Friday, July 16, 2010

Kenaikan Harga Barang

Semua orang bising fasal kenaikan harga barang. kita bising pun bukan boleh buat apa-apa pun. Buat bising di kedai kopi tak ada apa yang berhasil. Semakin lama di kedai kopi semakin suka lah mamak sebab kopinya semakin laku dengan harga baru.

Sebenarnya tak perna kebisingan kita menjadikan kerajaan menurunkan semula harga barang yang kononnya penyelarasan semula subsidi kerajaan. Itu adalah keputusan mutlak. Walau apa cara sekalipun kerajaan akan tetap akan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat. Kenaikan harga barang adalah suslan kepada subsidi yang dikurangkan.

Kalau kita lihat kepada situasi yang berlaku kepada rakyat, rakyat tidak ada kekuatan menentang kerajaan supaya jangan mengurangkan subsidi. Rakyat tidak mampu membuat satu suara atau bersama menentang pengurangan subsidi ini. Keputusa kerajaan buat adalah mengandaikan bahawa rakyat akan marah sekejap sahaja kemudian akan melupakan kemarahan atas kenaikan harga barang akibat menurunan subsidi barang dan minyak.

Tidak perlu dibimbangkan dengan kerenah rakyat kerana itu tidak akan membawa huru hara dalam negara dan kekuatan kerajaan tidak akan tercabar dengan tindakan yang dibuat. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat mampu menggoyang pemerentah kerana kenaikan harga barang. Rakyat kelihatan seperti marah marah sayang kepada kerajaan.

Pembangkang jangan dikira dah tugas mereka menasihati rakyat supaya menentang keputusan kerajaan dengan alasan dan hujah yang kukuh. Semua saluran digunakan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat. Namun begitu rakyat tidak pandai dan takut menzahirkan kemarahan secara berdepan kerana menjaga periuk nasi nanti masuk pasir.

Perjuangan pembangkang hanya seperti laungan kosong seperti anjing manyalak bukit. Tak berkesan dengan tindakan atau hujah yang tidak kuat untum mendapat sokongan rakyat menentang keputusan kerajaan. Kerja yang bertungkus lumus tidak mendapat perhatian kebanyakan rakyat malah sokongan pun hanya sebahagian kecil sahaja. Kalau inilah kedudukan pembangkang boleh dijangka keputusan pilihanraya akan datang. Mungkin.

Rakyat mengambil jalan senang diamkan diri dan hidup seperti biasa. Tak cukup belanja minta dengan siapa-siapa atau lakukan sesuatu tak kira apa asalkan dapat. Tanggunglah sendiri kerana tak nak menentang keputusan kerajaan meminta rakyat menambah perbelanjaan. Tujuan adalah kerana kerajaan perlu menggunakan wang yang ditarik balik untuk subsidi kepada perbelanjaan yang telah dirancang. Kekurangan peruntukan memerlukan kerajaan meminta dari rakyat menyokong perbelanjaan yang terkurang.

Kenapa mesti kerajaan kekurangna perbelanjaan dalam pengurusan mentadbir negara. Kemana pergi kekayaan negara seperti diberitahu. Kerajaan sentiasa melaungkan Malaysia adalah negara maju dan makmur. Mempunyai sumber kekayaan yang melimpah. Rakyat difahamkan kerajaan sentiasa membantu rakyat untuk perbelanjaan isi rumah. Soalan itu itu kecil tapi besar bagi rakyat yang kecil perbelanjaan isi rumahnya.

Kenapa kerajaan tidak berusaha sendiri untuk mendapatkan kewangan dalam pentadbiran negara. Kenapa saku rakyat dikutip lagi untuk menyokong kerajaan berbelanja mentadbir negara kononnya. Rakyat tidak faham hal hal lain tapi bila melibatkan wang dalam saku rakyat terasa sedih sangat kerana rakyat menjadi penjamin jika kerajaan tidak mampu menguruskan negara rakyat yang akan menanggungnya.

Wahai masyarakat sampai bila kamu ingin melihat kamu dijadikan penjamin kepada kerajaan sekarang ini. kalau kamu menjadi penjamin kereta dan peminjam tidak mampu bayar, kamu yang menanggungnya. Apa perasaan kamu. Terjemahkanlah sendiri. Berpakatlah dengan penyalak bukit sama sama menentang perakus yang sedang mentadbir negara.

No comments:

Post a Comment