Saturday, July 10, 2010

Rawatan jantung terbaru

Saya baru menonton Majalah TV3 sebentar tadi memaparkan bagaimana kemajuan sains perubatan berjaya mencipta satu mesin untuk mengubati pesakit jantung. Perubatan ini tidak memerlukan pesakit jantung dibedah seperti yang kia bayangkan bila kita diisytiharkan sebagai pesakit jantung.

Alat ini dipanggil ESMR yang dicipta di Jerman. Alat ini difahamkan berharga RM2.5 juta. Buat masa ini alat ini hanya ada satu sahaja di Malaysia. Ia akan ditambah untuk masa hadapan bagi memenuhi permintaan pesakit jantung yang semakin bertambah dan ramai diantaranya tidak dapat dibedah atas faktor kesihatan lain.

Alat ini hanya memancarkan kejutan letrik kepada pesakit dalam 500 kali setiap rawatan. Pesakit hanya tidur diatas katil tidak merasai apa-apa semasa proses kejutan elektrik dijalankan. Dalam proses perubatan ini pesakit tidak perlu lagi dibrdah seperti prosidur biasa pesakit jantung.

Pesakit tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk rawatan kerana rawatan yang diberi kos rawatannya mungkin lebih rendah . Selain itu kadar keselamatan untuk rawatan sakit jantung lebih tinggi.

Saya merasa gembira kerana terdapat rawatan yang lebih baik telah tercipta dan ini akan memberi harapan baru kepada pesakit jantung di Malaysia. Difahamkan puluhan ribu pesakit jantung di Malaysia akan mendapat rawatan ini kerana ramai pesakit jantung di Malaysia berisiko menjalani pembedahan. Dengan cara ini akan mengurangkan kadar kematian yang akan berlaku akibat tidak dapat menjalani pembedahan.

Buat masa ini ramai pesakit jantung tidak dapat menjalani pembedahan kerana berisiko waktu pembedahan disebabkan pelbagai masalah. Dengan adanya cara perubatan pesakit jantung yang baru ini akan memberi kadar kematian yang rendah bagi pesakit jantung. Lebih ramai pesakit jantung dapat diselamatkan tanpa melalui proses pembedahan.

Diharap pihak kementerian kesihatan dapat menambahkan lagi mesin perubatan bagi pesakit jantung dan dalam masa yang sama kos pembedahan dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment