Tuesday, August 10, 2010

Kesan Peruntukan Disukarkan

Saya pernah mendengar alasan mengapa PAS ttidak diberi peruntukan dalam pembangunan negeri malah ia disalurkan kepada JKKK yang ditubuhkan seolah kerajaan dalam kerajaan. Mengikut pendapat mereka peruutukan pembangunan untuk negeri Kelantan tidak diberi kerana bimbangkan wang yang disalurkan kepada kerajaan PAS akan disalah guna dan wang itu akan masuk dalam poket pemerentah PAS.
Bagi menyelamatkan wang yang sepatutnya disalurka kepada rakyat adalah lebih baik kerajaan melantik bekas ketua kampung kerajaan BN dulu untuk menjaga kebajikan rakyat yang lebih dipercayai dari pemerentah PAS. Dari itu JKKK ditubuhkan dengan diberi gaji dan tugas seperti ketua kampung cuma bezanya ia dilantik oleh kerajaan pusat.
Apa yang berlaku setelah perlantikan JKKK ini tidak kurang seperti BN memerentah Kelantan dulu. Apa yang dapat dilihat seperti :
  1. Mengambil kesempatan menggunakan duit rakyat oleh pihak JKKK berlaku seperti jawatan ketua kampung dulu. Kesempatan atas peruntukan pembangunan yang dipersetujui oleh ketua bahagian digunakan untuk mendapat bahagian untuk poket JKKK. Kegiatan ini diketahui masyarakat tetapi tidak dapat berbuat apa apa kerana tidak ada siapa yang berani pertikaikan apa yang dilakukan oleh JKKK. JKKK mempunyai pengaruh dalam parti terutama dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat. Jika siapa yang pertikaikan tindakan yang dilakukan oleh JKKK ini akan disenarai hitamkan dan bantuan sepert pertanian susah untuk dapat. Masyarakat bertindak mendiamkan diri saja lagi pun susah untuk membuktikannya.
  2. Kalau dikira ketelusan mengurus kemajuan kampung, penghulu kerajaan tempatan lebih telus dan cekap mengagihkan bantuan kepada masyarakat. Penghulu kampung yang dilantik oleh kerajaan tempatan lebih cekap menjalankan tugas dari JKKK yang deketahui sikapnya. Ramai masyarakat lebih selesa jika kerajaan memberi peruntukan kemajuan kampung terus kepada kerajaan negeri dan diuruskan oleh ketua kampung.
  3. Perlantikan JKKK juga menggunakan peruntukan dari wang rakyat juga. Ini menunjukkan pembaziran kerana melantik dua orang yang bertanggung jawab mengurus kemajuan kampung. Ini menggambarkan bahawa kerajaan pusat berdendam dengan kerajaan negeri kerana gagal mentadbir negeri sehingga kalah dalam pilihanraya. Bagi menyusahkan kerajaan negeri peruntukan disalurkan melalui jawatan yang dilantik oleh pemerentah pusat.
  4. Sikap kerajaan pusat tidak memberi peruntukan kepada kerajaan negeri memberi gambaran bahawa kerajaanpusat tidak jujur dalam memerentah negara. Kerajaan pusat lebih mementingkan penyokong mereka kerana tidak mahu melihat negeri yang diperentah oleh pembangkang mendapat kewangan mudah untuk memerentah negeri sekali gus memberi bukti bahawa pembangkang juga mampu memerentah seperti BN malah mungkin lebih baik.
  5. Rakyat semakin jelas dengan tindakan kerajaan pusat sentiasa menykarkan penyaluran peruntukan kepada kerajaan negeri bagi menyukarkan pembangunan dijalankan dengan baik. Kononnya pembangkang gagal mentadbir negeri dan hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negeri dengan baik. Rakyat faham tindakan ini an merasa tidak puas hati dan benci dengan tindakan kerajaan pusat mempermainkan rakyat yang negeri diperentah oleh pembangkang.

Banyak lagi kesan negetif yang dapat dilihat hasil tindakan kerajaan pusat terhadap negeri yang diperentah pembangkang. Ini akan trus timbul jika kegiatan ini berterusan.

No comments:

Post a Comment