Kalau kita baca perkhabaran sejarah yang tidak pernah kita duga bahawa sejarah yang kita baca selama ini masih ada lagi yang tidak dimasukkan sebagai bahan sejarah.
Bagaiman dengan sejarah selama ini kita anggap sebagai sejarah sebenar negara. Tentu kita terkejut dengan sejarah yang dihidang oleh kerajaan sejak dulu lagi. Paling terkejut adalah penyokong kerajaan yang mati mati mengatakan parti mereka adalah pejuang mutlak kemerdekaan.
Sedikit pengetahuan yang saya dapat telah memberikan gambaran bahawa penyokong parti kerajaan dalam ketakutan kerana perjuangan pemimpin parti mereka akan beralih posisi. Dulu posisi pemimpin mereka berada didepan kerana hanya pemimpin mereka sahaja yang tertonjol sebagai pejuang kemerdekaan.
Lebih banyak sejarah dibongkar akan dapat dilihat bahawa perjuangan pemimpin UMNO buka hanya hero kemerdekaan. Masih ada ramai lagi yang seiringan dengan pemimpin UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan. Kesan perjuangan mereka dapat dilihat dalam lipatan sejarah jika sejarah sebenar dibentangkan.
Pensejarahan semula inilah yang membimbangkan pemimpin UMNO kerana mereka tidak lagi hanya satu satunya pejuang kemerdekaan. Penterjemahan dalam perjuangan kemerdekaan telah berubah dan ianya menjadi perkongsian perjuangan. Bukan hanya UMNO sahaja yang berjaya mendesak British memberi kemerdekaan kepada Malaysia malah kemerdekaan itu adalah hasil dari desakan pejuang bersama dengan pemimpin UMNO dan sebelum kemunculan UMNO.
Paling menarik sekali bahawa menuntut kemerdekaan telah bermula sebelum kemunculan UMNO lagi. Banyak parti parti yang muncul untuk menuntut kemerdekaan. Apa yang berlaku waktu itu sepatutnya dikaji semula. Ada sebab bagaimana UMNO berada didepan kelihatan sebagai parti yang berjaya menuntut kemerdekaan.
Pensejarahan semula akan memberi jawapan sebenar bahawa UMNO bukan satu satunya parti yang berjaya membawa Malaysia merdeka.
No comments:
Post a Comment