Wednesday, May 30, 2012

Rakyat pilih Menang Menang

Kepada rakyat rakyat semua ini pesanan saya kepada rakyat semua yang cintakan keamanan di Malaysia.

Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri bahawa kerakyatan kita di Malaysia sekarang amat membimbangkan. Sekarang kita sebenarnya dalam sesusahan untuk hidup secara aman.

Sepanjang kita hidup dalam  tahun kebelakangan ini tidak pernak kita merasa aman sebenarnya. Kita hanya digambarkan dengan keamanan dan kesejahteraan dengan pendapatan dan perbelanjaan kita.

Apa sebenar kita rasa sekarang adakah kita sebenarnya aman dengan kekayaan negara diberikan kepada kita sepatutnya. Pernahkah kita kaji dan melihat secara mendalam.

Saya mengajak rakyat melihat dengan teliti dan lebih bijak dari kebiasaan.

Kita sebenarnya dalam kesusahan. Lihatlah sekeliling kita adakah kita aman dan bahagia. Kalau kita perasan kita sebenarnya susah untuk hidup.

Perasan atau tidak kita sentiasa bersunggut dengan pendapatan kita dan perbelanjaan yang tidak pernah cukup.

Kita sentiasa diperkabarkan dengan kehilangan duit dalam dana kekayaan negara dan paling kerap kita dengar adalah perbelanjaan yang diamanahkan kepada kerajaan sekarang.

Sebenarnya telah banyak duit dari kekayaan Malaysia telah hilang atau dihabiskan oleh pemegang amanah ini. Mereka membelanjakan kekayaan negara sewenangnya. Kita yang membayar cukai tidak pernah dapat merasai kekayaan negara sewajarnya.

Apa kita patut buat dengan situasi sekarang ini. Kita tukar kerajaan untuk memegang amanah mengurus kekayaan negara kita. KIta berikan tanggungjawab ini kepada orang berlainan pendangan mereka tentang kekayaan negara milik kita.

Bagi saya jika kita mampu buat pertukaran pemegang amanah ini kita akan mendapat situasi menang menang. Kita menang kerana orang baru tentu lebih jujur dengan tugas mereka dan kita akan dapat merasai kekayaan negara lebih baik dari sebelum ini.

Untuk lima tahun pertama saya yakin kita sebagai rakyat akan mendapat hak kita yang sebenarnya. Lihatlah contoh terjadi kepada Pulau Pinang dan Selangor berapa banyak keuntungan rakyat dapat dari hasil kekayaan negeri mereka. Mereka dapat merasai sebainya dalam liama tahun ini.

Bayangkan jika pemegang amanah baru memegang amanah menjaga negara kita. Sya pasti kita akan dapat merasai apa yang dirasai oleh rakyat negeri Pulau Pinang dan Selangor malah lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment