Tuesday, May 3, 2011

Strategi jarum halus UMNO

Perancangan UMNO ini memasuki fasa kedua. Sebelum ini mereka mengeluarkan video memfitnah Anuar telah mengkucar kacirkan politik Malaysia denganpercanggahan pendapat ketulinan video tersebut.

Rata rata rakyat Malaysia memperkatakan tentang video tersebut. Rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita yang tidak putus di media yang kononnya seorang bakal pemimpin besar melakukan perkara keji.

Fasa peertama bertujuan mengocang pendirian rakan dalam pakatan rakyat khususnya PAS agas merasa sangsi dengan Anuar. Sepertimana yang berlaku sebelum ini pemimpin PAS ada melakukan perjumpaan rahsia dengan UMNO membincangkan perpaduan.

Rancangan ini hampir berjaya, nasib baik ianya ditentang keras oleh menteri besar Kelantan. Jika ini tidak ditentang dengan keras, saya yakin PAS dan UMNOakan bekerjasama seperti dirancang.

Kekaluta itu rada dan presiden mengumumkan tidak ada kerjasama antara PAS dan UMNO. Suasana politik menjadi reda kembali.

Apa yang pasti kita tahu beberapa kerat pemimpin parti masih ada keterbukaan untuk menyambut kerjasama dengan UMNO cuma dipendamkan.

Fasa pertama tadi memberi satu cetusa baru untuk mengkaji semula bekerjasama dengan PKR yang mempunyai seorang pemimpin dan juga bakal memimpin negara adalah suatu yang salah jika benar Anuar dalam video itu.

Najib yang menyebut mencadangkan PAS meninggalkan pakatan kerana Anuar mungkin benar seperti didakwa. Kalau tak bekerjasama dengan UMNO, keluar dari pakatan pun jadilah.

Cadangan ini dikeluarkan kerana mungkin telah kelihatan ada pemimpin PAS yang merasa kebenaran tentang dakwaan mereka. Selepas ini mungkin akan berlaku satu pergerakan dalam PAS kebetulan dengan pemilihan yang akan berlaku nanti.

Akan ada perselisihan dalam pemilihan nanti yang akan membawa beberapa peristiwa pertentangan pendapat seterusnya menjadi panas.

Sasaran UMNO adalah ada antara pemimpin PAS yang tidak puas hati dengan pemilihan dan memutuskan untuk memulau pemilihan. Seterusnya akan berlaku kekecohan dalam PAS berpunca tidak suka dengan pendirian menyokong Anuar dan menentang Anuar.

UMNO menyasarkan Anuar bagi memecah belahkan PAS yang mana awal awal lagi Najib telah membuat tawaran bersama UMNO. Menjadi kesinambungan sesuatu yang akan berlaku di buka tawaran awal awal agar ia kelihatan UMNO dapat mengagak apa yang akan berlaku.

Hanya Anuar seorang sahaja dijadikan alat untuk memecah belahkan perpaduan PR. Menyasarkan perpecahan dalam PR antara masih menyokong Anuar dan golongan mempercayai Anuar memang berada dalam video itu.

Kalau PR tidak meneguhkan pendirian san sepakat dalam kepimpinan PR akan berpecah. Ini berpunca tuduhan terhadap Anuar.

Jangan sampai strategi ini berjaya. Ini adalah helah politik yang diamalkan di Malaysia.

Perlu diingat bahawa mereka ini tidak penting sama ada ketulinan video ini tulin atau tidak, yang penting masa diambil secukupnya untuk mengucar kacirkan PR. Masa lanjutan diambil menggunakan polis dan seterusnya mahkamah.

Kita asyik bertengkar tentang ketulinan video ini, dalam masa sama UMNO menyucuk jarum meninggal PR.

Berhati hatilah.

No comments:

Post a Comment