Monday, April 30, 2012

Menangani Kerajaan

Kerajaan tak dapat terima kebangkitan rakyat membawa mesej bahawa pilihanraya di Malaysia tidak bersih. Cara rakyat membawa mesej dengan berhimpun secara besar besaran memberi kejutan dan penik pihak kerajaan.

Mungkin kerajaan tidak dapat bayangkan dengan cara mesej disampaikan menunjukkan rakyat semakin meninggalkan kerajaan. Penik dengan tindakan rakyat ini kerajaan melakukan perkara yang merugikan dan memberi gambaran buruk kepada masyarakat dunia.

Malang sekali rakyat Malaysia kerana mendapat layanan dari kerajaan sendiri seolah apa dilakukan rakyat ini menyalahi dan suatu tindakan jenayah. Lebih malang lagi kerajaan dilihat cuba menimbulkan suasana tidak tenteram. Rusuhan yang berlaku dikatakan sengaja dilakukan agar dilihat padah dari perhimpunan dilakukan rakyat membawa mala petaka.

Mengapa kerajaan tidak berfikiran terbuka melayani rakyat secara adil. Rakyat ingin menyatakan resah mereka kerana selama ini perjalanan pilihanraya tidak menunjukkan keadilan. Banyak bukti dilihat penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Kalau begini tindakan kerajaan semakin ramai rakyat tidak lagi menyokong kerajaan. Kerajaan akan dilihat sebagai zalim dan kejam. Kejam kepada rakyat kerana membantah dan menentang kerajaan.

Kerajaan dilihat tidak dapat menerima perubahan rakyat serta selera rakyat sekarang sudah berubah. Lebih mendukacitakan kerajaan tidak mampu melayani selera rakyat menginginkan perubahan dalam pemeentahan negara.

Tidak hairanlah rakyat menentang jika kerajaan tidak menerima kehendak rakyat. Padah kepada kerajaan akan berterusan.














No comments:

Post a Comment