Friday, May 11, 2012

Harapan Rakyat


Agensi kerajaan mempunyai peluang terakhir untuk mengikut arahan dari pemerentah kerana selepas ini mereka tidak lagi akan lagi diperentah oleh Barisan Nasional.
Agensi kerajaan ini walau perit tapi mereka akan merasakan kebebasan sebenar terlepas dari pengarahan melampau. Mereka ini akan merasai satu sistem pemerentahan yang baru dan lebih berhemah.
Walau sehebat mana perjuangan mempertahankan kerajaan yang ada namun telah diketahui semua rakyat bahawa kerajaan sekarang tidak lagi mamapu memberi kebajikan kepada rakyat. Rakyat  zaman sekarang tidak lagi seperti dahuu walau masih ada rakyat masih menyayangi kerajaan sekarang namun itu masih tidak mencukupi untuk mempertahankan pemerentahan yang ada.
Rata rata rakyat sekarang sudah terdedah dengan intipati perjuangan parti pemerentah selama ini tidak memberi kebajikan kepada rakyat yang telah tahu hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah sedar bahawa mereka tidak lagi menerima hak mereka seperti sepatutnya. Mereka ditindas secara diam oelh kerajaan dengan mengambil kekayaan negara atas tiket kebajikan kepada rakyat.
Selama ini rakyat telah dikaburi mata dengan tugas kerajaan dalam masa yang sama kerajaan mengaut keuntungan berlebihan. Rakyat selama ini percayakan kerajaan yang memerentah menyambut dengan baik setiap kebajikan yang dibuat. Namun hakikat sebenarnya kerajaan menelan harta rakyat tanpa merasa belas kasihan.
Rakyat selama ini masih ramai yang melarat untuk merasai kekayaan negara secara tersirat dinafikan. Ayuh tunjukkan kepada rakyat apa kekayaan negara telah kamu berikan kepada rakyat selama kemu memerentah negara. Jika dibandingkan dengan kehilangan kekayaan negara ditangan pemerentah lalu dan sekarang.
Telah banyak bukti ditampilkan sehingga rakyat tidak lagi sanggup mendengardan amat marah dengan perbuatan pemerentah sekarang. Zalim dan kejam terhadap kekayaan negara tanpa rasa kesal dan kesihan kepada rakyat masih miskin mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment