Sunday, August 8, 2010

Menilai Kerajaan

Setiap kali negara mengalami kemerosotan ekonomi rakyat yang menjadi mangsa menanggung dengan duit dalam saku. Rakyat terpaksa mebelanjakan menampung kemerosotan yang dilakukan oleh pemerentah.

Ramai rakyat tidak faham dengan peraturan yang diamalkan oleh pemerentah sekarang krana setiap pemerentah hanya mampu meminta duit dari rakyat setiap kali kantung negara semakin merosot. Rakyat dipaksa membayar cukai setiap pendapatan yang diperolehi. Rakyat juga dipaksa menanggung kewangan negara jika negara mengalami kemerosotan ekonomi.

Apa yang menyedihkan bila negara dalam kemajuan ekonomi rakyat berhimpit himpit mendapatkan kemewahan hasil dari ekonomi yang baik. Bagi pemerentah mereka telah dahulu mendapat kekayaan yang amat melimpah sehingga tidak tahu bagaimana hendak dinyatakan disini betapa berrlambaknya kemewahan mereka.

Apa saja yang mereka ingin lakukan dapat ditunaikan kerana kantung kerajaan sedang penuh. Tanpa perlu pedulikan rakyat kantung itu dibelanja dengan rakus tanpa bimbang kebajikan rakyat telah ditunai atau tidak. Apa yang diutamakan adalah memenuhi poket dikalangan mereka. Penuhkan sepenuh yang mungkin.

Kesihan rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan dengan duit yang ada dalam kantung negara. Sebanyak mana yang rakyat dapat mungkin itulah yang kerajaan mampu berikan kerana negara tidak sekaya negara negara maju. Itulah pendapat rakyat yang sayang kepada kerajaan yang ada sekarang. Tidak sedar bahawa kerajaan sekarang sedang menggunakan duit dalam kantung negara untuk kepentingan sendiri.

Bila rakyat yang penyayang ini akan marah dengan perbuatan pemeentah sekarang. Bila agaknya rakyat akan terasa terancam kehidupan asil perbuatan mereka ini. Cukup penyabar rakyat Malaysia. Akan dikagumi oleh mereka yang sedar keadaaan Malaysia kini.

Kenapa pihak sebelah lagi itu tidak mampu memberi keterangan kepada rakyat Malaysia situasi yang berlaku sekarang. Tidak cukupkah lagi usaha mereka menjaga kepentingan rakyat agar seimbang pemerentahan dalam Malaysia.

Wahai rakyat Malaysia belajarlah menilai dan bertindak jika kerajaan sekarang tidak mempedulikan rakyat. Mebelakangi rakyat dalam membelanjakan wang.

No comments:

Post a Comment