Setiap kali perbincangan tentang melayu Umno akan perkatakan bahawa tidak ada parti yang akan memperjuangkan kepetingan melayu. Hanya Umno sahaja parti yang akan memastikan melayu selamat.
Melayu hanya boleh mengharapkan Umno sahaja kerana Umno sahaja yang melaungkan perjuangan untuk melayu. Hanya Umno sahaja mempunyai wadah perjuangan memartabatkan melayu.
Hanya Umno sahaja yang akan melenting jika melayu diapa apa kan. Seperti mana berlaku kepada negara sekarang terdengar ura ura mengatakan kristian sedang mengadakan mesyarat untuk mengambil alih Malaysia sebagai agama rasmi.
Berita ini dibawa oleh UM. Dari mana dia dapat berita ini saya tidak dapat pastikan. Apa yang berlaku adalah Umno melompat kerana kononnya Islam dalam keadaan merbahaya. Paling teruk DAP dipalitkan bersubahat.
Umno sekarang membuat kecoh dengan mengatakan bahawa DAP adalah parti bahaya untuk rakyat Malaysia. Rakyat perlu berhati hati kerana sokongan masyarakat cina yang keanyakannya beragama kristian sedang merancang menukar agama rasmi Malaysia.
Ini dapa dilihat bahawa Umno sekarang tidak selesa dengan sokongan masyarakat cina kepada DAP. Nampak sangat masyarakat cina sudah meninggalkan pakatan BN. Masyarakat cina sekarang lebih selesa dengan pakatan rakyat dibawah DAP.
Telah banyak kali isu ini dibuat untuk memberi keadaan tidak selesa utuk mendapat satu lesen bagi melakukan tindakan undang undang kepada parti DAP. Kalau tidak silap saya, kita dapat lihat nanti ISA akan digunakan bagi mengatasi isu yang timbul.
Keadaan ini akan dikecohkan oleh pendokong Umno bagi melihat bahawa keselamatan negara sekarang sedang terancam. Percaturan ini digunakan bagi menjerat pemimpin DAP melakuakn kesilapan bagi memudahkan ISA dikuatkuasakan.
Pada pandangan saya perkara ini akan menjadi besar kerana akan ada pemimpin DAP dikutip dan disumbat dalam penjara tanpa bicara. Pada hemat saya tidak ada cra yang paling baik dapat digunakan untuk memecah kekuatan DAP sebelum PRU diumumkan.
Mungkin hemat saya silap tapi jika dilihat kekuatan DAP dan isu negara dalam ancaman tidak mustahil perkara ini akan berlaku.
Sepertiman telah berlaku kepada PAS dulu tidak mustahil ini akan berlaku lagi dan kali ini kepada DAP. Kekuatan DAP sekara memang mengancam kekuatan BN.
No comments:
Post a Comment