Pernahkah kita belajar menyayangi anak kita. Saya percaya tidak ramai yang pernah belajar bagaimana menyayangi anak kita. Kita menyayangi anak kita hanya dari pemerhatian dan pengalaman. Kita tidak pernah bertanyakan adakah pengalaman dan pemerhatian yang kita dapat itu memberi kesan yang baik untuk mendidik anak.
antara perkara yang kita lakukan dalam mendidik anak :
- Sayang anak dipukul pukul. Kebanyakan kita sekarang tidak lagi memukul anak kerana kita malas hendak bertengkar dengan anak dan kita sudah letih seharian bekerja bila balik nak bergaduh dgn anak. Kita hanya berdiam diri dan paling tinggi pun mebebel sikit itu pun anak buat tak tahu.
- Belanja anak. memastikan setiap hari anak mendapat belanja yang diperlukan untuk kesekolah dan aktiviti luar. Kita anggap tugas kita terhadap anak sudah selesai. kita tidak ambil tahu apa yang anak kita belanja yang pasti kita sudah sediakan belanja sekolah anak kita. perkara ini berlanjutan sehingga kita dapat tahu anak kita belanja perkara yang tidak elok. Sudah parah tidak dapat buat apa apa lagi.
- Aktiviti anak. Ibu bapa tidak tidak membuat perhatian aktiviti anak kita dalam berkawan. Ramai kawan diluar sana yang akan merosakkan anak kita tanpa kita ketahui. paling ketara jika anak kita ketinggalan dalam pelajaran. Paling mudah untuk mereka terjebak dalam kerosakan moral seperti berlaku kepada remaja sekarang.
Antara yag berlaku dalam penglibatan anak kita dalam keluarga yang disangka bahagia tapi dalam diam berada dalam bahaya. Anak kita mudah dipengaruhi oleh rakan rakan yang sebaya. Anak kita lebih percaya dan mudah menerima nasihat dari kawan berbanding kita.
No comments:
Post a Comment