Saya cukup bangga dengan usaha pemimpin PR yang berjuang untuk menyukarkan pergerakan memusnahkan rakyat Malaysia.
Walau mereka ini dicemuh dan dikata muka tidak malu tapi disebalik kerja mereka ini ada manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.
Dalam Forum Rasuah Pemusnah Tamadun petang rabu yang lepas menampilkan YB Nizar dan bebrapa orang ahli penal termasuk pengarah SPRM berhujah.
YB Nizar diterjemahkan bermacam macam andaian dan digambarkan sebagai seorang yang dunggu tidak faham tajuk.
Dalam perbahasan itu saya perhatikan yang menjadi perhatian utama adalah antara YB Nizar dan Pengarah SPRM. Mereka dua inisahaja yang membincangkan perkembangan rasuah di Malaysia.
YB Nizar mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan SPRM memberi kerjasama dengan kerajaan BN. Manakala Pengarah SPRM membantah hujah YB Nizardengan hujah hujahnya.
Saya lebih menarik perhatian bahawa betapa susah hatinya pengarah SPRm itu menjawab hujah Nizar kerana seolah perkara itu adalah terlalu berat untuk dihuraikan.
Sikap beginilah yang memberi satu persepsi kepada rakyat bahawa agensi kerajaan dan badan badan yang beroperasi di Malaysia ini tidak ada yang mengkritik sebegini dalam dan mengancam.
Bayangkan jika tidak ada orang yang berusaha menjaga kebajikan rakyat dengan sentiasa memerhati kerja kerja mereka ini. Apa yang mereka ini akan buat. Sudah tentu seperti berlaku kepada PDRM menindas rakyat dengan saman ekor selama dua dekad.
SPRM ini jika tidak ada orang seperti Nizar akan terjadi seperti PDRM juga. Walau mereka menafikan sekeras kerasnya kerja mereka dipandu oleh kerajaan BN tapi siapa tahu dengan urusan mereka setiap masa. Siapa yang nak mengikut mereka sitiap masa untuk melihat dan menilai kerja mereka ini.
Orang seperti Nizar yang dapat memberi satu penghalang kepada SPRM untuk mencuri masa berpakat dengan kerajaan BN untuk merancang pendakwaan atau intipan.
Saya tidak faham kenapa Pengarah SPRM tidak bersetuju dengan tugas menyiasat orang disyaki rasuah dalam waktu pejabat sahaja iaitu 8 pagi hingga 5 petang. Apa yang saya faham adalah soal siasat orang yang disyaki rasuah atau terlibat dengan rasuah yang dimaksudkan dibuat dalam waktu pejabat. Kalau nak serkup orang yang sedang melakukan rasuah lakukanlah pukul berapa sekali pun.
Apa yang penting sekarang ini adalah rakyat tidak harus dilibatkan dalam tugas mereka untuk menyoal siasat. Soal siasat boleh dilakukan waktu pejabat. Tidak perlu dianggu rakyat yang berehat dirumah untuk dipanggil untuk soal siasat. Kecuali jika perkara yang hendak disoal adalah mustahak atau keadaan yang genting.
Lihatlah kepada peristiwa yang berlaku kedua dua mangsa mati dibangunan SPRM diluar waktu pejabat. Satu pengajaran untuk kita soal siasat diluar waktu pejabat tidak prektikal kerana waktu itu tidak ramai saksi. Persekitaran disitu mungkin hanya anggota yang terlibat sahaja yang ada bertugas disitu. Apa apa saja boleh berlaku waktu itu.
Inilah kekuatiran rakyat keselamatan rakyat tidak terjamin.
No comments:
Post a Comment