Mengambil kesempatan dalam minda ini yang terfikir tentang diri kita yang sering melakukan dosa dalam hidup kita seharian. Tambahan lagi kita hampir dengan puasa akan ada rintangan untuk kita melakukan ibadat. Banyak rintangan yang akan kita hadapi kerana kita tidak melakukan ibadat puasa sepanjang sebelas bulan yang lepas. Puasa bukan perkara rutin ibadat yang kita amal sepanjang setahun hidup kita. jadi puasa tidak memberi suatu ibadat yang ringan dalam amalan kita.
Kalau kita perhatikan kehidupan kita seharian, kita akan berdepan dengan pengaruh bisikan syaitan yang sentiasa menjurus kita melakukan kesilapan dan sekali gus dosa kepada Tuhan. Setiap manusia akan diserang oleh syaitan yang akan merosakkan pemikiran kita supaya gemar dengan kelakuan yang dilarang Tuhan. Samada kita dalam keadaan sedar atau tidak, kita melakukan dosa yang ditegah agama.
Bagi manusia yang tidak banyak pengetahuan dalam hukum dan pelajaran agama amat mudah melakukan dosa tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa. Oleh kerana terlalu biasa dengan melakukan dosa mereka tidak tahu lagi mana yang baik dan mana yang tidak baik. Perbuatan mereka adalah jika tidak mendatangkan mudarat kepada diri mereka itu boleh dilakukan. Seperti apa yang dilakukan oleh orang kafir sekaran ini. Walau pun dalam Islam tidak membenarkan perbuatan itu, tapi jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat ( pada pendapat mereka ) perkara itu boleh dilakukan.
Kembali kita kepad perlakuan kita yang kita kira dan adanya kita tidak tahu bahawa itu adalah satu kesalahan dalam hukum. Dalam satu peristiwa zaman Rasulullah dulu selepas balik dari perang Rasulullah berkata kita akan berdepan dengan setu lagi perang yang lebih besar selepas ini. Sahabat bertanya kepada Rasulullah dan Rasulullah menjawab kita akan berperang dengan nafsu kita sendiri. Itulah perang yang lebih besar dari perang yang kita menang sekarang.
Kita pasti paham bahawa kita sekarang ini mempunyai dua serangan yang akan membawa kita kepada kemusnahan dan akan mendapat dosa dari perbuatan kita itu. Pertama kita akan dipengaruhi oleh syaitan dan kedua kita akan bertembung dengan nafsu kita sendiri yang mana sabda Rasulullah mengatakan perang yang lebih besar dari perang menentang musuh Islam.
Syaitan kita tahu bila datang bulan Ramadhan Allah akan menggari dan tidak akan dapat menggoda manusia selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaiman dengan nafsu kita. Adakah nafsu kita dibelenggu juga bersama syaitan. Tidak. Nafsu kita akan bersama kita juga dalam bulan Ramadhan. Nafsu akan merosakkan kita jika kita tida membendung serangan dan godaan dalam Ramadhan ini.
Kita tidak sedar bahawa walau syaitan tidak ada dalam Ramadhan namun nafsu masih ada untuk menggoda kita melakukan perkara mungkar dalam bulan suci penuh dengan keberkatan. Ramai manusia yang kalah dengan nafsu dan perangai mereka sama seperti bulan bulan yang lain. Ini bermakna walau syaita dibelenggu sekali pun mereka tidak terlepas dari bersikap seperti syaitan bersama mereka.
Walau pun syaitan tida bersama manusia selama sebulan sikap sebahagian manusia masih lagi seperti syaitan aa bersama mereka. Mengapa ini masih berlaku sedangkan godaan syaitan tidak lagi mengganggu mereka. Ini memberi gambaran bahawa godaan nafsu mereka cukup kuat dan godaan itu sekuat godaan syaitan. Walau pun syaitan tidak ada nafsu masih boleh merosakkan manusia melakukan dosa dan kejahatan. Kita boleh lihat masih ramai manusia melakukan dosa dalam bulan Ramadhan dengan tidak berpuasa dan berbagai maksiat sepanjang Ramadhan.
Betapa kuatnya manusia digoda dengan rintangan untuk mendapat kasih Allah. Setiap saat manusia akan berdepan dengan pengaruh kejahatan dan kemungkaran dalam hidup mereka. Bayangkan jika umat nabi Muhammad hidup sehingga beratus atau beribu tahun berapa banyak dosa yang akan dilakukan oleh manusia ini.
Bagi manusia yang berazam akan menjalankan ibadat puasa Ramadhan ini sedarlah bahawa kita masih akan berdepan dengan rintangan dalam ibadat kita Ramadhan ini. Berhati hatilah dengan tindakan kita terutama sikap kita yang sentiasa melakukan dosa dosa kecil mata, telinga, mulut. tangan, kaki juga hati sendiri. Alihkan perhatian anggota kita dengan banyak menghadiri majlis ibadat di masjid dan cuba dapatkan rakan rakan bertadarus al Quran bergilir gilir bagi mengisi masa dengan kegiatan yang mengurangkan peluang nafsu kita mengambil bahagian dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment