Mengikuti perkembangan pejuang kemerdekaan
yang diperdebatkan sekarang membuatkan saya tertarik untuk sama memberi
pendapat. Sebagai seorang sebelum ini digelar anak merdeka rasa terkejut dengan
perkembangan baru tanahair.
Sekian lama saya hidup di Malaysia ini
baru saya tahu bahawa sejarah Tanah Melayu tidak seperti yang saya pelajari di
sekolah. Saya juga tersedar bahawa dalam pensejarahan Tanah Melayu waktu itu
hanya pejuang dari parti UMNO sahaja yang dikedepankan sebagai pejuang
kemerdekaan.
Selama ini saya mengakui bahawa UMNO
sebagai satu parti pejuang kemerdekaan yang berjaya memaksa British melepaskan
pegangan mereka keatas Tanah Melayu. Saya menggagumi kecerdikan pejuang dari
parti UMNO yang mampu membawa Tanah Melayu kepada Malaysia yang merdeka.
Terbaca juga saya pejuang kemerdekaan lain
tetapi tidak banyak yang dipaaprkan dalam cacatan sejarah di sekolah. Sehingga kini
saya masih berpegang dengan fahaman bahawa hanya pejuang dari parti UMNO sahaja
yang betul betul bertindak memerdekakan Malaysia.
Sehinggalah perdebatan ini hebat di
perkatakan dalam blog yang saya ikuti memberitahu dan mengkhabarkan semula
bahawa Malaysia masih banyak lagi pejuang kemerdekaan yang tidak ditampilkan
dalam buku sejarah sekolah.
Bayangkan tiga puluh tahun saya tinggalkan
sekolah dan masih beranggapan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah layak diberi
kepada mereka yang kebanyakannya berada dalam parti UMNO.
Akhir akhir ini saja saya mulai sedar
bahawa masih ramai lagi malah dikhabarkan beratus lagi pejuang kemerdekaan yang
disembunyikan oleh penulis sejarah Malaysia. Malang sungguh saya sebagai anak
Malaysia tidak tahu bahawa Malaysia ( Tanah Melayu ) mempunyai pejuang
kemerdekaan yang amat ramai dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Diperkatakan juga pejuangan mereka yang
tidak timbul dalam buku sejarah sekolah lebih tinggi semangat juang mereka dari
mereka yang terpangpang didada sejarah
seperti diberi tahu.
Saya percaya lebih ramai yang tidak tahu dan
sedar bahawa negara kita mempunyai pejuang kemerdekaan tidak seperti yang kita
tahu. Pejuang kemerdakaan yang tidak disejarahkan itu adalah pejuang sebenar
dan lebih dahuli dari pejuang yang disejarahkan.
Saya yakin mereka yang mentadbir negara
sekarang juga tidak sedar bahawa meraka juga diberi fakta yang salah oleh
pemerentah dulu dalam penyiaran sejarah tanah air. Mereka berkeyakinan bahawa
pejuang kemerdekaan adalah seperti beritahu dalam sejarah.
Saya bersyukur kerana perkara sebegini
dapat dibongkar kerana terasa malu untuk barkata bahawa Malaysia merdeka kerana
rundingan dengan pihak British. Ada cerita lain yang tidak dipaparkan dalam
sejarah sebenar untuk diberitahu kepada rakyat sebagai panduan bahawa
kemerdekaan sebenarnya adalah dari perjuangan menumpahkan darah.
Rundingan kemerdekaan itu bukan pokok
sebenar Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai adalah desakan
oleh pejuang yang berani menumpahkan darah demi tanah air tercinta.
Malang sekali pihak yang mengambil
kesempatan atas huru hara yang berlaku tampil kedepan mengaku berjaya mencapai
kemerdekaan. Kebenaran sejarah adalah salah dari apa yang diceritakan.
Saya berharap kebenaran sejarah dapat
dibongkarkan lagi demi maruah anak bangsa yang cintakan negara. Janganlah sampai
dipinggirkan pejuang sebenar dari titipan sejarah. Mereka juga ada hak untuk disanjung
sebagai pejuang agung. Malah mereka lebih berani dan berhemah dari pejuang yang
dipaparkan dalam buku sejarah sekarang.
Pensejarahan perlu di kaji semula agar
anak negara yang akan datang tidak lagi di pesongkan fakta sejarah negara kita
yang kita cintai.
No comments:
Post a Comment