Kita sebagai rakya banya mendengar pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli plitik bagi membenarkan dakwaan masing masing. Sehingga adanya kita tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah.
Bagaimana kita sebagai rakyat hendak mencari kebenaran bagi menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Ramai rakyat yang memilih dan merasa yakin dengan pilihan mereka. Ada juga yang tidak dapat menyakinkan diri mana yang patut dipercayai. Mereka ini hanya menunggu dan melihat perkembangan yang berlaku dalam arena politik tanah air.
Politik mana yang dapat menyakinkan mereka bahawa politik mereka adalah benar dan erbaik untuk rakyat Malaysia maka politik itu akan mendapat kepercayaan rakyat.
Buat masa ini ramai rakyat yang mengambil sikap begitu. Tunggu dan lihat. Kumpulan rakyat begini digelar pengundi atas pagar.
Bagi pengundi atas pagar keputusan mereka mungkin bergantung kepada situasi saat akhir untuk membuang undi. Sikap tunggu dan lihat memberi mereka masa yang secukupnya untuk mmebuat pilihan.
Golongan ini biasanya memberi satu peluang untuk ahli politik mendapat sokongan waktu membuang undi dengan membangkitkan satu asu besar dan menyakinkan pengundi atas pagas ini untuk memebuat keputusan segera semasa membuang undi.
Tidak kira apa saja isu yang dapat memberi keyakinan pengundi ini bahawa mereka memang patut memberi sokongan undi kepada parti politik itu.
Jika parti politik mampu membawa isu besar seperti pendedahan atau kefahaman dengan tindakan parti lawan yang tidak munasabah dan merugikan rakyat, maka isu ini akan dapat membantu mereka mendapat sokongan rakyat atau pengundi atas pagar ini.
Apa yag penting sekarang ini adalah sebijak mana pengundi ini menilai isu pendedahan atau kefahaman yang didedahkan dapat diniali oleh pengundi ini. Ketika membuat keputusan sokongan apakah yang diguna pakai untuk menyakinkan dirimembuat sokongan pengundian.
Waktu inilah pengundi perlu melakukan tinakan bijak menilai isu yang dibangktkan oleh ahli politik. Dengan bijak juga pengundi dapat menghidu apakah motif sebenar isu itu dibangkitkan dalam keadan masa dan situasi isu itu dikeluarkan.
Kebanyakan parti politik akan mengeluarkan isu disaat pengundi membuang undi. Adakalanya pengundi diberi masa singkat untuk menilai isu yang dikeluarkan.
Parti politik ini mengharapkan dengan kesuntukan masa akan membuat pengundi membuat keputusan tidak tepat kerana sekali dengar isu yang di keluarkan itu adalah satu kebenaran. Malangnya isu sebenar adalah bersalahan. Pengundi memebuat pemilihan yang salah.
Ada juga pengundi kampung yang tidak tahu menilai isu yang dibincangkan kerana mereka daif dengan penilaian sepatut mereka buat. Pengundi ini membuat keputusan turun temurun mengundi parti kebiasaan mereka kenali. Untuk mereka membandingkan mana parti yang mampu memberi mereka kebaikan menjadi kesukaran dan tidk menjadi perkara penting untuk mereka.
Pengundi ini akan terus mengundi parti dominan. Ini seperti berlaku pilihanraya di Sarawak. Parti dominan mendapat kemenangan kerana ramai pengundi yang berada di kawasan pendalaman. Mereka ini daif dalam menilai parti mana yang terbaik untuk mereka.
Mereka tidak ada kepndaian untuk berfikir bagaimana menilai apa parti dominan lakukan kepada mereka selama mereka diperintah. Apa yang mereka tahu setiap tiba musim pilihanraya mereka akan mengundi parti domonan.
Banyak berita yang disebarkan tidak sampai kepada penduduk kawasan pendalaman. Mereka tidak ada pengetahuan bahawa mereka sepatutnya menilai kebolehan pemerentah sekarang dengan parti baru yang ada sekarang.
No comments:
Post a Comment