Tuesday, May 3, 2011

Sebanyak mana budi pemimpin UMNO kepada rakyat

Membaca kenyataan datuk Shafie Afdal tentang kebimbangan beliau dengan perkembangan dalaman parti. Menurut beliau kemenangan pembangkang merampas beberapa buah negeri dan mengurangkan sokongan masyarakat cina di Sarawak adalah kerana masalah dalaman parti.

Beliau bimbang kerana masalah dalaman parti semakin sirius menyebabkan parti tidak memberi tumpuan mendapat sokongan rakyat.

Kebanyakkan kawasan berusaha merebut jawatan dalam parti untuk mengaut keuntungan. Pertelingkahan dan usaha mengaut keuntungan ini memberi tamparan kepada UMNO kerana rakyat melihat dengan perasaan muak dan menyampah.

Terlalu mementingkan keuntungn diri dan konco konco sehingga tertinggal kebajikan rakyat. Rakyat yang mengharapkan bantuan dan perhatian terabai sehingga mendatangkan beban.

Karenah ini memeberi peluang kepada parti lain mengambil peluang memberi bantuan dan sokongan kepada rakyat yang kesusahan. Rakyat yang terhutang budi dengan parti lain merasa perlu memberi peluang kepda mereka dengan memberi undi atau bertukar parti.

Ada juga pemimpin UMNO yang ibuk mengejar glamur sehingga tidak sedar rakyat menyampah dan tidak senang dengan gelagat pemimpin ini. Pemimpin yang gila glamur ini mengambil jawatan terlalu banyak sehingga sebahagian besar jawatan pengerusi kepada agensi kerajaan disandang beliau.

Tidak sedar dengan sungutan rakyat kerana tidak memandang rakyat sebagai orang yang akan meemberi undi kepada beliau. Megah dengan jawatan seolah olah beliau adalah wakil akyat yang memenangi pilihanraya.

Banyak agensi agensi kerajaan yang tidak senang dengan perangai pemimpin ini. Kerana menjaga periuk nasi terpaksa menyokong. Tugas yang diarahkan tidak mendatangkan kebaikan kepada pemimpin tadi kerana agensi ini tahu perangai rakyat setempat.

Rakyat setempat lebih menghormati agensi kerajaan ini dari pengerusi yang menjadi ketua bahagian. Walau jawatan pengerusi ini besar ditambah dengan jawatan ketua bahagian tapi rakyat tidak memilih jawatan meraka. Rakyat memilih bagaimana mereka ini melayan rakyat.

Ini adalah sebahagian masalah pemimpin yang tidak sedar masalah sendiri. Mereka ini sedang syok sendiri menganggap rakyat menyokong mereka dan jawatan yang mereka pegang memberi kuasa kepada mereka mengerah rakyat menyokong mereka denga apa cara sekalipun.

Datuk Shafie patut mengkaji ketua bahagian yang memegang terlalu banyak jawatan kononnya bagi memudahkan mengerah rakyat menyokong mereka. Mereka ini sebenarnaya tidak sempat berjumpa rakyat kerana terlalau banyak menghadiri majlis.

Kehadiran rakyat bukan untuk mendengar ucapan mereka ini tetapi kerana terpaksa, dikerah kehadiran dan diugut jika tidak hadir.

Semua ini mendatangkan dendam kepada rakyat yang tidak mampu menentang dengan secara nyata.

No comments:

Post a Comment