Monday, April 25, 2011

Keadilan untuk Anuar

Kalau dilihat kepada hujah Karpal kita yang tidak biasa dengan mahkamah dapat faham bahawa penghujahan ini secara munasabah adalah kesilapan pendakwaan.

Seperti kata Karpal, Anuar tida sepatutnya didakwa terlibat dengan meliwat Saiful. Bukti cukup jelas bahawa saiful memberi pengakuan yang salah dan dianggap menipu mahkamah.

Selain itu Dr yang pertama menerima Saiful sebagai pesakit selepas didakwa diliwat tidak dipanggil sebagai saksi pendakwa. Ini jelas menunjukkan bahawa penjelasan Dr tadi akan merosakkan pendakwaan .

Banyak lagi keganjilan dalam pendakwaan ini memberi kita gambaran bahawa pendakwaan ini tidak adil dan bukan bermotif mencari keadilan.

Banyak kejadian yang berlaku dalam mahkamah menimbulkan persoalan kerana perjalanan peristiwa yang ditunjukkan dalam mahkamah tidak sama dengan peristiwa yang berlaku seperti dibuktikan oleh saksi bersama dengan Anuar.

Saksi ini juga tidak dipangil pendakwa memberi keterangan dalam mahkamah kerana diberitahu bahawa saksi ini yakin bahawa Anuar ada bersama dengan mereka mengikut masa dakwaan dalam mahkamah.

Banyak lagi kesangsian yang berlaku tapi tidak mendapat perhatian oleh mahkamah. Hakim yang mengadili perbicaraan ini pun tidak memepunyai pertimbangan yang wajar dalam penghakiman.

Kita lihatlah nanti apakah perbicaraan ini akan mengheret Anuar membela diri atau tidak. Bagi saya sesuatu yang pelik jika Anuar bebas dari membela diri. Anuar akan diheret sepanjang yang mungkin berada dalam mahkamah dan dibiarkan sibuk mempertahankan diri sehingga terabai peranan beliau dalam politik.

Jika umur panjang Anuar akan bertemu dengan dakwaan seterusnya yang bakal dibuka failna tidak lama lagi. Jika fail ini dibuka, akan bertambah sibuk lagilah Anuar dalam arena perundangan. Sama samalah kita lihat nanti.

Kita akan melihat Anuar akan berulang alik dimahkamah sepanjang hidupnya yang berbaki ini sehinggalah dia dipanggil Tuhan.

Satu cara sahaja menghentikan semua ini dengan menukar kerajaan dan melakukan pembelaan dengan adil tanpa mencampuri urusan kehakiman.

No comments:

Post a Comment