Tuesday, April 19, 2011

Ubah sudut pandang


Masyarakat melayu sekarang ini lebih mementingkan ketuanan yang member erti bahawa mereka adalah bangsa yang setia kepada pemerentah. Telah lebih 50 tahun melayu didedahkan kepada mentuankan pemerentah yang merentah mereka. Tidak kira siapa memerantah ketuanan mesti dijaga dan dipertahankan.

Masyarakat melayu sebenarnya keliru dengan ketuanan yang mereka pertahankan kerana mereka tidak tahu bahawa mereka tidak diberi gambaran yang sebenar dalam ketuanan yang sebenar.

Ketuanan yang dipertahankan itu tidak dimasukkan dengan kejujuran amanah diri. Melayu diajar tetap pertahankan ketuanan melayu kerana siapa yang cuba menukar gambar yang dimasukkan dalam otak melayu sekarang ini adalah anasir yang akan merusakkan ketuanan melayu.

Maksud mempertahankan ketuanan melayu yang digambarkan dalam otak melayu sekarang adalah mempertahankan pemerentah sekarang. Hanya pemerentah sekarang sahaja yang berhak merentah negara ini kerana dalam banyak banyak politik dalam negara ini pemerentah sahaja yang bercakap mempertahankan ketuanan melayu. Politik lain tidak mahu pertahankan malah membuangnya dari kamus perjuangan masyarakat melayu.

Pandanglah dalam sudut yang berlainan untuk kita mencari pandang yang lebih baik. Kenapa perlu satu pihak saja yang layak memerentah negara ini. Kenapa pihak lain tidak layak memerentah negara ini. Kenapa hanya pemerentah sekarang yang lebih mampu memerentah negara. Apa kurangnya parti lain. Sejarah telah membuktikan bahawa parti lain ada yang lebih baik pentadbirannya. Mengapa tidak dikaji mereka dan dapatkan maklumat yang lebih untuk kita pertimbangkan.

Bukannya susah maklumat itu ada didepan mata. Setiap hari kita dibekalkan dengan maklumat itu. Tidak semestinya kita memburukkan satu pihak untuk memilih pihak lain. Kita memilih untuk kebaikan diri kita dan persekitaran kita yang kita ada sekarang ini. Kalau kita tidak mencuba sampai bila kita akan tahu kebaikkan satu satu pihak itu.

Saya percaya masyarakat sekarang mampu menilai kerana tidak sukar mendapatkan maklumat untuk dipertimbangkan. Perkhabaran cepat tersebar dan kita tidak akan ketinggalan dalam maklumat yang berlaku dalam negara.

Atas kebijaksanaan kita sahaja manilai berita yang disebarkan mampu mempengaruhi pertimbangan kita atau kita menafikan sahaja berita itu. Apa yang penting kita sedar pertimbangan yang kita buat itu adalah wajar.

No comments:

Post a Comment