Kerajaan Kelantan beri kebenaran kepada penggiat dikir barat mengembangkan aktiviti di Kelantan sudah dikira sangant menggalakkan. Kelonggaran yang diberikan ini adalah untuk memberi ruang kepada penggiat seni dikir barat untuk mengekalkan kesenian warisan negeri Kelantan.
Bagaimanapun kelonggaran yang diberikan itu disalah guna oleh penganjur untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada anak muda. Satu perkara yang sukar untuk kita pantau keranan mereka ini tidak mementingkan akibat hanya keuntungan yang penting.
Seperti kebanyakkan anjuran dikir barat yang dipersembahkan mendapat sambutan dari penduduk setempat. Diketahui umum bahawa rakyat Kelantan dahagakan hiburan. Dimana ada hiburan akan ramailah yang hadir tambahan kalau persembahan itu percuma.
Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa persembahan hiburan perlu ada batasan kerana kesan dari hiburan akan memberi satu kesan yang amat buruk. Kita lihat sahaja dinegeri luar Kelantan yang memberi kebenaran kepada penganjur hiburan.
Hiburan yang tidak ada batasan moral. Kita pun pernah dengan berita anak muda yang tidak segan melakukan perbuatan tidak sopan. Ini bermula dari hiburan yang tidak ada batas moral.
Ramai rakyat yang marah kepada kerajaan Kelantan kerana membataskan hiburan kepada penyertaan lelaki sahaja. Wanita tidak dibenarkan berada diatas pentas walaupun persembahan tarian. Hanya lelaki sahaja dibolehkan membuat persembahan.
Ikutlah apa yang disuruh kerana pemerentah ahu apa yang baik untuk rakyat Kelantan. Jangan pula ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mendesak kerajaan untuk melonggorkan lagi larangan persembahan demi untuk kebaikan rakyat.
Peraturan ini adalah kebaikan rakyat. Kerajaan Kelantan mementingkan kesuburan rohani atau moral rakyat dari hiburan yang melalaikan.
No comments:
Post a Comment