Laporan akhbar UM mengenai parkataan Anuar gunakan dalam ceramahnya dianggap menghina PM. Ramai yang memeberi komen dalam UM mengecam Anuar menggunakan perkataan tidak sopan kepada PM.
Sesiapa yang membacaUM akan berpendapat Anuar terdesak perjuangan politiknya sehingga sanggup menggunakan perkataan tidak sopan bagi menghina PM.
Tidak seperti yang digambarkan oleh UM mengenai perkataan Anuar gunakan jika pembaca ada menonton atau hadir dalam ceramah beliau di Klang.
Saya tidak mahu mengulas ceramah Anuar tetapi apa yang lebih penting sekarang kepercayaan pemimpin BN dengan laporan disiarkan oleh UM. Tanpa meneliti video ceramah Anuar terus membuat kenyataan kepada rakyat bahawa Anuar tidak sopan.
Dalam situasi sekarang jika dibandingkan dengan ceramah anuar mengenai perkataan yang digunakan itu tidak menjurus kepada penghinaan kepada PM seperti dilaporkan oleh UM. PM dan pemimpin BN lain berpendapat bahawa lapoaran yang disiarkan oleh UM itu adalah benar.
PM menjawab penghinaan Anuar (seperti dilaporkan UM )sebagai laporan yang benar. Laporan UM diambil kira dan dipercayai.
Malangnya rakyat dapat menghidu penipuan dan putar belit UM tidak sepertimana fakta. Rakyat dapat melihat pembohongan UM dengan jelas sekali sekarang.
Malang keduanya adalah pemimpin UM mempercayai penipuan dan putar belit fakta UM itu. Selama ini pemimpin BN telah menggunakan fakta dan maklumat dari UM sebagai panduan maklumat berita.
Kesihan kepada pemimpin BN terutamanya PM yang ditipu UM dalam menyebarkan maklumat. Lansung dari itu PM mengeluarkan kenyataan berdasarkan maklumat palsu dari UM. Kita yakin selama ini begitulah UM menyampaikan berita palsu dan pemimpin BN menggunakan berita palsu itu untuk maklumat.
PM tidak mendapt berita yang betul sedangkan PM mempunyai banyak kakitangan sebagai sumber maklumat. UM juga yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan. UM mengeluarkan kenyataan palsu maka PM juga menggunakan maklumat palsu untuk berurusan.
Sekian lama PM ditipu UM. Rakyat lagi la.
No comments:
Post a Comment