aku bukan nak mengajar sesiapa tentang ilmu ketuhanan. aku cuma mencurah perasaan hati ini bila berdepan dengan pemberian Allah.
aku yakin dengan pemberian yang Allah janjikan kepada semua manusia. aku belajar dari alim bahawa Allah sentiasa memberi kepada kita tidak kira samada kita meminta atau tidak. dengan sifat Allah maha pemberi, manusia mendapat pemberianNya tidak kira apa status mereka.
manusia tetap akan mendapat pemberian Allah tidak kira apa saja pandangan manusia terhadap Allah. walau pun manusia yakin bahawa walau tidak berada dalam agama Islam, manusia tetap akan mendapat hidup dan menjalani kehidupan seperti manusia yang berada dalam Islam.
tidak ada bezanya Islam dan bukan Islam. tidak berada dalam Islam pun masih boleh mengecap kekayaan dan kenikmatan hidup secukupnya. tidak ketara bezanya antara Islam dan bukan Islam.
manusia yang terlalu jahat pun masih boleh bermewah didunia ini. seolah tidak ada apa yang akan menjatuhkan mereka dengan perbuatan mereka.
ketahuilah bahawa kita tidak sama dengan mereka. kita ada Pemberi yang agung. kita uakin dengan pemberianNya. walau kita tidak mendapat didunia ini, kita masih ada tempat yang menunggu kita untuk diberi pembalasan yang kita usahakan. kita ada tempat yang sewajarnya untuk kita. tunggulah disana kita akan bahagia.
walau kita mendapat kesusahan didunia ini tidak seperti mereka yang tidak percayakan Allah, kita masih mendapat kesayangan Allah dan pemberianNya jauh lebih baik dari apa yang mereka terima sekarang. disana kita akan selamanya. berlainan dari mereka itu hanya mendapat kenikmatan yang dibanggakan didunia sahaja.
kenikmatan akan berakhir bila kita berada diakhirat nanti. hanya kenikmatan yang Allah izinkan sahaja akan berada dizaman itu. tidak ada lagi kenikmatan yang dinikmati didunia dulu akan dibawa ke akhirat. kenikmatan akhirat adalah berbeza dengan kenikmatan didunia.
percayalah wahai manusia. tidak ada yang kekal didunia ini. terbukti didrpan kamu cuma kamu tidak peduli dan mempelajarinya.
No comments:
Post a Comment