Friday, August 6, 2010

Pertolongan Allah

Dua hari lepas saya menonton sebuah filem dalam siaran Hallmark rancangan Astro. Kisah keluarga yang mengalami tekanan tidak cukup tenaga untuk mengendalikan ladang limau yang diusahakan turun temurun.

Dalam permulaan cerita mertua perempuan ini telah meninggal dan tinggallah dia bersama adik mertuanya dan sepasang anak yang masih kecil. Dalam tekanan yang dihadapinya perempuan ini telah berputus asa dengan nasib yang menimpa. Baginya tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan selain ingin meninggalkan rumah itu dan pergi jauh dari perkampungan itu.

Dalam masa yang sama sharif pekan berhampiran kampungnya terjumpa seorang lelaku yang mengembara dipekan yang mana tuan kedai tempat dia bekerja tidak lagi mampu membayar gaji atas kerja kerja yang dilakukan.

Sharif mencadangkan lelaki itu membantu perempuan yang malang tadi untuk semusim sebelum lelaki tu meneruskan pengembaraannya. Lelaki itu bersetuju membantu perempuan tadi.

Pada mulanya perempuan tadi tidak bersetuju kerana tidak mampu membayar gaji kepada lelaki tadi tapi bila didesak oleh adik mentuanya dia bersetuju juga dengan gaji hanya tempat tinggal dan makan setiap hari.

Perempuan tadi cukup sedih kerana ditimpa malang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan nasib yang menimpa. Dia tidak tahu kenapa Tuhan menimpa malang ini kepadanya tanpa belas kasihan.

Dalam masa yang sama perempuan tadi tidak sedar bahawa Tuhan telah memberi bantuan kepadanya dengan menampilkan seorang lelaki kepadanya tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Lelaki tadi juga denga senang hati gembira membantu keluarganya tanpa menetapkan bayaran yang tinggi.

Tanpa perempuan tadi sedar bahawa dia telah diberi bantuan oleh Tuhan yang mana bantuan itu ada didepan matanya sendiri.

Pengamatan kita tidak dapat membaca pemberian Tuhan kerana kita tidak melihat apa yang ada didepan mata kita dengan kesyukuran kepada Allah. Kita hanya tahu pertolongan itu dihantar kepada kita yang dapat kita rasa dan dapat kita lihat hasilnya tanpa kita fikir secara mendalam. Pertolongan yang kita harapkan dari Allah adalah seperti seorang yang memberi sebuku roti kepada kita ketika kita sedang lapar. Kita dapat lihat roti itu dan kita dapat makan untuk menghilangkan lapar kita. itulah istilah pertolongan kepada kita.

Perlu kita sedar bahawa Allah adalah tuhan yang agung. Pemberiannya tidak sama dengan pemberian manusia kepada manusia. Dengan kebijaksanaanNya kita tidak mampu memahami tindakan dan perbuatanNya. Kita perlu sedar bahawa Allah sentiasa memberi kepada kita dan pemberianNya adala sepanjang hidup kita.

Lihatlah contoh cerita tadi batapa lemahnya manusia tidak dapat melihat pertolongan Allah kepadanya yang ada didepan mata. Masih tidak dapat mentafsir pemberian Allah walaupun pemberian itu didepan mata.

Sememangnya sifat manusia lemah dalam mengerti perbuatan Allah kerana tidak ada kemampuan bagi manusia untuk mengerti apa yang Allah lakukan sehingga Allah memberitahu kepada manusia itu.

Janganlah manusia cepat menganggap tidak ada pertolongan dari Allah bila kita dalam keadaan kesusahan kerana kita tidak mampu melihat apa yang Allah lakukan atas kelemahan kita sebagai manusia. Bersabar dan berdoa agar kita dapat melihat pertolongan Allah dan memanfaatkan dengan kesyukuran.

Doa adalah satu sifat kemanusiaan dengan menafsirkan diri kita sebagai hamba Allah yang lemah. Allah adalah sebagai tuhan yang agung maha tinggi ilmu sebagai penjaga kita dalam kehidupan ini sehingga akhirat nanti.

Bersabar dan berdoa suatu amalan yang patut ada dalam diri kita. ia banyak membawa kebaikan kepada kita untuk kekal sebagai mukmin.

No comments:

Post a Comment