesaorang melakukan zina adalah dengan menampilkan saksi seramai 4 orang.

Ini telah jelas suruhan Allah dalam al Quran. karikator ini membawa kepada menyindir hukum Allah. Adalah wajar pihak kerajaan Pas Kelantan mengambil tindakan mengharamkan sebuah akhbar membuat liputan melibatkan aktiviti kerajaan Kelantan.

Kerajaan Kelantan juga menghalang akhbar ini memebuat liputan persidangan DUN yang akan berlansung nanti.

Tindakan ini bertepatan sebagai pengajaran kepada mereka jangan permainkan hukum Allah dalam apa bentuk sekali pun.

Mereka ini patut sedar jika ingin menyindir jangan menggunakan hukum Allah sebagai modal. ini adalah satu kesalahan besar dan patut bartaubat segera.

Walau ia kelihatan lucu tapi persendakan hukum bukanlah suatu yang boleh dipermainkan. Hukumnya adalah haram

Thursday, June 16, 2011

Taksub dengan TV banyak membawa musibah kesihatan

Saya menasihatkan kepada peminat TV janganlah menjadikan TV sebagai rutin harian. TV bukan saya boleh merosakkan kesihatan malah menjadikan otak kita lembab untuk berfikir . Banyak lagi kajian telah membuktikan menonton TV membawa banyak mudarat dalam hidup kita.

Pelajar juga dinasihatkan agar tidak terlalu ghairah dengan TV.

Saya petik dari DCM

[BH] NEW YORK: Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di hadapan televisyen lebih berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung, walaupun menonton hanya dua jam sehari, menurut satu kajian.

Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata kira-kira lima jam menonton televisyen, manakala penduduk Australia dan Eropah antara 3.5 jam hingga 4 jam sehari, kata penyelidik yang diketuai Frank Hu, di Sekolah Perubatan Harvard.

“Mesejnya mudah. Mengurangkan masa menonton TV adalah satu langkah penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung,” kata Hu.
Mereka yang duduk di hadapan televisyen kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat, katanya.

“Kombinasi gaya hidup duduk, diet tidak sihat dan kegemukan mencetuskan ‘satu pembiakan sempurna bagi diabetes jenis kedua dan penyakit jantung.”

Ini bukan kajian pertama dikaitkan dengan masa menonton televisyen yang mempunyai kesan penyakit.

Kebanyakan kajian mendapati kaitan yang kuat kepada obesiti dan satu laporan pada 2007 mendapati lebih banyak masa televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak obes.
Dalam kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association, Hu dan rakannya meneliti lapan kajian untuk melihat kaitan antara masa menonton televisyen dan penyakit, yang secara keseluruhan meliputi lebih 200,000 penduduk untuk tempoh purata 7 hingga 10 tahun.

Hu dan rakannya mendapati bagi setiap dua jam sehari masa menonton televisyen, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20 peratus, manakala penyakit jantung meningkat 15 peratus.

Setiap dua jam sehari masa menonton televisyen meningkatkan risiko mati sebanyak 13 peratus. Berdasarkan keputusan itu, Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton televisyen sebanyak dua jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatang, setiap tahun. – Reuters

Saturday, June 4, 2011

PAS mempunyai ahli yang sama peranan

Kepimpinan ulama tidak akan terhakis sama sekali. PAS mempunyai majlis syura dan mursyidul am mempunyai peranan yang penting dalam menjaga perjalanan PAS selaras dengan peranan Islam.

Tidak timbul PAS sudah ketepikan peranan ulama dalam pentadbiran parti. Bagi mereka yang tidak faham atau mereka yang sengaja memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat sengaja berbuat begini untuk kelirukan kefahaman.

PAS mempunyai satu bahagian yang mengawal perjalanan pentadbiran parti yang hanya dipegang oleh ulama sahaja. Ulama ini yang akan menentukan perjalanan pentadbiran parti sekali gus memberi nasihat dan teguran.

Walau PAS ditadbir oleh golongan bukan ulama, golongan ini tidak jauh dengan peranan ulama keranan mempunyai tarbiah yang cukup. Mereka ini golongan yang tahan uji dan berkarisma.

Wednesday, May 4, 2011

Faham ke tak faham ni






Saya tidak faham dengan pemerhatian mufti ini dalam soal politik Malaysia. Samada kenyataan dia ni telah diputar belit oleh UM atau dia ni memang tidak faham dengan politik semasa.

Dia sepatutnya tahu kenapa PAS tidak mahu penyatuan ini. Perlu juda dia ni perhatikan sejarah kedua dua parti ini. Jangan main hentam ikut suka.

Sekali baca mestilah nampak ada yang mahu menghalang penyatuan ini tapi kalau di semak secara mendalam barulah dia akan jumpa perkara sebenarnya.

Kenapa dia tidak secara terbuka perkatakan kepada UMNO bahawa perjuangan UMNO ini telah menyimpang kepada perjuangan memasyhurkan Islam. Tahukah dia bahawa UMNO adalah parti yang perjuangkan bangsa. Agama menjadi perkara kedua perjuangan parti mereka.

Nasihat kita tak lah laku tapi apa yang dapat dilihat disini dia ni tak buat kajian dulu sebelum buat kenyataan.

Kesihan dia ni...

Saya petik

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

"Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah".

"Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,'' katanya lagi.


Monday, March 21, 2011

Bahagi sama rata

Nak selesaikan masalah orang bukan senang kalau tak kena dengan cara. Ikut cakap A nanti B pulak yang tidak puas hati. Masing masing nak dapat kepuasan masing masing.

Saya tak tahu nak buat macam mana kerana ramai yang nak dijaga hati. Ada juga nak dapat penuh dan sebelah pihak lain nak merasa jugak habuan yang dapat. Suruh tunggu untuk habuan akan datang tak nak tunggu kerana kira nak merasa juga.

Orang sepatut mendapat habuan penuh tak puas hati kerana dia sepatutnya didahulukan kerana dikira lebih mustahak. Sekarang dah bermasam muka kerana tak puas hati dengan keputusan yang aku buat. Terpaksalah aku mereka cerita bagi menenangkan keadaan dan tidak timbul rasa tidak puas hati sangat.

Kalau diikutkan semua aku tak nak bagi kerana akan menimbulkan kekecohan bila masing berkeras untuk mendapat bahagian yang dijanjikan.

Saturday, October 2, 2010

Masyhurkan Al Quran

Saya mengajak pembaca kembali memasyurkan al quran dengan membaca setiap hari. Mulakan dengan membaca sehelai sehari. Pastikan kita meluangkan masa untuk menghabiskan sehelai sehari bacaan. Paksa diri membaca al quran walau kita masih merangkak.

Saya yakin kita akan mengalami perubahan setelah kita membaca setiap hari. Bacaan kita akan menjadi lebih lancar dan akan bertambah baik setiap hari. Kita akan merasa perubahan bacaan dalam diri kita bila kita mampu melakukan sebagai amalan harian kita.

Saya yakin kita akan menjadi semakin gemar dan rasa seolah ketagih untuk membaca walau dimana kita berada. Sehingga kita mampu menghabiskan satu juzuk sekali kita membaca. Sebulan kita mampu menghabiskan satu al quran dan kita khatam setiap bulan.

Dari amalan kita lakukan ini kita akan mengalami perubahan diri mendekati keimanan yang lebih kukuh dan kukuatan diri untuk melawan mungkar. Kita akan sentiasa mengingati untuk membaca al quran dan akan mengambil kesempatan untuk membaca bila ada peluang dan ruang masa.

Teruskan usaha kita memantapkan diri menguatkan iman dalam dada. Alamilah perubahan kehidupan kita dengan diiringi bacaan al quran walau dimana kita berada. Beginilah kita memasyurkan al quran untuk kejayaan diri kita didunia ini.

Janganlah kita hiraukan mereka masih belum mahu mengubah diri kerana peluang yang datang kepada kita ini adalah pemberian dari Allah. Kita berdepan dengan Allah secara peribadi. Setiap apa yang kita lakukan adalah urusan kita dengan Allah.

Lakukanlah ibadat kita secara peribadi dengan Allah tuhan yang menciptakan kita dan memberi perhatian kepada kita juga secara peribadi. Allah menguruskan kehidupan kita secara peribadi terus antara kita dan Dia.

Setiap doa yang kita panjatkan adalah antara kita dan dia. Setiap permintaan yang kita lakukan seolah hanya kita dan Dia. Sehingga kita rasakan hanya kita dan Dia yang wujud dalam alam ini. Berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa seolah setiap urusan yang kita lakukan hanya untuk khidmat kita kepada Nya.

Kita tidak mampu membohongi Allah kerana setiap cetusan fikiran kita dalam pengetahuan Allah. Apa saja yang kita fikirkan kita berdepan dengan Nya. Dia tahu apa yang kita buat dan Dia tahu apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Mintalah kepada Nya kerana Dia ada apa yang kita perlukan. Hanya Dia yang mempunyai keperluan hidup kita. Walau kita minta kepada yang lain Dia sebenarnya yang memberi. Allah maha memberi.

Janganlah kita menipu diri sendiri dengan berhajat kepada selain Allah. Jangan diharapkan benda dan sesiapa didepan kita memberi kepada kita. Mereka itu pun Allah yang beri.

Ayuh kita mulakan perubahan diri dengan membaca dan memasyurkan al quran. Wassalam

Sunday, August 8, 2010

Nafsu

Dalam bulan Ramadhan hanya tinggal nafsu sahaja yang akan menggoda kita melakukan perkara mungkar. Tanpa kita sedari perkara mungkar masih lagi kita lakukan walau syaitan yang direjam telah dibelenggu oleh Allah.

Kita masih mampu melakukan dosa tanpa godaan dari syaitan. Kenapa nafsu tidak dibelenggu sama seperti syaitan yang Allah belenggu selama bulan Ramadhan. Hanya Allah saja yang maha Mengetahui. Apa yang pasti kita masih lagi akan berdepan dengan halangan dalam melakukan ibadat.

Rasulullah pernah bersabda selepas memenangi satu peperangan kita akan berdepan dengan satu lagi peperangan yang lebih besar iaitu perang dengan nafsu. Nafsu masih berada bersama kita walau dalam keadaan macam mana sekali pun.

Menjalankan ibadat puasa adalah kerana mengekang nafsu dari terus menggoda kita melakukan kemungkaran. Saya tidak ada ilmu memberi gambaran tentang nafsu namu yang pasti perbuatan kita yang menyalahi dengan hukum yang didorong melakukannya adalah perbuatan nafsu.

Ada kalanya peruatan kita tidak disedari melakukan kemungkaran kerana sebelum ini kita tidak memberi perhatian tentang hukummelarang kita melakukan kemungkaran tersebut. Walau kita tahu perbuatan kita itu adalah satu kemungkaran disebabkan kita tidak menghiraukan hukum Allah, maka perbuatan mungkar itu menjadi kebiasaan kita.

Oleh kerana kebiasaan kita melakukan mungkar kita tidak akan merasai selesa dengan ibadat puasa yang terpaksa kita lakukan yang banyak bertentangan dengan amalan biasa kita lakukan sebelum ini. Kita tidak selesa dengan sekatan dan larangan yang dikenakan kepada kita dan merasa susah menjalani kehidupan biasa kita.

Ramai masyarakat yang terbiasa dengan melanggar hukum yang diteapkan Allah gelisah dengan kehadiran Ramadhan.

Nafsu pada fahaman saya adalah kebiasaan amalan kita dalam kehidupan yang bertentangan dengan hukum Allah. Dorongan melakukan perbuatan bertentangan dengan larangan Allah menjadi sebati dengan amalan erterusan dilakukan tanpa ada batasan. Bila dipaksa melakukan perkara yang terbatas dan dengan terpaksa menuruti hukum Allah. Mereka menjadi gelisah dan memberontak mencari peluang untuk melanggar hukum yang terpaksa mereka ikut.

Jika mereka melanggar dan dapat ditangkap perbuatan itu, mereka akan didenda dengan hukuman didunia danmenunggu mereka hukuman seterusnya diakhirat nanti.

Nafsu ini dapat dilemahkan dengan berpusa dan menurut hukum yang Allah tentukan kepada setiap manusia. Jika manusia tidak mampu melakukan ibadat dat menurut hukum Allah ini maka mereka ini akan terjerumus dengan kehancuran hidup didunia ini digoda menurut kehendak nafsu dan kehadiran syaitan selepas Ramadhan ini akan memburukkan lagi kehidupan manusia ini.

Nafsu akan sentiasa berada bersama manusia tidak kita masa dan tempat. Hanya manusia yang beriman sahaja mampu mengurangkan godaan nafsu ini dari mengajak kita melakukan mungkar.

Berdepanlah dengan nafsu sebaiknya Ramadhan ini. Jangan jadikan nafsu sebagai pilihan perbuatan yang hendak kita lakukan. Jiak kita tidak mahu lakuakn dengan nekad nafsu tidak mampu menghalang dan menggoda kita. Amalakan perbuatan yang bertentangan dengan kebiasaan perbuatan yang diringi dengan nafsu.

Kenali betul betul nafsuini kerana ia adalah perbuatan kitan yang biasa kita lakuakan. Jika kita telah tinggalkan perbuatan yang melibatkan nafsu, maka nafsu tidak mampu bersama kita lagi. Perbuatan yang mungkar adalah perbuatan yang melibatkan nafsu dan syaitan.

Friday, August 6, 2010

Syaitan Dan Nafsu

Mengambil kesempatan dalam minda ini yang terfikir tentang diri kita yang sering melakukan dosa dalam hidup kita seharian. Tambahan lagi kita hampir dengan puasa akan ada rintangan untuk kita melakukan ibadat. Banyak rintangan yang akan kita hadapi kerana kita tidak melakukan ibadat puasa sepanjang sebelas bulan yang lepas. Puasa bukan perkara rutin ibadat yang kita amal sepanjang setahun hidup kita. jadi puasa tidak memberi suatu ibadat yang ringan dalam amalan kita.

Kalau kita perhatikan kehidupan kita seharian, kita akan berdepan dengan pengaruh bisikan syaitan yang sentiasa menjurus kita melakukan kesilapan dan sekali gus dosa kepada Tuhan. Setiap manusia akan diserang oleh syaitan yang akan merosakkan pemikiran kita supaya gemar dengan kelakuan yang dilarang Tuhan. Samada kita dalam keadaan sedar atau tidak, kita melakukan dosa yang ditegah agama.

Bagi manusia yang tidak banyak pengetahuan dalam hukum dan pelajaran agama amat mudah melakukan dosa tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa. Oleh kerana terlalu biasa dengan melakukan dosa mereka tidak tahu lagi mana yang baik dan mana yang tidak baik. Perbuatan mereka adalah jika tidak mendatangkan mudarat kepada diri mereka itu boleh dilakukan. Seperti apa yang dilakukan oleh orang kafir sekaran ini. Walau pun dalam Islam tidak membenarkan perbuatan itu, tapi jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat ( pada pendapat mereka ) perkara itu boleh dilakukan.

Kembali kita kepad perlakuan kita yang kita kira dan adanya kita tidak tahu bahawa itu adalah satu kesalahan dalam hukum. Dalam satu peristiwa zaman Rasulullah dulu selepas balik dari perang Rasulullah berkata kita akan berdepan dengan setu lagi perang yang lebih besar selepas ini. Sahabat bertanya kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab kita akan berperang dengan nafsu kita sendiri. Itulah perang yang lebih besar dari perang yang kita menang sekarang.

Kita pasti paham bahawa kita sekarang ini mempunyai dua serangan yang akan membawa kita kepada kemusnahan dan akan mendapat dosa dari perbuatan kita itu. Pertama kita akan dipengaruhi oleh syaitan dan kedua kita akan bertembung dengan nafsu kita sendiri yang mana sabda Rasulullah mengatakan perang yang lebih besar dari perang menentang musuh Islam.

Syaitan kita tahu bila datang bulan Ramadhan Allah akan menggari dan tidak akan dapat menggoda manusia selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaiman dengan nafsu kita. Adakah nafsu kita dibelenggu juga bersama syaitan. Tidak. Nafsu kita akan bersama kita juga dalam bulan Ramadhan. Nafsu akan merosakkan kita jika kita tida membendung serangan dan godaan dalam Ramadhan ini.

Kita tidak sedar bahawa walau syaitan tidak ada dalam Ramadhan namun nafsu masih ada untuk menggoda kita melakukan perkara mungkar dalam bulan suci penuh dengan keberkatan. Ramai manusia yang kalah dengan nafsu dan perangai mereka sama seperti bulan bulan yang lain. Ini bermakna walau syaita dibelenggu sekali pun mereka tidak terlepas dari bersikap seperti syaitan bersama mereka.

Walau pun syaitan tida bersama manusia selama sebulan sikap sebahagian manusia masih lagi seperti syaitan aa bersama mereka. Mengapa ini masih berlaku sedangkan godaan syaitan tidak lagi mengganggu mereka. Ini memberi gambaran bahawa godaan nafsu mereka cukup kuat dan godaan itu sekuat godaan syaitan. Walau pun syaitan tidak ada nafsu masih boleh merosakkan manusia melakukan dosa dan kejahatan. Kita boleh lihat masih ramai manusia melakukan dosa dalam bulan Ramadhan dengan tidak berpuasa dan berbagai maksiat sepanjang Ramadhan.

Betapa kuatnya manusia digoda dengan rintangan untuk mendapat kasih Allah. Setiap saat manusia akan berdepan dengan pengaruh kejahatan dan kemungkaran dalam hidup mereka. Bayangkan jika umat nabi Muhammad hidup sehingga beratus atau beribu tahun berapa banyak dosa yang akan dilakukan oleh manusia ini.

Bagi manusia yang berazam akan menjalankan ibadat puasa Ramadhan ini sedarlah bahawa kita masih akan berdepan dengan rintangan dalam ibadat kita Ramadhan ini. Berhati hatilah dengan tindakan kita terutama sikap kita yang sentiasa melakukan dosa dosa kecil mata, telinga, mulut. tangan, kaki juga hati sendiri. Alihkan perhatian anggota kita dengan banyak menghadiri majlis ibadat di masjid dan cuba dapatkan rakan rakan bertadarus al Quran bergilir gilir bagi mengisi masa dengan kegiatan yang mengurangkan peluang nafsu kita mengambil bahagian dalam hidup kita.

Monday, July 12, 2010

Pengalaman Penagih Dadah

Pernah suatu ketika dulu berbual dengan seorang peniaga pasar malam dan seorang penagi dadah. Saya tidak mahu sebut disini dadah jenis apa yang digunakan. Banyak pengalaman yang dicurahkan kepasa saya dalam perbualan singkat itu.

Saya merasa kesihan kepada adik ini kerana dia tidak tahu pun bahawa dadah yang diambil itu akan membuat dia tidak dapat meninggalkan sehinga hari ini. Telah 5 tahu dia menjadi penagih. Sehingga sekarang dia masi tidak dapat meninggalkan ketagihan walau bermacam cara dilakukan.

Dalam masa yang sama dia malu jika diketahui orang kerana dia dianggap seorang yang berjaya dalam kerjaya yang diceburinya selama sepuluh tahun yang lalu. Semua rakan-rakan menganggap dia telah menemui gaya hidup sebagai seorang peniaga.

Dalam dia bercerita dia mengimbas kembali kali pertama dia mengecap dadah ini waktu dia pergi membeli barang untuk stok jualan di sempadan Thailand. Dia tidak sangka dadah yang ditawarkan kepadanya oleh kawan yang membantunya membawa keluar dari sempadan akan membawa kepada kemusnahan hidupnya.

Pada masa dia mencuba dadah itu kawan dia mengatakan bahawa itu adalah ubat untuk memberi tenaga dan ketenangan berfikir jika kita dalam keadaan kesibukan waktu kita menguruskan kerja kita bagi mengelak kita cepat letih dan mengalami gangguan dalam pengurusan.

Kali pertama dia mencuba dadah ini terus memberi kesan seperti diberitahu oleh rakannya itu. Dia terus mempercayai kata-kata kawannya dan meminta untuk mendapatkan bekalan yang lebih banyak lagi kerana dia dating kesempadan dalam sebulan sekali. Bekalan yang diperolehi dengan harha 200 ringgit untuk satu tiup kecil.

Dia merasa kesal kerana tidak perasan bahawa benda yang dia ambil itu adalah dadah. Setelah sebulan mengambil dadah yang tidak diketahui itu barulah dia sedar bahawa benda yang dia ambil itu adalah dadah. Dia menyedari kerana terasa tidak dapat meninggalkan dadah itu dalam kehidupan sehari-hari. Paling malang sekali dia menyambung bekalan itu setiap kali dia pergi kesempadan untuk mendapatkan bekalan barang untuk stok jualannya.

Sehingga hari ini dia merayu kepada saya jika ada cara yang terbaik untuknya pulih dari ketagihan. Saya berjanji kepadanya untuk membantu sedaya yang mungkin. Kalau perlu dia berada disatu tempat demi memulihkan ketagihan ini, dia akan pergi. Dia tidak sanggup lagi berada dalam keadaan begini.

Saya doakan dia berjaya dengan usaha untuk memulihkan dirinya. Dalam masa yang sama saya mendapatkan khidmat seorang yang pandai untuk membantu dia dengan memberi ubat melalui airuntuk diminum bagi mengurangkan rasa ketagihan. Harapan saya dia dapan melawan ketagihan disamping doa orang-orang yang menyayanginya.

Saturday, July 10, 2010

Rawatan jantung terbaru

Saya baru menonton Majalah TV3 sebentar tadi memaparkan bagaimana kemajuan sains perubatan berjaya mencipta satu mesin untuk mengubati pesakit jantung. Perubatan ini tidak memerlukan pesakit jantung dibedah seperti yang kia bayangkan bila kita diisytiharkan sebagai pesakit jantung.

Alat ini dipanggil ESMR yang dicipta di Jerman. Alat ini difahamkan berharga RM2.5 juta. Buat masa ini alat ini hanya ada satu sahaja di Malaysia. Ia akan ditambah untuk masa hadapan bagi memenuhi permintaan pesakit jantung yang semakin bertambah dan ramai diantaranya tidak dapat dibedah atas faktor kesihatan lain.

Alat ini hanya memancarkan kejutan letrik kepada pesakit dalam 500 kali setiap rawatan. Pesakit hanya tidur diatas katil tidak merasai apa-apa semasa proses kejutan elektrik dijalankan. Dalam proses perubatan ini pesakit tidak perlu lagi dibrdah seperti prosidur biasa pesakit jantung.

Pesakit tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk rawatan kerana rawatan yang diberi kos rawatannya mungkin lebih rendah . Selain itu kadar keselamatan untuk rawatan sakit jantung lebih tinggi.

Saya merasa gembira kerana terdapat rawatan yang lebih baik telah tercipta dan ini akan memberi harapan baru kepada pesakit jantung di Malaysia. Difahamkan puluhan ribu pesakit jantung di Malaysia akan mendapat rawatan ini kerana ramai pesakit jantung di Malaysia berisiko menjalani pembedahan. Dengan cara ini akan mengurangkan kadar kematian yang akan berlaku akibat tidak dapat menjalani pembedahan.

Buat masa ini ramai pesakit jantung tidak dapat menjalani pembedahan kerana berisiko waktu pembedahan disebabkan pelbagai masalah. Dengan adanya cara perubatan pesakit jantung yang baru ini akan memberi kadar kematian yang rendah bagi pesakit jantung. Lebih ramai pesakit jantung dapat diselamatkan tanpa melalui proses pembedahan.

Diharap pihak kementerian kesihatan dapat menambahkan lagi mesin perubatan bagi pesakit jantung dan dalam masa yang sama kos pembedahan dapat dikurangkan.

Tuesday, May 25, 2010

Hidup Kita Bergerak laju

Banyak yang kita tertinggal dalam hayat kita ini. Kita sering terlepas pandang dalam menjalani hidup yang singkat ini. Mengapa ini berlaku kepada kita, kerana kita terlalu sibuk mengejar keduniaan yang tidak pernah sempurna. Kita mengejar kesempurnaan dalam hidup ini untuk mencapai keinginan yang kita impikan.

Kita tidak melihat kiri dan kanan hanya menumpu kepada sasaran. Tidak sedar kita telah banyak ketinggalan dalam kehidupan ini. Kita tidak perhati betul betul perjalanaan hidup kita. Kita mengejar keinginan kita tanpa melihat adakah kita berada di laluan yang betul.

Cuba kita perlahankan perjalanan hidup kita. Tentu banyak yang dapat kita perhatikan daripada bergerak terlalu laju sehingga kita tertinggal perkara perkara yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada kita.

Bagaimana caranya. Ini sebagai cadangan kerana saya menempuh pengalaman dan ingin berkongsi dengan pembaca.

Kita intirehat sekejap dari melakukan kerja yang kita lakukan seharian. Jika kita seorang pengajar, kita rehat sekejap dari mengajar. lihat kembali apa yang kita ajar kepada anak murid kita. Lihat dari segenap sudut dari mula kita mengajar hingga kita habis waktu mengajar kita.

Apa yang kita lihat dari pemerhatian kembali tugas yang kita lakukan tadi. Tukar dari seorang pelakun kepada seorang penonton. Apa yang kia perhatikan. Saya yakin kita dapat lihat perbuatan kita. Apa yang penting kita dapat menilai kerja yang kita lakukan itu dari sudut seorang penilai. Dari apa yang kita perhatika kita akan sedar apa yang kita lakukan itu memberi satu penilaian kepada kita. Tidak kiralah apa yang kita nilai, apa yang penting kita telah perlahankan perjalanan kita dengan memerhatikan hidup kita semasa kita sedang berjalan.

Banyak lagi akan kita dapat lihat jika kita tidak terlalu laju hidup kita bergerak. Banyak yang dapat kita lihat diri kita sendiri. Seolah olah kita sedang menonton hidup kita.

Berhentilah sekejap dalam sehari menilai diri kita semula. Saya cadangkan kita sembahyang jemaah dimasjid, selepas sembahyang jangan bangun lagi. bersila dulu disitu jangan buat apa apa. Lihat saja disekeliling kamu. Jika ada yang sedang sembahyang, anggap kamu yang sedang sembahyang. Apa yang kamu dapat bila melihat kamu sedang sembahyang.

Lihat lagi disekeliling kamu jika kamu disitu. Kamu lihat seorang yang sedang meminta sedekah, bagaimana jika kamu disitu. Apa yang kamu fikirkan. Jika melihat seorang sedang melakukan kejahatan pada diri sendiri, bagaiman jika kamu disitu. Kamu hanya memerhatikan saja tidak melakukan apa apa. Hanya perhatikan saja. Kamu akan terfikirkan sesuatu.

Saya tidak mahu menafsir apa yang akan kamu fikirkan tapi kamu lakukan dan kamu akan tahu apa nanti yang kamu akan fikirkan.

Apa yang saya boleh katakan disini adalah kamu sepatutnya tersedar bahawa kamu sedang diperhatikan dari luar hingga dalam hati kamu. Allah sedang memerhatikan kamu.

Sama juga orang yang kamu perhatikan itu tidak sedar kamu sedang memerhati dia dan tahu apa yang dilakukan. sedangkan dia tidak tahu kamu sedang memerhati dia. Begitulah kamu dengan Tuhan kamu. kamu lakukan sesuatu seolah tiada siapa yang tahu sedangkan kamu sedang diperhatikan. Wassalam

Friday, May 21, 2010

Doa Belum Makbul

Bagaimana perasaan kita bila kita berdoa kepada Allah, doa kita tidak dimakbulkan. Kita terdesak dengan masalah yang menimpa. hanya Allah saja yang mampu memberi pertolongan. sedangkan doa kita tidak lagi dimakbulkan Allah.

sukarnya kita waktu itu desakan hidup memaksa kita selesaikan masalah dengan segera sedangkan kita tidak mampu melakukan. kemampuan kita terlalu terhad dan amat terhad. Tidak ada siapa yang dapat membantu kita waktu itu melaikan doa kita kepada Allah.

Betapa teruknya kita akan berdepan dengan akibat yang akan menimpa kita tidak dapat kita bayangkan. Aib dimata masyarakat tak dapat dibayangkan. Nama baik kita yang kita jaga selama ini akan tercemar sekelip mata. makin banyaklah orang memperkaakan tentang diri kita yang ditimpa musibah memalukan.

dari apa yang berlaku diatas dimanakah Allah waktu ini. Dimanakah pertolongan Dia ketika kita dalam kesusahan. Mengapa Allah tidak menolong kita yang dalam kesusahan sedangkan kita sering berdoa dan mengabdikan diri kita kepada Nya. Dimana Janji Allah akan memakbulkan doa hambanya.

Disini lah keimanan kita teruji. inilah bezanya kita dari manusia yang lain. Walau manusia lain tidak beriman kepada Allah, tapi mendapat kurniaan Allah sehingga tidak terguna dan membazir lagi. Kita yang dalam keadaan terdesak tidak mendapat kurniaan begitu walau berpuluh kali meminta dan melakukan ibadat seperti yang diajar sepanjang masa.

Kesabaran kita menjadi perkara pokok dalam hidup kita waktu ini. Kamu perlu sedar bahawa kamu terpilih oleh kebesaran Allah. allah memilih kamu untuk mendapat kurniaan Nya bukan didunia ini tetapi diakhirat nanti. pemberian Nya terlalu besar sehingga tidak layak diturunkan dimuka bumi ini. Bumi ini tidak layak menerima kunjungan kurniaan Allah yang terlalu mulia. Bagaimana ianya mampu menghampiri kamu sedangkan kamu sedang berada didunia nyang kotor ini.

Bukan senang menerima dugaan yang menimpa tanpa bersungut dan berkecil hati dengan Pencipta kita kerana tidak didatangkan pertolongan Dia kepada kamu ketika kamu dalam kesusahan. Bukan kamu tidak layak menerima pertolongan Allah tetapi kamu terlalu mulia dan pertolongan yang Allah hendak beri terlalu mulia nilainya. Buakn disini pemberian itu akan diberikan tapi satu tempat yang sesuai dan dapat menerima kunjungan pemberian Allah. Tempat yang dimaksudkan adalah akhirat nanti.

Musibah dan kesukaran yang menimpa kamu itu perlulah diiringi dengan doa agar kamu tidak terjerumus kelembah yang hina dan merugikan kamu diakhirat nanti. Janganlah kamu terpesong akidah disebabkan musibah yang menimpa. Mintalah Allah selamatkan kamu dari runtuhnya iman kamu dan selamatkan kamu dari shirik kepadanya. Itu adalah sebesar besar kerugian keatas kamu kerana Allah tidak menerima kamu sebagai hambaNya keran shirik kepada Nya. Kamu akan berakhir dengan neraka jahanam atas perbuatan kamu itu.

Rugilah kamu dengan ibadat yang kamu lakukan selama ini berakhir dengan kamu tidak lagi mempercayai ketuhanan Allah. Berdoalah agar kamu diberi kekuatan kesabaran untuk menempuh musibah ini. Kamu tidak tahu apa akan terjadi dihadapan kamu nanti. Bila kamu dibuka hati melihat kebenaran dari kejadian, kamu akan menyesal selamanya.

Ada juga pertolongan Allah berikan kepaa kamu tetapi kamu tidak tahu atau tidak sedar bahawa kamu telah diselamatkan atau dimakbul doa yang kamu minta, Disebabkan kamu terlalu bodoh dengan ilmu Allah, kamu tidak mampu mentafsir pertolongan yang telah Allah berikan kepada kamu.

Berjumpalah orang yang lebih arif tentang ilmu Allah jika kamu ingin selamat didunia dan akhirat. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Sunday, May 9, 2010

Tugas kamu terhadap Allah

Apa yang Allah suruh engkau buat, engkau buat sajalah. Janganlah persoalkan suruhan yang Allah sediakan untuk kamu. Kamu tidak tahu kenapa Allah suruh kamu buat. Allah tidak suruh kamu sia-sia. Allah akan beri kamu ganjaran yang begitu besar kalau kamu mengetahui.

Setiap suruhan yang Allah berikan pasti ada ganjaran yang Allah sediakan untuk kita. Kalau Allah tidak mahu berikan ganjaran pun tidak menjadikan apa-apa kepada kebesaran Allah. Allah memberi atas kesih dan sayang Dia kepada kamu kerana menuriut perintahNya. Allah tidak akan kehabisan pemberian walau sebanyak mana suruhan yang engkau buat dan Allah tidak akan bermasalah dengan pemberian yang Dia janjikan kepada kamu. Allah maha kaya dengan pemberian yang tidak terhingga banyaknya jika kamu mengetahui.

Janganlah kamu sangsi dengan pemberian yang Allah janjikan kepada kamu. Dia maha menepati janji. Dia tidak ada masalah dengan menunaikan janji yang diberiNya. Bukan sifat Allah jika Allah berkira dengan pemberian dan janji Nya kepada kita.

Kamu seorang manusia yang bersifat hamba perlu faham dan tahu bahawa tugas kamu adalah menurut perintah. Setiap perintah yang ditujukan kepada kamu tidak boleh kamu persoalkan kerana kamu tidak berhak. Allah tahu apa yang diperintahkan kepada kita. Dengan sifat pengasih dan penyayang Allah tahu setiap perintahnya.

Kita tidak perlu persoalkan kerana kita tidak akan faham dengan perintahNya. Tidak pewrlulah kita memahami dengan tugas yang kita perlu buat. Allah maha mengetahui dengan perintahNya.

Lakukan sajalah wahai manusia. Jangan kamu menjawdi seperti yahudi yang banyak mempersoalkan suruhan Allah sehingga menyusahkan diri sendiri kerana dihalau dari negeri sendiri. Sehingga sekarang tidak ada bumi yang sah untuk mereka duduki.

Setiap yang Allah suruh itu ada pemberian yang akan disediakan untuk kita. Allah suruh kita buat dan Allah berikan ganjaran kerana menurut perintah. Bukan murah ganjaran yang diberi keran kita sediri tidak mampu menyediakan walau sekaya mana kita.

Janganlah kamu ragu dengan kebesaran Allah. Banyak bukti yang kamu boleh dapat. Setiap perkara yang ada didepan mata kamu adalah menjurus kepada kebesaran Allah taala. Kamu saja yang tidak faham dengan apa yang kamu lihat.

Allah turunkan kepada kamu petunjuk untuk hidup dimuka bumi ini kerana Allah tahu tugas kamu berat untuk menjalankan tugas yang diperintah keatas kamu. Jalankan saja tugas yang diperintah pasti kamu akan selamat.

Thursday, May 6, 2010

Pemberian Allah

Pernah kita terfikir bagaimana Allah memberi kepada kita. Apa yang kita dapat bayangkan apabila kita berbincang tentang pemberian Allah. Kita meminta kepada Allah dengan harapan kita dapat apa yang kita minta tadi. Bagaimana kita harapkan pemberian yang kita minta. Dapat seperti yang kita minta. Menerima pemberian Allah seperti yang kita bayangkan?

Kita tidak sedar Allah itu maha bijaksana. Dia lebih mengetahui apa yang hendak diberi, bila hendak diberi dan bagaiman nak beri kepada kita. Apakah kita terfikir pemberian Allah taala. Bagaimana kita bayangkan Allah akan memberi kepada kita. Seperti ibu memberi gula-gula bila kita memintanya? Permintaan kita dimakbul seperti yang kita minta.

Banya persoalan yang timbul disini kerana sebenarnya kita tidak tahu bagaimana Allah memberi mengikut kehendaknya. Tidak ada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan yang Dia buat. Kita tidak boleh mengharap pemberian yang Allah akan beri sama seperti kita minta. Memang itu sikap kita mengharapkan pemberian Allah seperti apa yang kita minta.

Ada juga beranggapan lain yang diminta lain yang Allah beri. Matlamat permohonan kita itu tidak tercapai. Kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya mendapat pemberian Allah tetapi dalam bentuk kita tidak faham. Kita menganggap kita tidak dapat apa yang kita hajati sepertimana diminta.

Kita sememangnya tidak faham dengan pemberian Allah. Kita tidak faham kerana kita terlalu jahil dengan ilmu Allah. Kita tidak layak menilai pemberian yang kita dapat. Kalau kita sedar dengan pemberian yang Allah beri bersyukurlah jika kita tidak mendapat sepenuhnya permintaan kita tadi.

Kita tidak faham kenapa Allah tidak memberi sepenuhnya permintaan kita. Ada sebabnya. Jangan dipertikai dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan terima sahaja.

Apa yang jelas Allah tidak memberi semua yang kita minta kerana kita masih berada didunia. Kita masih berada ditempat yang tidak sesuai dengan pemberian sebenar Allah kepada kita. Ada banyak lagi yang Allah hendak beri tetapi tidak sesuai dengan tempat. Itu hal utama yang kita perlu ingat dan faham.

Tempat yang tidak sesuai. Pemberian Allah itu terlalu agung yang tidak tertanggung oleh dunia tempat kita tinggal sekarang. Pemberian yang kita terima itu terbaik untuk kita semasa tinggal atas dunia ini. Kita kena akui kerana kita telah beriman dengan Allah taala. Kita kena mengakui bahawa apa yang kita dapat ini adalah bersesuaian dengan tempat dan masa. Kita akan mendapat lebih dari yang kita inginkan bila kita berada ditempat yang betul. Tempat itu ialah diakhirat. Paling tepat adalah syurga.

Tuesday, May 4, 2010

Ketenangan Dalam Sembahyang

Sesibuk mana pun kita bekerja bila kita berada atas tikar sejadah hilang kesibukan itu. Ramai masyarakat yang tidak sedar ketenangan dalam sembahyang. Mereka tidak tahu dengan sembahyang mereka dapat menenangkan jiwa mereka yang dalam kesibukan. Dalam sembahyang kita dapat mengembalikan ketenangan jiwa. Ini akan memberi kita masa yang baik dalam tugas harian.

Masyarakat tidak mengambil keutamaan dalam tuhgas seharian mendahulukan sembahyang bila tiba waktunya. Masyarakat lebih rela menghabiskan kerja yang kononnya belum siap dulu sebelum menunaikan kewajipan hidup ini. Apa yang mereka lakukan adalan mengutamakan keduniaan yang bersifat sementara. Masyarakat seolah tidak faham dengan situasi sebenar yang sepatut mereka jalani kehidupan dengan mendahului dan mementingkan suruhan Allah.

Hal ini menjadi perkara biasa dalam hidup. Menyiapkan kerja dulu barulah tunaikan sembahyang itu pun kalau masih ada waktu untuk bersolat. Jika waktu telah luput solat itu ditinggalkan saja. Tidak ada apa-apa penyesalan bagi mereka. Tertinggal solat waktu bukan perkara penting yang perlu diambil berat. Kalau tertinggal ada lagi esok. Ini bukan perkara penying untuk difikirkan.

Meninggalkan solat menjadi kebiasaan kepada masyarat yang sibuk bekerja. Mereka tidak sedar dalam sembahyang memberi ketenangan kepada mereka kerana solat ada kelebihan yang amat tinggi.

Bila kita bersolat diri kita berhenti berhubung dengan dunia. Kita tidak lagi bergerak seperti biasa, kita tida lagi sibuk atau kusut fikiran. Dalam solat kita merasa ketenangan dan aman. Setiap kali kita mengankat takbir kita seolah meninggalkan urusan dunia ini dengan segala macam kesibukan. Kita boleh merasai sendiri bila kita mengakat takbir. Rasailah dengan mata hati kita yang amat dalam. Kita tenang dalam sembahyang.

Kita berehat waktu kita mendirikan solat. Dalam solat kita menyusun semula jiwa kita untuk berdepat dengan urusan dunia. Bila kita sewlesai mendirikan solat kita kembali bersemangat untuk menguruskan kerja kita dan urusan dunia yang lain.

Sbab itulah ulam mencadangkan kepada kita bila kita dalam kesukaran hendaklah kita berundur sekejap dengan mendirrikan solat sunat aga kita kembali tenang untuk berdepan dengan masalah dinia. Semoga Allah memberi kemenangan kepada kita dan hidayat dengan kebesaranNya

Sunday, May 2, 2010

Pemunya dan Pemilik

Banyak perkara yang kita perlu fahami dalam hidup kita ini. Kebanyakan kita tidak faham dengan apa yang berlaku didepan mata kita. Tindak balas yang kita beri tidak membawa kita kepada pengakhiran yang baik.
Ramai dari kita membuat keputusan yang terburu buru. Beranggapan itulah tindakan yang terbaik dilakukan. Tidak sedar dengan persekitarean yang tidak memihak kepadanya. Persekitaran tidak dapat menerima dengan tindakan yang twlah dilakukan.

Sukar difahami dengan resam kehidupan dunia ini. Ramai manusia gagal memahaminya. Ramai yang menganggap tindakan itu tepat dengan pemikiran yang ada pada meraka. Bagi mereka apa yang mereka lakukan adalah terbaik dikalangan manusia bijak. Tanpa disedari masih ada kebijaksanaan yang lebih bijak dari mereka.

Mereka tidak tahiu bahawa kebijaksanaan itu bukan milik mereka. Kebijaksanaan itu milik Allah. Ketuhanan yang tidak ramai manusia yang mengaku bijak mengakui masih banyak pengajian yang perlu mereka cari.
Manusia mencari kehidupan untuk kebaikan dalam hidup ini. Dimana kita nak dapatkan kehebatan hiduptas muka bumi ini. Dimana kita perlu mulakan pencarian kita. Tentu ramai yang memberi jawapan yang berbagai. Tapi yang pastinya belum tentu jawapan itu adalah yang terbaik.

Cuba kita lihat sekeliling. Milik siapakah apa yang kita lihat ini. Cuba kita beri jawapan sendiri sebelum kita bertanyakan kepada orang lain. Mampukah kita jawab pemilik. Pernahkah kita diberitahu pemilik yang berhak keatas benda yang kita lihat itu.

Kita diberitahu rumah itu milik sianu. Kita percaya kerana kita pernah melihat sianu itu tinggal dirumah itu. Kalau kita tidak pernah melihat sianu itu tinggal disitu tentu kita tidak percaya dengan perkabaran itu. Kita perlu mendapat pendapat orang lain kerana untuk sokongan adakah betul rukah itu milik sianu.
Jika pendapat lain bersetuju dengan apa yang dikabarkan itu, kita akan percaya rumah itu milik sianu. Dengan sokongan pendapat kita dapat percaya bahawa pemilik rumah itu.

Bagaimana jika kita diberai perkabaran baru bahawa rumah itu dipunyai oleh orang lain dan sianu itu hanya menumpang atau menyewa saja rumah itu. Dengan kata lain sianu tadi hanya pemilik sementara sahaja rumah itu. Rumah itu dipunyai oleh pemunya yang sah. Sianu juga mengesahkan bahawa dia adalah pemilik sementara sahaja kerana rumah itu dipunyai oleh orang lain.

Kini kita telah mendapat dua katagori yang berhak keatas rumah itu. Satu pamilik sementara dan satu lagi pemunya kekal dan mutlak. Orang yang berhak secara mutlak adalah pemunya dan orang yang berhak secara sementara adalah pemilik.

Disi kita kena faham dan dapat membezakan antara pemilik dan pemunya. Kedua dua ini mempunyai hak keatas rumah itu tetapi hak sebenar adalah yang digelar pemunya. Pemilik akan mengembalikan kepada pemunya setelah pemilik selesai menggunakan atau menduduki rumah itu kepada pemunya. Pemunya pula akan mencari pemilik baru untuk mendiami rumah itu.

Kita yang melihat semua itu perlu memahami bahawa walaupun pemilik berhak keatas rumah itu yang memberi makna pemilik hanya diberi amanah menduduki rumah itu dan menjaga kedaulatan rumah itu seperti yang dipersetujui antara pemunya dengan bakal pemilik.

Pemilik rumah itu perlu mempertahankan rumah itu seperti yang dikehendaki oleh pemunya. Pemilik berhak keatasw rumah itu tetapi bukan memunyai rumah itu. Orang lain yang memunyai rumah itu. Pemilik tidak boleh mengaku bahawa rumah itu adalah hak mutlak pemilik dan bebas keatas rumah itu. Itu adalah kesalahan. Pemilik telah melanggar perjanjian dengan pemunya. Pemunya berhak menegur atau melakukan sepatutnyan atas kesilapan yang dilakukan oleh pemilik tadi.

Kita terjemahkan kepada kehidupan kita didunia ini. Kita adalah pemilik menduduki dunia ini dengan perjanjian yang kita telah buat dengan pemunya ( Allah Taala ) dunia ini. Kita kena sedar bahawa kita hanya pemilik yang diamanahkan menjaga kedaulatan dunia ini sebaik mungkin.

Kita diberi amanah untuk menjaganya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah taala. Penulis menggapkan pembaca telah memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis.

Kembali kita kepada kesahan pemunya kepada apa yang kita lihat tadi. Kita hanya faham bahawa yang kita lihat itu adalah pemunya. Kita tidak sedar apa yang kita lihat tu ada pumunya mutlaknya. Pemilik yang kita anggap pemunya itu tidak kekal disitu. Ia akan diganti dengan pemilik baru. Pemilik akan berganti setiap masa sehingga dunia ini berakhir.

Hanya pemunya yang kekal kerana tiada siapa yang mampu memiliki sesuatu itu selamanya. Pasti ada yang akan memiliki sesuatu itu selamanya. Dari situlah kita kena tahu bahawa kita ini dipunyai dan kita adalah pemilik sementara yang diamanahkan.

Perlulah kita mencari siapakah yang berhak selamanya dunia ini. Pemunya itulah yang kita anggap berhak keatas dunia ini dan keatas kita. Tentu menjadi pemikiran yang tiada penyelesaian jika masih mencari siapakah yang berhak secara mutlak keatas dunia ini.

Sudah tentu tiada siapa yang mampu mencari dengan keupayaan yang ada pada manusia. Mungkin tidak akan terjumpa walau berjuta tahun masa diambil untuk mencari pemilik dunia ini.

Kita telah dikhabarkan dengan jelas pemunya dunia ini dan kita diiktiraf sebagai pemilik sementara. Bukti pemunya telah jelas dengan fizikal secara tersendiri dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh pemunya dunia ini.
Permasaalahan yang timbul sekarang manusia ini terlalu lemah untuk mempercayai kerana perlu kepada penglihatan dengan mata sendiri dan diabadikan alam simpanan untuk dikekalkan. Kelemahan manusia yang terpaksa melihat dengan mata sendiri membuat manusiia terus buta dann tidak dapat memahami siapa pemunya dunia ini.

Ini adalah pendapat peribadi penulis. Penulisan ini adalah sekadar pendapat biasa orang yang cetek ilmu cuba berkongsi keimanan. Semoga ada antara kita yang mendapat manfaat dari bacaan. Walaupun tidak banyak tapi sekadar memberi dorongan kesedaran untuk berfikir tentang kehidupan kita. Berhenti sejenak dan melihat dalam diri sedekat mana kita dengan persekitaran kita. Adakah kita faham dengan persekitaran yang kita lihat. Kalau kita tidak dapat menterjemahkan persekitaran kita ini , sukar untuk kita selamat ketika hidup kita didunia ini. Apa yang digelar manusia yang rugi.

Sejauh mana kefahaman kita dengan kehidupan didunia ini mengaitkan taraf kita diakhirat nanti. Itu pun kalau kita terasa akhirat adalah sebahagian dari perjuangan hidup kita didunia. Memahami persekitaran kita memberi kredit yang tinggi kepada kita di akhirat.

Sekuat mana kita mengejar kemewahan dan kejayaan didunia ini tidak memberi kepastian kepada kita kebahagian kiata diakhirat nanti.

Inilah kefahaman penulis dengan persekitaran penulis. penulis merenung dan mencari pemunya untuk penulis minta agar diterangkan hati untuk melihat dengan lebih dekat dan kebih terang persekitaran yang dipunyai oleh pemunya mutlak ( Allah taala ) Pemunya dan Pemilik