Sunday, December 2, 2012

Perhimpunan menggambarkan Umno panik


Perhimpunan Umno banyak memberi gambaran bahawa mereka tidak lagi konsisten dengan pembelaan rakyat. Perbincangan mereka lebih tertumpu kepada memburukkan pihak lawan politik mereka.

Tumpuan mereka itu menggambarkan bahawa mereka tidak senang dengan situasi sekarang. Umno cuba menggambarkan kepada umum bahawa lawan politik mereka cuba memburukkan negara dengan penipuan dan kerja merosak pemikiran rakyat.

Tidak ada lansung perbincangan bagaimana hendak mengubah pendirian parti dengan perubahan  rakyat sekarang kerana rakyat telah berubah selera dalam politik. Tidak ada perwakilan yang kesal dengan apa berlaku kepada parti sekarang sehingga rakyat berpaling arah.

Rakyat sekarang dilihat memberi masalah kepada Umno. Perubahan rakyat sekarang mengejutkan Umno. Umno dilihat gagal memikat hati rakyat dengan perubahan dan idea sebagai pilihan kepada rakyat memilih parti yang akan memberi kebaikan kepada rakyat.

Umno lebih selesa berada pada kedudukan melawan arus politik dengan menunjukkan sifat keji dimata rakyat. Hakikat rakyat bukan membenci Umno tetapi Umno menyifatkan mereka berdendam kepada rakyat kerana memilih pembangkang. Rakyat disifatkan sebagai menderhaka kepada negara kerana tidak memberi sokongan kepada Umno yang sekian lama menyifatkan sebagai satu satunya kerajaan di Malaysia ini.

Rakyat dididik sekian lama menganggap Umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah Umno. Parti lain di Malaysia ini hanyalah pelengkap dasar domokrasi kononnya diperjuangkan. Rakyat diserap pengetahuan bahawa kerajaan sekarang adalah terbaik dan satu satunya yang dapat memberi manfat kepada negara. Diberi gambaran tidak pernah parti lain mampu memerentah negara kerana tidak ada kemampuan. Hanya Umno sahaja mampu memberi kemajuan kepada Malaysia.

Talah ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan pengetahuan bahawa tidak akan ada parti lain yang dapat menukar kerajaan Umno memerentah Malaysia selamanya. Apa sahaja dilakukan Umno tidak mampu mempengaruhi sokongan rakyat.

Sekarang Umno mendapat kejutan bila rakyat berpaling kepada pembangkang. Pusingan rakyat buat ini memberi gambaran bahawa Umno tidak memberi keyakinan lagi kepada rakyat. Rakyat sekarang tidak lagi melihat Umno satu satunya parti mampu memerentah Malaysia. Sememamngnya Umno terkejut dengan situasi sekarang.

Umno kelihatan panik dengan perubahan rakyat. Banyak tindakan dilakukan menggambarkan bahawa Umno telah panik dengan perkembangan politik mutakhir ini. Paling ketara dalam perhimpunan yang baru melabuhkan tirainya telah menunjukkan bahawa semua perwakilan terpaksa menggunakan pendekatan maki hamun kepada pembangkang bagi memulihkan sokongan rakyat. Tindakan Umno itu mengharapkan rakyat sedar bahwa pembangkang sekarang sedang menjalankan gerakan memusnahkan negara dengan janji tidak munasabah. Janji diberi digambarkan akan menyebabkan negara lebih teruk dari apa dilakukan oleh Umno sekarang.

Rakyat sekarang mampu membuat perbandingan mana terbaik untuk mereka dan tahu siapa berhak diberi mandat untuk memerentah negara sekaligus menambah manfaat kepada rakyat lebih baik dari apa dilakukan Umno.

Jelas sangat rakyat lebih menyokong pembangkang menerajui negara buat masa ini. Rakyat lebih berkeyakinan pembangkang dapat menyelamat negara dari dibankrapkan oleh Umno.

No comments:

Post a Comment