Saya menulis disini kerana ingin menzahirkan kehairanan dengan cukai penggunaan talian pra bayar dikenakan sebanyak 6%. Ramai tidak senang dengan keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersebut.
Perkara ini seperti dilaporkan adalah keputusan yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan ini. Seperti difahamkan bahwa rakyat Malaysia akan dikenakan cukai tersebut untuk penggunaan talian telefon.
Menghairankan saya adalah keputusan yang dibuat oleh syarikat telekomnikasi adalah seolah telah dipersetujui oleh kerajaan kerana keputusan yang dibuat sepatutnya mendapat riaksi dari kerajaan dulu sebelum menghebahkan kepada pelanggan.
Kenapa pemakluman dibuat dahulu dan setelah mendapat bantahan pelbagai lapisan rakyat barulah kerajaan buka mulut menafikan cukai yang dikenakan telah mendapat kelulusan dari kerajaan.
Kenapa kerajaan menunggu riaksi dari rakyat baru menyatakan pendirian tidak bersetuju cukai yang dikenakan itu. Pihak syarikat telekomunikasi perlu mendapat keputusan dari kebinet dahulu sebelum melaksanakan cukai tersebut.
Ini pernah berlaku kepada Astro dilaporkan membuat kenyataan menaikkan caj bil kepada harga baru. Rakyat bising dengan tekanan yang dibuat oleh pihak Astro. Setelah rakyat bising barulah kerajaan buka mulut menyatakan Astro tidak boleh menaikkan harga perkhidmatan tanpa kelulusan kebinet.
Sekarang berlaku lagi dengan syarikat telekomunikasi membuat kenyataan mengenakan cukai 6 % keatas pelanggan. Rakyat kembali bising dan seperti dulu kerajaan pun buka mulut dengan modal yang sama menyatakan bahawa cukai itu tidak boleh dikenakan kepada pengguna kerana tidak mendapat kelulusan dari kerajaan.
Seperti ada permainan tarik tali disini. Bagaimana jika rakyat tidak bising mungkin cukai ini akan terus dikenakan kepada pengguna tanpa kerajaan bising dengan mengenakan syarat bahawa perlu kepada kelulusan kabinet.
Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Tunggu rakyat bising dulu baru nak melarang syarikat bertindak. Apakah syarikat tidak tahu peraturan bahawa mereka perlu merujuk kepada kabinet dulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenakan cukai tersebut. Apakah kerajaan tidak akan bertindak kepada syarikat telekominikasi jika rakyat tidak buat bising dan meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.
Apa tujuan kerajaan bertindak begitu. Nampak seperti kerajaan tidak peka dengan situasi rakyat dan perkara perkar yang akan berlaku. Menunggu rakyat bertindak baru kerajaan menunjukkan muka berlagak seolah kerajaan prihatin.
Saya tidak mahu menuduh tapi kelihatan kerajaan seolah bersekongkol dengan syarikat telekomunikasi menghebahkan pengenaan cukai tersebut dulu kepada rakyat dan lihat bagaimana reaksi rakyat. Jika rakyat tidak bising bolehlah diteruskan dengan cukai tersebut tapi jika rakyat bising kerajaan terpaksa bertindak menafikan bahawa kerajaan bersetuju penggunaan cukai tersebut kepada pelanggan.
Kerajaan akan bertidak kelihatan tegas bagi menutup mulut pengguna atau rakyat yang kecewa dengan kerajaan memebenarkan cukai tersebut digunakan.
Kita akan lihat syarikat mana lagi yang akan mengenakan tekanan kepada rakyat dan saya menjangkakan keadaan akan berlaku sama seperti sekarang.
Saya berharap ada ulasan lebih baik lagi dengan tinakan lambat kerajaan ini.
No comments:
Post a Comment