Tuesday, May 3, 2011

Berpengetahuan tinggi dalam politik

Kita akan lihat kesan perkembangan budaya politik di Malaysia akan berubah dengan penampilan pelbagai bentuk baru budaya.

Kita telah dikejutkan dengan penampilan tuduhan dengan memberitahu rakyat bahawa ada pemimpin yang melanggan pelacur akan memegang tampuk pemerentahan tertinggi di Malaysia.

Penampilan ini bertujuan menyedarkan rakyat bahawa penglibatan pemimpin ini dengan kerosakan moral adalah satu kesilapan bagi rakyat memilih pemimpin ini menjadi seorang pemimpin tertinggi.

Apa yang dapat dilihat disini adalah perubahan budaya politik kepada suasana yang lebih teruk dan memalukan untuk kita bincang depan anak anak dan masyarakat yang lebih muda.

Kita rasa tidak menjadi budaya melayu turun temurun membincangkan aib orang yang terlibat dengan pelacuran atau sex.

Masyarakat kita menentang pengajian sex dalam kelas inikan pula menggunakan seorang pemimpin yang terlibat dengan sex bebas menjadi pokok perbincangan untuk memancing undi.

Kenapa ini berlaku. Semua ini kerana terdesak melihat sokongan tidak lagi sekuat dulu. Melihat rakyat lebih minat kepada individu yang bertentangan politik. Untuk menyekat kemaraan politik individu ini mereka melakukan apa saja, apa saja ntuk menjatuhkan maruah individu ini demi kononnya menyedarkan rakyat bahawa individu ini tidak layak menjadi pemimpin besar.

Pemimpin ini sebenarnya mempunyai perangai buruk yang mana tidak patut rakyat memilih pemimpin ini sebagai pemimpin besar dalam Malaysia.

Mendengar berita ini memang gempar tetapi kesannya kepada masyarakat amat tidak baik. Ini belum dibincangkan dalam bab hukum Islam. Lagi banyak keburukannya.

Selain itu kita dapat tafsirkan bahawa jika sesaorang melakukan perkara yang dikira kurang munasabah adalah kerana orang ini tidak mempunyai modal untuk dikemukakan. Mereka kehabisan idea untuk memberitahu rakyat bahawa mereka adalah masih terbaik untuk disokong.

Apabila timbul perkara tidak munasabah atau normal ini memberi kesan kepada orang yang mengeluarkan kenyataan ini bahawa meraka dalam keadaan terdesak dengan pertahanan hujah.

Mereka tidak lagi mampu pertahankan hujah mereka dengan hujah yang biasa dan diterima masyarakat sebagai hujah sebagai orang yang bertahan.

Kalau ini sikap mereka famlahlah bahawa mereka ini telah sampai kepada tahap membimbangkan bahawa mereka bukan lagi sebuah parti yang reliven. Mereka tidak mampu lagi pertahanhan atau memberi pembaharuan mengatasi lawan.

Tindakan yang wajar diambil adalah memberi peluang kepada lawan untuk menjalankan tugas mereka seperti mana mereka tegaskan.

Jika ini berlaku memberi gambaran bahawa masyarakat atau rakyat mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam berpolitik.

No comments:

Post a Comment