Monday, May 2, 2011

Sumpah laknat bukan sekarang kesannya

Saya hairan dengan mereka ini senang saja menerima pengakuan bersumpah laknat dari tidak individu yang mengaku tahu dan terlibat pendedahan penglibatan Anuar dengan pelacur.

Hampir satu Malaysia tahu siapa mereka bertiga ini. Sifat mereka dan kehidupan mereka adalah bukan seorang yang boleh diambil kira dari segi penglibatan mereka dengan Allah.

Mereka banyak menoleh diri dari ibadat kepada Allah. Bukan sedikit masyarakat faham dengan perangai mereka kerana masyarakat tahu perangai buruk mereka.

Secara umumnya mereka ini tidak boleh dibuat saksi dalam Islam kerana mereka ini tidak boleh dipercayai. Sikap buruk mereka tidak dapat diteriam dalam Islam. Kenapa masih diambil kira dengan sumpah mereka.

Bagi saya meeka ini tidak aa masalah dengan bersumpah walau beratus kali kerana bagi mereka tidak ada masalah dengan bersumpah kosong.

Kalau sesiapa yang biasa dengan mereka akan faham dengan perangai mereka ini. Tidak ada guna mengambil kira sumpah mereka.

Kalau dikira laknat Allah keatas mereka sudah lama mereka ini menerima laknat Allah. Orang yang sejahat ini Allah simpan untuk dilaknat diakhirat nanti. Didunia dikira kebal dengan kemungkaran yang terlalu banyak.

Lihatlah nanti apa akan jadi kepada mereka. Mereka akan tersenyum dengan sumpah itu kerana mereka tahu tidak akan berlaku apa apa kepada mereka seperti sebelumnya.

Mereka yakin mereka akan selamat dari berlaku musibah dasyat keatas mereka kerana sebelum ini mereka sentiasa selamat walau banyak melakukan kemungkaran.

Ilmu mereka tidak sampaikesitu kerana kejahilan yang amat tebal dalam diri mereka. Perhatikan sesiapa saja yang hidup dalam kemungkaran tidak mendapat musibah kelaknatan dari Allah atau sumpahan dari orang yang teraniaya dari perbuatan jahat mereka. Mereka ini terjaga dari menerima kemurkaan Allah kerana saya yakin mereka akan menerima diakhirat nanti.

Zaman ini amat sukar untuk melihat turunnya pemberian dan musibah dari Allah kerana semakin ramai berkelakuan jahat dan dunia ini telah tercemar dengan dosa setiap saat dan dimana saja.

Sukar ulama yang berdoa mendapat keberkatan kerana terlalu banyak dosa disekeliling mereka. Tenggelam kemungkaran berluluasa dengan kesolehan manusia yang beribadat kepada Allah.

Jangan terkejut jika tida berlaku apa apa kelaknatan keatas mereka bertiga ini kerana keadaan dunia sekarang penuh dengan dosa.

Mintalah keampunan kepada Allah sentiasa setiap hembusan nafas kerana Allah telah berjanji akan memakbulkan doa hambanya. Tidak perlu dipersoal masanya itu hak Allah.

No comments:

Post a Comment