Wednesday, May 5, 2010

Tok Guru

Apa yang kita tahu dengan seorang yang digelar Tok Guru. Bagaimana seorang TG diiktiraf dengan nama begitu. Semua orang tahu bila sebut nama TG. Bagaimana karektornya pun kita dapat bayangkan walaupun kita jarang berjumpa.

TG adalah nama yang diberi kerana sifatnya yang makmur dengan ketuhanan dan banyak mengetahui ilmu Islam. Dia tempat rujukan untuk bertanyakan tentang islam. Seorang TG yang mampu memberitahu perkara-perkara dalam Islam.

Apa yang penulis hendak bincangkan dalam penulisan ringkas kali ini adalah sebesar mana bermaknanya seorang TG kepada kita. Bagaimana kita mengiktiraf seorang yang pandai dalam Islam memanggilnya sebagai TG. Tanya diri kita setinggi mana kita mengiktiraf Tok Guru dan penghormatan kita kepada TG ini.

Penulis melihat ramai masyarakat kita tidak mengenali seorang TG sebagaimana sepatutnya. Mereka memandang TG sebagai seorang yang biasa seperti orang kebanyakan. TG sebagai seorang yang mendekati diri kepada pencipta kita Allah subhanawataala. Orang yang memasyurkan agama Allah.

TG orang yang mendapat tempat yang tinggi disisi Allah. Kita tentu memahami bila dikatakan seorang yang dekat dengan Allah. Tidak ada lagi bantahan.

TG orang yang sepatutnya dihormati dan disegani dalam urusan Islam. Mengapa ada yang tidak bertindak begitu bila bila berbincang tentang TG. Mengapa kita enggan menerima pendapatnya. Kita kenal dia sebagai seorang yang banyak tahu tentang Islam. Islam ini adala agama Allah. Apa lagi yang kita pertikaikan.

Bila TG masuk politik, lagi teruk pandangan masyarakat tentang TG. TG dipandang sama seperti orang jahil yang lain. Penulis tidak tergamak memandang TG sebegitu. Walau dalam politik TG masih mendapat penghormatan.

Dia tetap TG seperti yang kita kenali. Jangan cepat memandang serong kepada TG dia mempunyai banyak ilmu dalam hukum, mesti dia tahu apa yang dibuatnya. Bagaimana kita yang cetek ilmu menilai TG ini sebagai seorang biasa yang boleh kita hina dan sebagainya.

Setinggi mana ilmu kita untuk menilai TG dalam keputusan yang dia buat. Kalau kita sekadar fardhu ain pun tak lepas janganlah memandai nak menilai TG dalam tindakan yang dia buat. Perlulah kita merujuk kepada yang lebih alim dalam soal agama untuk mengetahui adakah TG membuat kesilapan dengan berada dalam politik seperti ahli politik yang lain. Adakah sama TG ini dengan ahli politik lain.

Kita boleh menilai sendiri dengan pemerhatian kita kerana kita mempunyai rujukan yang banyak. Pilihlah mana-mana tempat rujukan dan bertanyalah dengan mereka apakah salah seorang yang tinggi ilmu dalam Islam memasuki politik menjadi satu kesalahan. Jika tidak ada salahnya, apakah kita akan melihat dia seperti orang kebanyakan yang tidak tinggi ilmu islam nya.

Walaupun mereka yang lain pandai dalam ilmu politik teapi mereka tidak banyak ilmu dalam Islam. Bagi penulis adalah lebih tinggi keperibadian seorang yang banyak ilmu dalam Islam dan boleh menjadi seorang pemimpin dengan pengetahuan Islam nya sebagai pedoman. Berbanding dengan seorang ahli politik yang berkelayakan dalam ilmu politik nya tetapi tidak tinggi dalam ilmu Islam yang dapat menjadikan pedoman dalam keputusan yang dibuat.

Bagi kita orang Islam tentu akan mendahuluhi keperibadian Islam kerana orang ini lebih tahu membawa sejahtera dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment