Aku pernah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak aku. Sebelum ini aku tak pernah hadir dalam mesyuarat sebegini. Aku tak ada pengalaman sangat bagaimana mesyuarat PIBG dijalankan.
Mulanya aku tak berapa kisah dengan kehadiran jemputan sebagai merasmikan mesyuarat dan pembahagian hadiah di sumbangkan oleh ahli politik ini kepada murid berjaya dalam pepereksaan UPSR tahun lepas. Biasanya sekolah kerajaan akan menjemput pemimpin parti sebelah kerajaan untuk datang merasmikan dan membuat ucapan.
Aku merasa terkejut dengan ucapan ahli politik dikira orang paling berpengaruh dalam kawasan aku memeberi ucapan tidak berapa cerdik seimbang dengan gelaran yang diberikan.
Ucapannya banyak berkisarkan kepada perbincangan politik yang tidak ada kaitan lansung dengan mesyuarat PIBG sedang dijalankan. Disini aku rasa diperbodohkan oleh guru besar juga dilihat cukup kuat mengampu pemimpin tersebut mendapat sumbangan untuk tabung PIBG.
Bagi aku ahli politik ini tidak ada tempat lagi untuk beliau memberi ucapan selain dalam majlis tidak ada kaitan dengan majlis politik. Ibubapa datang dalam mesyuarat PIBG untuk mendengar mengenai apa perancangan jawatan kuasa merancang untuk kemajuan anak anak yang belajar disekolah ini.
Apa yang dapat adalah leteran memualkan dari ahli politik ini. Sudahlah syarahan hancur lansung tidak ada hujah yang dapat dikira memberi kesan kepada ibubapa yang hadir. Membosankan dan nampak sangat ahli politik ini ketandusan hujah dan memang tidak pandai memberi syarahan kepda rakyat.
Patutlah terpaksa mencuri masa mesyuarat PIBG untuk memberi syarahan politik. Kalau dibuat kat luar dan masa biasa dibuat oleh parti pembangkang agaknya tak ada seorang pun yang datang.
Memang menyushkan betul ahli politik ini. Tak pandai bersyarah nak masuk politik. Pastinya kerana duit tergila sangat nak asuk politik. Bodoh...
No comments:
Post a Comment