Apa lagi hendak dikata dengan peristiwa sumpah menyumpah ini. Ramai rakyat Malaysia tidak faham dengan tindakan ini.
Apakah ini dibolehkan dalam Islam atau ini hanya digunakan dalam mengambil kira pendakwaan yang dibuat keatas tertuduh.
Peristiwa ini banyak diulas oleh ahli dan penyokong politik. Tidak ketinggalan juga ulama memberi gambaran perundangan Islam.
Rakyat juga berbincang walau kurang pengetahuan dalam undang undang Malaysia dan undang undang Islam.
Saya perhatikan ramai ulama yang memberi pandangan tidak sekata. Ada ulama yang bersetuju dengan sumpah ini perlu dibalas balik dengan sumpah. Walau ia tidak dipaksa tapi itu pandangan ulama.
Ada ulama yang memberi pandangan bahawa sumpah ini tidak wajar dilakukan dan tidak bertepatan dengan kes.
Bersumpah ini hanya wajar dilakukan dalam perbicaraan dimahkamah melibatkan suami dan isteri. Itu pun jika hakim meminta pasangan ini melakukan sumpah. Maknanya sumpah ini hanya untuk menguatkan tuduhan yang menuduh pasangan mereka melakukan zina. Oleh keranapenuduh ini tidak mampu membawa saksi empat orang.
Ringkasnya sumpah laknat ini hanya digunakan dalam pertelingkahan suami isteri dalam mahkamah.
Pandangan ini saya petik dari pandangan bekas mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Apa yang dihebuhkan sangat dengan sumpah yang dibuat itu. Kerja itu memang si sia. Tidak tahu siapa yang pandai pandai memberi cadangan membuat sumpah ini. Nampak macam ianya dirancang bagi menguatkan tuduhan.
Pandangan saya sendiri adalah kerana tuduhan ini tidak memberi kesan kepada rakyat malah rakyat semakin sangsi dengan tidakan ini. Kelihatan seolah ianya serangan politik. Kerja ini sangat kotor dan terdesak.
Jika difikirkan sangat bodoh orang yang mendedahlan video ini.
Saya yakin rakyat tidak menyokongnya. Apa yang kita dapat lihat nanti kesungguhan mereka ini membewa perkara ini ke mahkamah.
Sedarlah rakyat malaysia bahawa budaya ini sangat kotor. Jangan biarkan ianya menjadi budaya negara kita. Ini kerja orang yang sentiasa bergelumang dengan dosa.
No comments:
Post a Comment